Bekas Pengarah SRC International Sdn Bhd, Datuk Suboh Md Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau percaya sebarang operasi berkaitan SRC International memerlukan persetujuan “pihak atas” iaitu Datuk Seri Najib Razak.
Saksi ke-42 itu berkata ini kerana bekas perdana menteri itu merupakan ‘Advisor Emeritus SRC’ dan sebarang keputusan Lembaga Pengarah perlu mendapatkan nasihat daripada Najib.
Suboh berkata demikian ketika sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ishak Mohd Yusoff.
BACA: "Saya takut sebab Datuk Seri Najib masih PM" - Suboh
Jelas beliau, Ketua Pegawai Eksekutif SRC International, Nik Faisal Ariff Amir bertindak sebagai “penghubung” di antara Lembaga Pengarah dan Najib.
“Tindakan melaporkan sebarang perbincangan atau keputusan berkaitan SRC akan dibuat oleh Nik Faisal sahaja kepada Najib.
“Saya berpendapat sedemikian kerana kerap kali berlaku keadaan di mana sekiranya terdapat surat atau dokumen yang ditujukan secara khusus kepada Najib, Nik Faisal akan menyatakan bahawa surat atau dokumen tersebut akan dibawa oleh beliau sendiri,” katanya ketika membaca pernyataan bertulis saksi.
Suboh menambah beliau juga pernah menimbulkan persoalan berkenaan isu “due diligence” SRC International serta pertimbangan untuk projek pelaburan syarikat tersebut.
“Nik Faisal selalu akan membalas dengan menyatakan perkara tersebut telah dibincangkan dan dipersetujui oleh 'pihak atas'.
"Pada pendapat saya, 'pihak atas' yang dikatakan oleh Nik Faisal adalah merujuk kepada Datuk Seri Najib,” katanya.
Suboh mengambil contoh dengan merujuk dua Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah SRC yang masing-masung diadakan pada 23 Ogos 2011 dan 13 September 2011.
Mesyuarat itu membincangkan mengenai cadangan pelaburan wang pinjaman Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan pelaburan di Indonesia.
Ujarnya, sebagai Pengarah SRC International beliau bertanggungjawab untuk memastikan wang syarikat itu dilabur dengan baik.
“Saya sedia tahu yang Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri telah melantik saya sebagai salah seorang Pengarah SRC dan oleh itu beliau juga mempunyai kuasa untuk memecat saya.
“Saya sedar dan mengetahui bahawa kuasa mutlak untuk hire dan fire mana-mana ahli Lembaga Pengarah SRC adalah terletak di tangan Datuk Seri Najib.
“Walaupun terdapat tindakan SRC yang pada pendapat saya tidak wajar, saya tidak meletakkan jawatan kerana saya rasa bertanggungjawab untuk dana SRC yang telah dilaburkan di luar negara,” katanya.
Najib didakwa dengan tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan wang berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali disambung semula pada 1 Julai ini.
Hasimi Muhamad
Thu Jun 20 2019
![Urusan operasi SRC perlu persetujuan Najib - Bekas Pengarah Urusan operasi SRC perlu persetujuan Najib - Bekas Pengarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41561020262_TBDATUKSUBOHMDYASS.jpg)
Suboh berkata beliau percaya sebarang operasi berkaitan SRC International memerlukan persetujuan -pihak atas- iaitu Najib. -Gambar fail
Elak lawat kawasan panas dadah di Narathiwat
Konsulat Malaysia di selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengelak daripada melawat Kampong Balik Hilir dan Kampong Pantai di Narathiwat yang dikenal pasti pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan panas narkotik.
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual' Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739489999_AhmedAboulGheit.jpg)
Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'
Beliau menekankan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin masa depan yang akan ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967.
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
![Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739489692_IsraelPalestinians.jpg)
Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata
Hamas berkata ia akan membebaskan tawanan Israel seperti yang dirancang di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
Keganasan terhadap kanak-kanak Palestin di Tebing Barat membimbangkan
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran mengenai peningkatan keganasan terhadap kanak-kanak di Tebing Barat, susulan operasi ketenteraan besar-besaran yang dilancarkan oleh rejim tersebut di wilayah berkenaan.
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
![KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024 KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698383331_KWAP.jpg)
KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merekodkan pendapatan bersih tertinggi, mencecah rekod sebanyak RM12.9 bilion pada 2024 dengan pulangan keseluruhan 12.0 peratus.
![Najib tidak minta kajian kebolehlaksanaan untuk pinjaman SRC Najib tidak minta kajian kebolehlaksanaan untuk pinjaman SRC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718808324_TBNajib.jpg)
Najib tidak minta kajian kebolehlaksanaan untuk pinjaman SRC
Najib berkata ini kerana Lembaga Pengarah SRC International adalah terdiri daripada individu yang mahir dan berkebolehan.
![Urusan operasi SRC perlu persetujuan Najib - Bekas Pengarah Urusan operasi SRC perlu persetujuan Najib - Bekas Pengarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41561020262_TBDATUKSUBOHMDYASS.jpg)
Urusan operasi SRC perlu persetujuan Najib - Bekas Pengarah
Saksi ke-42 itu berkata ini kerana bekas Perdana Menteri itu merupakan Advisor Emeritus SRC dan sebarang keputusan Lembaga Pengarah perlu mendapatkan nasihat daripada Najib.
![Anugerah Ikon Pesara iktiraf pesara sektor awam Anugerah Ikon Pesara iktiraf pesara sektor awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41560335405_KakitanganKerajaan.jpg)
Anugerah Ikon Pesara iktiraf pesara sektor awam
KWAP perkenalkan Anugerah Ikon Pesara (AIP) iaitu anugerah pertama di Malaysia yang meraikan pencapaian pesara sektor awam.
![CEO KWAP mengaku pinjaman SRC paling besar CEO KWAP mengaku pinjaman SRC paling besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/61559122995_AzianMohdNoh.jpg)
CEO KWAP mengaku pinjaman SRC paling besar
KWAP mengakui, pinjaman RM4 bilion oleh SRC International Sdn Bhd merupakan pinjaman terbesar dipersetujui oleh agensi persaraan itu.
![MyPesara bantu pesara rancang masa hadapan lebih efektif melalui Program Manfaat MyPesara bantu pesara rancang masa hadapan lebih efektif melalui Program Manfaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/51558096206_AppMypesara.jpg)
MyPesara bantu pesara rancang masa hadapan lebih efektif melalui Program Manfaat
Aplikasi eksklusif MyPesara yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] dapat membantu anda membuat persiapan bagi menempuh alam persaraan.