Upacara penuh ketenteraan Hormat Diraja di Dataran Istana Negara mendahului atur cara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
Upacara yang membabitkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu adalah lambang taat setia pasukan pertahanan negara kepada Yang di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi ATM.
Acara bermula dengan keberangkatan tiba Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Anjung Tamu, Istana Negara dan kemudiannya diiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suami Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa ke Peterana Diraja.
[LAPOR LANGSUNG] Istiadat Pertabalan YDP Agong XVI
Sebaik tiba di Peterana Diraja, Yang di-Pertuan Agong diberi Hormat Diraja oleh Kawalan Kehormatan Utama yang dibarisi 107 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Serentak itu, lagu Negaraku dimainkan oleh Pancaragam Pusat RAMD dan Panji Peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dikibarkan.
Sultan Abdullah kemudiannya berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain pangkat, diketuai Mejar Abdul Hafizi Abdul Halim.
Selesai pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama, Yang di-Pertuan Agong sekali lagi menerima Hormat Diraja dan lagu Negaraku berkumandang.
Seri Paduka berdua kemudiannya diiringi dif-dif kehormat berangkat meninggalkan Peterana Diraja ke Dewan Sri Maharaja bagi meneruskan atur cara Istiadat Pertabalan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 30 2019
![Upacara Hormat Diraja dahului atur cara istiadat pertabalan Upacara Hormat Diraja dahului atur cara istiadat pertabalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41564455792_YDPAgong.jpg)
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memberi tabik hormat ketika memeriksa pasukan Kawalan Kehormat Utama yang dibarisi 107 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). - Foto Bernama
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![#AgongKita: Roti canai lauk kambing santapan 'wajib' Agong di Muar #AgongKita: Roti canai lauk kambing santapan 'wajib' Agong di Muar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51706765307_tbHassanDaud.jpg)
#AgongKita: Roti canai lauk kambing santapan 'wajib' Agong di Muar
Bagi penduduk di sekitar Muar, Restoran HD di Jalan Maharani bukanlah asing terutama dalam kalangan penggemar roti canai dan nasi beriani.
![Sultan Nazrin Shah angkat sumpah Timbalan Yang di-Pertuan Agong buat kali ketiga Sultan Nazrin Shah angkat sumpah Timbalan Yang di-Pertuan Agong buat kali ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706677201_TBSULTANPERAKjp.jpg)
Sultan Nazrin Shah angkat sumpah Timbalan Yang di-Pertuan Agong buat kali ketiga
Sultan Perak angkat sumpah jawatan untuk kali ketiga sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, peranan yang telah dilaksanakan baginda dengan cemerlang sejak 2016.
![Sultan Ibrahim dimasyhur Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII Sultan Ibrahim dimasyhur Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706674439_SultanJohor.jpg)
Sultan Ibrahim dimasyhur Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII
Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan itu diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri, Istana Negara.
![Istiadat ketenteraan sambut ketibaan Sultan Ibrahim di Istana Negara Istiadat ketenteraan sambut ketibaan Sultan Ibrahim di Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706672084_TBSULTANIBRAHIM.jpg)
Istiadat ketenteraan sambut ketibaan Sultan Ibrahim di Istana Negara
Istiadat ketenteraan penuh tradisi menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebaik tiba di Dataran Istana Negara hari ini.
![Rakyat harap Sultan Ibrahim bawa kecemerlangan dalam pemerintahan negara Rakyat harap Sultan Ibrahim bawa kecemerlangan dalam pemerintahan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706675959_TBagongbarujpg.jpg)
Rakyat harap Sultan Ibrahim bawa kecemerlangan dalam pemerintahan negara
Harapan rakyat kepimpinan Yang di-Pertuan Agong menjadikan Malaysia lebih harmoni.
![Bangun seawal 5 pagi untuk lihat Sultan Johor dari dekat Bangun seawal 5 pagi untuk lihat Sultan Johor dari dekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706667550_TBiringiagongjp.jpg)
Bangun seawal 5 pagi untuk lihat Sultan Johor dari dekat
Rakyat Johor yakin kepimpinan Sultan Ibrahim akan menjadikan negara lebih maju.
![Ribuan rakyat Johor iringi keberangkatan Sultan Ibrahim ke Istana Negara Ribuan rakyat Johor iringi keberangkatan Sultan Ibrahim ke Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706665333_YangdiPertuanAgon.jpg)
Ribuan rakyat Johor iringi keberangkatan Sultan Ibrahim ke Istana Negara
Keberangkatan Sultan Ibrahim disaksikan kira-kira 30,000 rakyat Johor, termasuk murid sekolah, penjawat awam negeri serta orang ramai.
![Raja bijaksana dan berpandangan jauh Raja bijaksana dan berpandangan jauh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706664025_TBSultanIbrahim.jpg)
Raja bijaksana dan berpandangan jauh
Sultan Ibrahim disifatkan sebagai seorang raja yang senantiasa mempunyai pandangan jauh dan sering memberi nasihat untuk kemajuan negeri serta Malaysia.
![Laungan 'Daulat Tuanku' iringi keberangkatan Sultan Ibrahim Laungan 'Daulat Tuanku' iringi keberangkatan Sultan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706663055_TBAGONGSULTANIBR.jpg)
Laungan 'Daulat Tuanku' iringi keberangkatan Sultan Ibrahim
Laungan 'Daulat Tuanku' bergema dan rakyat melambai tangan menunggu ketibaaan konvoi keberangkatan Sultan Ibrahim ke Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
![Sultan Ibrahim berangkat tiba di Hangar Diraja Sultan Ibrahim berangkat tiba di Hangar Diraja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706661960_istiadat.jpg)
Sultan Ibrahim berangkat tiba di Hangar Diraja
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat tiba di Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru sebentar tadi.