Pekerjaan sementara di kampus perlu diwujudkan pihak universiti bagi membantu pelajar kurang berkemampuan memperoleh wang tambahan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.
Pensyarah Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Mohamed Aslam Haneef berkata antara peluang pekerjaan yang boleh ditawarkan dalam kampus adalah seperti di bahagian pentadbiran, koperasi dan pengurusan perpustakaan.
"Sebenarnya di universiti ada banyak pekerjaan sambilan dan tidak salah sekiranya peluang itu diberikan kepada mahasiswa yang memerlukan wang tambahan untuk menampung perbelanjaan mereka.
"Universiti boleh membuka tawaran pekerjaan itu mengikut kesesuaian mahasiswa dengan membayar mereka mengikut jam bekerja sekali gus mengurangkan pengambilan pekerja dari luar," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar mengenai nasib pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang terpaksa 'mengikat perut' dan mencatu makanan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan pekerjaan yang ditawarkan itu mestilah bersesuaian dengan tugas serta waktu kuliah mahasiswa tanpa mengabaikan peranan mereka sebagai pelajar.
Sementara itu, Mohamed Aslam berkata dalam usaha menjimatkan kos pembelian buku rujukan, pentadbiran universiti perlu mengambil peranan membeli buku terpakai daripada bekas pelajar untuk dijual semula kepada mahasiswa baharu dengan harga berpatutan.
Kaedah itu boleh mengurangkan kos pembelian buku baharu yang mahal sekali gus memberi peluang kepada mahasiswa membelanjakan wang mereka bagi urusan lain seperti tugasan luar kampus yang memerlukan perbelanjaan yang lebih.
"Kaedah ini sudah ada tapi perlu diperluaskan lagi kerana difahamkan kebanyakan buku rujukan yang digunakan mahasiswa diterbitkan di luar negara yang nilainya lebih tinggi," katanya.
Mohamed Aslam turut mencadangkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneliti kembali jumlah pembiayaan pendidikan kepada mahasiswa bagi memastikan ia sesuai dengan keadaan semasa.
Jelasnya cadangan itu bertepatan dengan kenaikan pelbagai kos perbelanjaan dalam melaksanakan tuntutan sebagai pelajar seperti bahan pencetakan, keperluan menyewa rumah, bayar bil elektrik serta tugasan luar kampus.
Bernama
Thu Jan 07 2016
![Universiti perlu wujud pekerjaan sementara bantu pelajar tampung kos sara hidup Universiti perlu wujud pekerjaan sementara bantu pelajar tampung kos sara hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81452133212_MohamedAslamHaneef.jpg)
MOHAMED ASLAM: Pekerjaan sementara di kampus perlu diwujudkan pihak universiti bagi membantu pelajar kurang berkemampuan memperoleh wang tambahan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini. -Gambar Facebook.com/IFAMConferences
![Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721193528_tbIstiadatPertabala.jpg)
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai dinasihat tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di Jalan Sultan Abdul Halim pada Jumaat dan Sabtu ini.
![Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721192211_SyedHussinDewanR.jpg)
Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat
Jelas Johari, sehingga kini, PN belum menghantar sebarang notis kepadanya bagi menarik paparan di skrin Dewan Rakyat mengenai status Syed Abu Hussin.
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai khususnya warga kota dinasihatkan agar tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di sepanjang Jalan Sultan Abdul Halim pada pagi Jumaat dan Sabtu ini.
Jangan 'shoot down' idea P-turn - Menteri Kerja Raya
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi minta YB Stampin, Chong Chieng Jen tidak 'shoot down' idea P-turn di Lebuhraya Pan Borneo yang beri kemudahan kepada pengguna.
#AWANInews
#AWANInews
![Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720776307_UkraineCrisis.jpg)
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang
Menurut, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Safiah Omar hutang boleh menjadi alat untuk memperoleh dana yang diperlukan tetapi pergantungan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kewangan jangka panjang, termasuk beban hutang yang tinggi serta mendorong kepada ketidakstabilan ekonomi
![Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704603925_TBMAYBANK.jpg)
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
![Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721188868_HBREAKHUTANG.jpg)
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar
Negara-negara yang mempunyai hutang yang tinggi sering menghadapi kesukaran untuk membayar semula hutang.
Prabayar Siswa: KPT sambut baik pengumuman pakej rahmah
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman Kementerian Komunikasi yang menawarkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30 dengan permulaan data minimum sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
![George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712139037_Beca.jpg)
George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
![13 penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan di California 13 penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan di California](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717632187_brokendoor.jpg)
13 penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan di California
Pelajar yang menyertai protes itu akan digantung serta-merta dan mana-mana pelajar di tahun akhir tidak akan dibenarkan menamatkan pengajian.
![KPT pertimbang penubuhan cawangan parti politik di kampus - Khaled Nordin KPT pertimbang penubuhan cawangan parti politik di kampus - Khaled Nordin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676876624_KhaledNordin.jpg)
KPT pertimbang penubuhan cawangan parti politik di kampus - Khaled Nordin
Mohamed Khaled berkata, cadangan itu selari dengan agenda pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).
![Pelajar IPT dibenar masuk ke kampus berperingkat mulai 1 Mac Pelajar IPT dibenar masuk ke kampus berperingkat mulai 1 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/81588755229_UPM.jpg)
Pelajar IPT dibenar masuk ke kampus berperingkat mulai 1 Mac
Kerajaan membenarkan kemasukan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ke kampus secara berperingkat mulai 1 Mac ini.
![Pelajar teruja kembali ke IPT, kemasukan patuh SOP Pelajar teruja kembali ke IPT, kemasukan patuh SOP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634316285_IPT.jpg)
Pelajar teruja kembali ke IPT, kemasukan patuh SOP
Saringan Ujian Pantas Antigen (RTK-Ag) dijalankan ke atas semua pelajar sebelum mereka memasuki kampus atau asrama.
![Pelajar UTM teruja dapat kembali ke kampus Pelajar UTM teruja dapat kembali ke kampus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634270287_TBUTMjpg.jpg)
Pelajar UTM teruja dapat kembali ke kampus
Rata-rata pelajar yang ditemui melahirkan rasa seronok dan tidak sabar untuk meneruskan sesi pembelajaran secara normal.
![Pelajar, tenaga IPT belum divaksin: Pemantauan pergerakan lebih ketat jika kembali ke kampus - Noraini Pelajar, tenaga IPT belum divaksin: Pemantauan pergerakan lebih ketat jika kembali ke kampus - Noraini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633409122_DatukSeriDrNorain.jpg)
Pelajar, tenaga IPT belum divaksin: Pemantauan pergerakan lebih ketat jika kembali ke kampus - Noraini
Setakat 1 Oktober lalu, sebanyak 83 peratus atau 951,739 daripada 1.15 juta penuntut IPT telah lengkap dua dos vaksin COVID-19.
![PKPD: MKN ambil alih kawalan UTM hingga 3 Jun PKPD: MKN ambil alih kawalan UTM hingga 3 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621552042_UTMJohorPKPD.jpg)
PKPD: MKN ambil alih kawalan UTM hingga 3 Jun
Segala keperluan asas dan kebajikan seluruh warga kampus UTM Johor Bahru akan diuruskan oleh MKN termasuk agihan makanan dan keperluan khususnya kepada pelajar yang tinggal di kolej kediaman.
![PKP: Siswa sambut Syawal di kampus PKP: Siswa sambut Syawal di kampus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71620344676_SISWATAKBALIKRAYA.jpg)
PKP: Siswa sambut Syawal di kampus
Walaupun penuntut pusat pengajian tinggi dibenarkan pulang beraya bermula hari ini, ada dalam kalangan mereka ambil keputusan sebaliknya.
![KPT bakal tubuhkan portfolio khas urus pelajar luar kampus KPT bakal tubuhkan portfolio khas urus pelajar luar kampus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602992977_TBNorainiAhmad.jpg)
KPT bakal tubuhkan portfolio khas urus pelajar luar kampus
KPT mengorak langkah bagi memastikan unit atau portfolio khusus yang menguruskan isu pengurusan rumah sewa siswa ditubuhkan.
![UPM di kedudukan ke-28 dalam 'UI-GreenMetric World University Ranking' UPM di kedudukan ke-28 dalam 'UI-GreenMetric World University Ranking'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/41591255114_TBUPM.jpg)
UPM di kedudukan ke-28 dalam 'UI-GreenMetric World University Ranking'
Dalam ranking yang dikeluarkan pada 7 Dis itu, UPM juga disenaraikan sebagai universiti tiga teratas di peringkat Asia.