SEBAGAI langkah awal persediaan persaraan yang positif, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] memperkenalkan Anugerah Ikon Pesara (AIP) iaitu anugerah pertama di Malaysia yang meraikan pencapaian pesara sektor awam.
Penganjuran itu merupakan inisiatif secara kerjasama antara KWAP dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dalam usaha menggalakkan golongan pesara supaya kekal aktif dan produktif di alam persaraan.
Pelancaran AIP yang merupakan anugerah pertama di Malaysia bermatlamat mengiktiraf serta meraikan kejayaan dan usaha para pesara sektor awam yang telah menyumbang kepada masyarakat dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, sosial dan pembangunan komuniti, serta keusahawanan.
Selaras dengan usaha serta komitmen KWAP untuk memperkasakan golongan pesara pada masa kini dan masa hadapan, AIP diperkenalkan bagi tujuan mencorak semula pemikiran masyarakat terhadap isu penuaan terutamanya dalam golongan pesara.
Anugerah ini juga bertujuan sebagai sumber inspirasi bagi para pesara untuk melangkah ke alam persaraan dengan pemikiran dan mentaliti yang lebih positif.
Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah, pemikiran stereotaip masyarakat umum yang kurang yakin dengan kemampuan para pesara dalam memainkan peranan mereka bagi menyumbang kepada pembangunan masyarakat perlu diubah.
Justeru, AIP katanya, diperkenalkan bagi mengiktiraf individu yang masih kekal aktif dalam bidang masing-masing dan ia memberi kesedaran kepada masyarakat tentang produktiviti pasca perkhidmatan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Syed Hamadah Syed Othman pula berkata, KWAP menggalakkan golongan pesara untuk menampilkan bakat serta sumbangan mereka dengan cara tersendiri melalui bidang masing-masing.
"Ini adalah peluang bagi para pesara untuk berkongsi pengalaman dalam mengekalkan peranan aktif dalam sesebuah komuniti serta usaha yang boleh dilakukan dalam menyumbang kepada ekonomi. Ini merupakan ciri-ciri yang boleh dijadikan contoh teladan buat masyarakat secara umumnya,” tambah Syed Hamadah.
Dalam menjayakan anugerah ini, KWAP mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk mencalonkan para pesara sektor awam yang telah memberikan sumbangan kepada negara.
Setiap calon akan dinilai berdasarkan bukti sokongan yang diberikan melalui proses pengesahan dan pemeriksaan yang teliti.
Pesara yang layak untuk proses pencalonan adalah bekas pegawai perkhidmatan awam yang telah bersara daripada perkhidmatan awam persekutuan, negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.
Tidak ketinggalan, mereka yang boleh dicalonkan juga ialah individu yang masih menyumbang secara aktif kepada masyarakat dan telah berjaya dalam bidang pasca perkhidmatan masing-masing serta pesara yang masih belum menerima apa-apa anugerah atau penghargaan antarabangsa mahupun di peringkat kebangsaan.
Sumbangan yang dibuat oleh calon-calon dalam setiap kategori hendaklah sekurang-kurangnya bagi tempoh lebih daripada satu tahun sebelum tarikh pencalonan anugerah.
Hanya calon-calon yang disyorkan secara bertulis oleh penama dan disokong oleh dokumentasi yang lengkap akan dipertimbangkan.
Tarikh pencalonan dibuka bermula 10 Jun 2019 hingga 9 Ogos 2019.
Pencalonan hendaklah dihantar melalui e-mel kepada anugerahpesara@kwap.gov.my atau serahan secara fizikal ke pejabat utama KWAP di Menara Integra, atau di Jabatan Perkhidmatan Persaraan, KWAP Cyberjaya atau di Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA Putrajaya.
Maklumat lanjut mengenai Anugerah Ikon Pesara boleh dicapai di aip.kwap.gov.my.
Pemenang akan diumumkan pada satu majlis penyampaian anugerah yang akan diadakan pada 5 Oktober 2019.
Astro Awani
Wed Jun 12 2019
KWAP mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk mencalonkan para pesara sektor awam yang telah memberikan sumbangan kepada negara dalam Anugerah Ikon Pesara. - Gambar fail BERNAMA
Dasar peralihan tenaga buka peluang pemain OGSE kembang, teroka pasaran baharu
Sektor OGSE perlu melihat dasar peralihan tenaga kerajaan yang kukuh sebagai peluang untuk berkembang dan meneroka pasaran baharu serta kerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan harga minyak mentah stabil
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil serta peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai.
Skor Indeks Kesihatan Mental Belia tahap sederhana
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dedahkan skor Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 mencatatkan tahap sederhana.
#AWANIRingkas 5 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 November 2024
1️⃣ Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
2️⃣ Pengerusi masjid direman enam hari
3️⃣ BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain
1️⃣ Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
2️⃣ Pengerusi masjid direman enam hari
3️⃣ BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain
Projek atasi banjir RM316 juta di Sarawak sedang dilaksana
PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kini melaksanakan Projek Mengatasi Banjir Pantai Negeri Sarawak di bawah RMK12 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM316 juta.
AWANI Ringkas: Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin enam warga Malaysia
Mahkamah Narathiwat menolak permohonan ikat jamin bagi kesemua enam warga Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman pada Isnin kerana disyaki memiliki dadah.
PM Anwar sifatkan Malaysia-China sebagai 'sahabat yang hebat'
Perdana Menteri menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat' ketika kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.
AWANI Borneo [5/11/2024] – PRN Sabah | Di seluruh negara | Mesra rakyat
Awani Borneo Selasa, 5 November 2024 bersama Assim Hassan.
1. PRN Sabah, BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain.
2. KKR kenal pasti lebih 1,500 cerun berisiko tinggi.
3. Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Labuan.
1. PRN Sabah, BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain.
2. KKR kenal pasti lebih 1,500 cerun berisiko tinggi.
3. Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Labuan.
Pegawai SPRM didakwa salah guna wang sitaan berjumlah RM613,000
Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan harta dengan curang.
Anugerah Ikon Pesara iktiraf pesara sektor awam
KWAP perkenalkan Anugerah Ikon Pesara (AIP) iaitu anugerah pertama di Malaysia yang meraikan pencapaian pesara sektor awam.