SHAH ALAM:Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memastikan portfolio khas yang menguruskan hal ehwal pelajar luar kampus ditubuhkan di semua universiti awam (UA).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata kementeriannya melalui kerjasama semua UA dan Majlis Perumahan Universiti Malaysia (MAPUM) telah mengorak langkah bagi memastikan unit atau portfolio khusus yang menguruskan isu pengurusan rumah sewa siswa itu ditubuhkan.
Katanya, cadangan berkenaan adalah antara 11 agenda diusulkan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jun lepas untuk memartabat serta memperkasakan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT).
"Sukacita saya ingin maklumkan di sini bahawa kerajaan dengan berbesar hati bersetuju dengan cadangan tersebut (portfolio khusus) dan tindakan pelaksanaan bagi merealisasikan agenda tersebut sedang giat direncanakan berdasarkan kesesuaian kebolehlaksanaan," katanya semasa berucap pada Majlis Penganugerahan Biasiswa Endowmen Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini semalam.
Noraini berkata satu garis panduan komprehensif bagi meningkatkan tahap kecekapan tadbir urus hal ehwal pelajar luar kampus juga sedang dibangunkan pihaknya.
"Tidak hanya berhenti di situ, kementerian telah mengambil langkah proaktif melalui pembangunan Portal Rumah Siswa yang bakal menyediakan platform menghubungkan pelajar sebagai penyewa bersama pemilik premis, khidmat nasihat serta memudahcarakan proses pencarian bilik atau rumah sewa," katanya.
Dalam pada itu, Noraini berkata kementeriannya juga sedang giat melaksanakan usaha memperkasakan fungsi kad matrik pelajar menerusi inisiatif Kad Prihatin Siswa.
"KPT berhasrat untuk memantapkan fungsi kad matrik pelajar sebagai kad pelbagai guna yang turut berfungsi sebagai kad debit dan dilengkapi dengan kemudahan lain seperti e-wallet (e-dompet) dan transaksi tanpa tunai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 28 2020

Noraini berkata satu garis panduan komprehensif bagi meningkatkan tahap kecekapan tadbir urus hal ehwal pelajar luar kampus juga sedang dibangunkan KPT. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

KPWKM akan siasat aduan pihak ambil kesempatan terhadap kanak-kanak - Noraini
Tindakan sewajarnya akan diambil mengikut undang-undang yang diperuntuk di bawah KPWKM sekiranya pihak terbabit didapati bersalah.

Ibu bapa kanak-kanak istimewa diminta tampil, jangan malu bertemu JKM jika bermasalah
Ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak istimewa, terutamanya autisme, diminta tidak bersendirian sekiranya mempunyai masalah.

Nahas helikopter Lumut: Khidmat kaunseling diteruskan bergantung keperluan - Noraini
Hasil pemerhatian mendapati waris mangsa masih bersedih, namun kuat semangat untuk menerima kejadian yang menimpa ahli keluarga mereka.

Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.

Sokong usaha Malaysia jadi peneraju pengukuhan sistem timbang tara - Wanita UMNO
Noraini menyeru semua pihak agar beri sokongan kepada usaha mendesak proses perundangan timbang tara diperkemas dan diperbaiki.

Wanita UMNO nafi minta Noraini berundur
Ujar Rosni, kebanyakan negeri menyatakan sokongan mereka tanpa paksaan kepada Ahli Parlimen Sulong itu untuk terus menerajui Wanita UMNO.

KPT alu-alukan cadangan tubuh universiti wanita
Ketika ini bilangan mahasiswi di IPTA adalah lebih 350,000 iaitu 61 peratus daripada jumlah kemasukan pelajar.

Menu Keluarga Malaysia di IPT perlu ambil kira kepelbagaian komposisi kaum
Satu pelan tindakan yang holistik, sinergi dan mampan akan dibangunkan sebagai panduan kepada IPT dalam usaha memperkasa kebajikan siswa.

Malaysia terus jadi destinasi pilihan pelajar antarabangsa - Noraini
Malaysia masih menjadi destinasi pilihan untuk pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian mereka, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad.

Banjir: Peminjam PTPTN terjejas dapat penangguhan bayaran 3 bulan
Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan kepada peminjam yang terkesan akibat banjir yang melanda negara.