SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan pelbagai inisiatif menggalakkan e-pembelajaran, termasuk mewujudkan infrastruktur yang bersesuaian, dalam meneraju cara memberikan pendidikan yang efektif kepada pelajar semasa pandemik COVID-19.
Dalam memperkasakan proses pengajaran dan pembelajaran katanya, UPM telah mengambil inisiatif menjalankan sepenuhnya pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian, termasuk peperiksaan di mana penilaian alternatif seperti ‘peperiksaan bawa pulang’, ‘peperiksaan buka-buku’ (take-home exam, open-book exam), dan peperiksaan dalam talian dilaksanakan.
Naib Canselor UPM, Profesor Dr Mohd Roslan Sulaiman berkata, UPM telah memperkenalkan PUTRA Learning Hub, pusat sehenti virtual yang mengumpulkan semua sistem e-pembelajaran di UPM, manakala sistem PutraBLAST pula membolehkan akses kepada item pembelajaran kursus dan pengurusan.
UPM juga telah membangunkan infrastruktur fizikal yang kondusif dan interaktif seperti PUTRA Learning Space (PLS) dan PUTRA Innovation Studio (PIS) untuk membangunkan bahan pembelajaran digital.
“Impak pandemik ini adalah kewujudan sinergi bukan sahaja dalam kalangan staf akademik UPM tetapi juga institusi pengajian tinggi lain di Malaysia.
''Kita berganding bahu berkongsi kepakaran, amalan terbaik dan berkongsi maklumat terkini dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik,” katanya dalam ucapan alu-aluan pada Persidangan ASAIHL 2022 itu.
Peserta adalah dari negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Brazil, Filipina, Indonesia, Thailand, India, Bangladesh, Taiwan, Jepun, Brunei, Vietnam, Iran, Mesir, Iraq, Arab Saudi, Hungary, Nigeria, Somalia dan Afrika Selatan.
Turut hadir Presiden ASAIHL, Professor Dr Yoshihisa Baba; Setiausaha Agung ASAIHL, Profesor Madya Dr Ninnat Olanvoravuth; Penasihat Persidangan ASAIHL 2022, Professor Dr Syafinaz Amin Nordin; dan Penaung Persidangan ASAIHL Conference 2022, Profesor Dr Zamberi Sekawi.
UPM menganjurkan Persidangan ASAIHL 2022 Malaysia (MyASAIHL), persidangan ASAIHL pertama tahun ini dan dihadiri kira-kira 700 peserta dari 21 negara, sekali gus meneraju usaha secara antarabangsa untuk terus bergerak ke hadapan selepas pandemik COVID-19. Tema persidangan kali ini ialah “Emerging Infectious Diseases: A Recurrent Threat to Human Society”, yang dijalankan secara webinar.
ASAIHL atau Persatuan Institusi Pengajian Tinggi Asia Tenggara adalah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan di Bangkok, pada Januari 1955. Pada masa ini, ia dianggotai 234 institusi dari 28 negara termasuk Perancis, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, India, Taiwan dan Jepun.
Profesor Dr Mohd Roslan berkata, COVID-19 telah menjadi pemangkin kepada peralihan besar ke arah penyampaian kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian, dan bukan sahaja membuka lembaran baharu dalam sejarah dan perkembangan pendidikan di UPM tetapi juga meningkatkan kemahiran staf akademik serta memperhalusi peranan infrastruktur universiti untuk memenuhi keperluan yang mendesak.
Katanya, pandemik itu telah mengubah setiap aspek sistem pendidikan, menukar kaedah pembelajraan secara bersemuka kepada pembelajaran jarak jauh melalui pelbagai platform digital.
Meskipun berdepan banyak cabaran dan halangan katanya, peranan yang dimainkan pendidik dan pentadbir dalam memberikan pengalaman pendidikan yang efektif semasa pandemik harus dihargai dan diiktiraf.
Katanya, kerajaan Malaysia berusaha keras memberikan vaksin kepada rakyatnya, dan sehingga kini hampir 80% daripada penduduk telah menerima vaksinasi COVID-19.
Sementara itu, Pengerusi Persidangan ASAIHL 2022, Profesor Madya Dr Chee Hui Yee berkata, UPM berterima kasih kerana diberi kepercayaan menganjurkan persidangan itu, dan terkejut menerima hampir 700 penyertaan, jauh melebihi daripada perancangan awal untuk menarik hanya 300 peserta. - DagangNews.com
Dagang News
Thu Mar 17 2022

Impak pandemik adalah kewujudan sinergi bukan sahaja dalam kalangan staf akademik UPM tetapi juga institusi pengajian tinggi lain di Malaysia, kata Mohd Roslan. - Foto fail/BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.

Mohamad Sabu akur titah Sultan Selangor kekal nama UPM
Mohamad juga berkata beliau mengambil maklum keputusan Baginda Sultan dan mahu perkara itu tidak dipanjangkan lagi.

'Sebelum tukar nama, fahami sejarah dahulu' - Sultan Selangor
Baginda mengingatkan bahawa nama UPM diambil sempena Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

Cadangan tukar nama UPM kepada nama asal akan dibawa ke Kabinet - Mohamad Sabu
Mohamad berkata beliau sendiri akan membawa cadangan itu ke Mesyuarat Kabinet tidak lama lagi, selepas mengambil kira keutamaan negara kini tertumpu kepada isu keterjaminan makanan.

Inovasi kereta lumba Putra 1 di FSAE Japan 2024 banggakan Malaysia
Kejayaan Putra Motorsport Team dari UPM cipta sejarah gemilang di pertandingan Formula SAE Japan 2024 buktikan anak watan mampu bersaing di di pentas dunia.

PEKEMA dan UPM bekerjasama, taja biasiswa bagi pelajar B40 cemerlang
Inisiatif tersebut bagi menyokong pelajar cemerlang daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40) dalam meneruskan pengajian di peringkat ijazah Sarjana Muda.

Tengku Amir Shah dilantik semula sebagai Pro Canselor UPM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik semula Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah sebagai Pro Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sebatu bakal jadi pusat projek ternakan ketam
Projek akan dilaksana dengan kerjasama I-AQUAS UPM yang menerima geran bernilai hampir RM1 juta.

UPM anjur Karnival Keterjaminan Makanan hari ini
Ia antara usaha UPM bagi merealisasikan agenda pertanian dan sekuriti makanan negara sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menangani isu ini.

UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.