KUALA NERUS: Lazimnya individu yang menghidap kencing manis sering dinasihatkan menghindari diri daripada makan kurma kerana dikatakan mempunyai kandungan gula yang tinggi.
Namun sekumpulan penyelidik daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menepis persepsi terhadap makanan sunnah itu melalui kajian Rawatan Tibb Bagi Penyakit Kencing Manis, dengan mengangkat kurma sebagai rawatan tambahan kepada diabetes.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniSZA Prof Dr Shukor Abd Razak berkata penyelidikan selama tiga tahun bermula November 2023 itu merangkumi kajian terhadap keberkesanan kurma sebagai rawatan sokongan dengan melibatkan pesakit kencing manis di Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) dan Pusat Rawatan Darul Syifa di Kuala Nerus.
"Sebelum ini pesakit kencing manis sering dinasihatkan perlu beringat sekiranya ingin memakan kurma kerana terdapat risiko berlakunya perubahan pada kandungan gula dalam darah.
"Namun telah terdapat banyak kajian berkaitan kurma dijalankan di luar negara yang menolak dakwaan tersebut malah kebanyakan kajian mendapati kurma mempunyai banyak zat yang diperlukan untuk kesihatan seperti magnesium, kalsium dan zat besi," katanya kepada Bernama di sini.
Shukor berkata projek penyelidikan yang menerima dana RM300,000 daripada UniSZA itu menggabungkan kepakaran pelbagai bidang pengetahuan daripada Fakulti Pengajian Kontemporari Islam dan Fakulti Perubatan.
Selain kebaikan kurma dalam membantu pesakit kencing manis, beliau berkata antara kajian bakal dirungkai melalui penyelidikan ini adalah bahan-bahan rawatan lain yang terkandung dalam kitab Melayu klasik seperti herba bagi penyembuhan kencing manis, amalan perubatan Islam yang berkesan, rawatan sokongan secara teori dan pratikal, serta cabaran perlu dihadapi jururawat dalam membantu pesakit diabetes Muslim melakukan ibadat seperti solat sepanjang berada di hospital.
"Penyelidikan ini bukan bermakna kita menidakkan rawatan secara klinikal. Kita tetap memberikan rawatan klinikal terlebih dahulu sebelum memberi tawaran kepada pesakit sekiranya mereka ingin mencuba rawatan tambahan melalui kaedah memakan kurma ini.
"Pesakit yang bersetuju akan berjumpa dengan perunding kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kaedah memakan kurma," katanya.
Melalui penyelidikan ini katanya, dalam tempoh tiga hingga lima tahun lagi pihaknya menjangkakan dapat menghasilkan penemuan dan penyelesaian holistik bagi mengurangkan jumlah pesakit kencing manis di Malaysia yang kini merupakan antara pembunuh utama rakyat di negara ini.
Selain itu katanya, rawatan kencing manis melalui amalan pengambilan kurma juga dijalankan dengan hasrat untuk memartabatkan rawatan Islam.
Sementara itu perawat dan tenaga pengajar Pusat Rawatan Darussyifa (Darussyifa) Kuala Nerus Prof Madya Dr Berhanuddin Abdullah berkata kurma telah dijadikan makanan tambahan buat pesakit kencing manis di pusat rawatan Islam berkenaan sejak dua tahun lepas.
"Kurma ini bersifat serat dan ia boleh menghapuskan gula yang tidak elok serta menggantikan gula yang bertenaga untuk badan. Kita dapat lihat betapa kuatnya jemaah yang melakukan ibadah umrah dan haji di tanah suci kerana memakan kurma.
"Untuk pesakit telah lama menghidap kencing manis dan mengalami kandungan gula tinggi, kita akan nasihatkan untuk memakan kurma Mariami yang isinya lebih keras dan kurang manis berbanding kurma Ajwa yang lebih lembut serta manis," katanya.
Beliau berkata pesakit disarankan untuk mengambil antara satu hingga lima biji kurma setiap hari, bergantung kepada tahap kandungan gula masing-masing.
"Kebiasaannya untuk pesakit yang perlu mengambil suntikan insulin dengan dos tinggi, kita akan nasihatkan untuk memakan lima biji kurma sehari bagi mengelakkan mereka mengalami gejala hipoglesemia akibat dos insulin yang tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024

Rawatan kencing manis melalui amalan pengambilan kurma juga dijalankan dengan hasrat untuk memartabatkan rawatan Islam. -Gambar fail/Satu Bumbung Mart

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.
AWANI Ringkas: Kerjasama Institusi Pondok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Saya dah tunggu setahun untuk keputusan ini' - Sarah Yasmine tuntut RM875,000 daripada Aliff Aziz
Sarah juga memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan jumlah yang diminta atau bersedia menghadapi tindakan lanjut.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur.
Angka korban akibat ribut di selatan Argentina meningkat kepada 15
Angka korban akibat ribut kencang yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 15 orang dan dijangka akan terus meningkat.

Lady Gaga buat 4 konsert di Stadium Nasional Singapura pada Mei 2025
Singapura akan menjadi satu-satunya destinasi di rantau Asia bagi Lady Gaga dalam konsert jelajahnya kali ini.
"Amerika bukan Kanada", bidas Mark Carney terhadap ancaman AS
Bekas pegawai bank pusat, Mark Carney bertegas Kanada tidak akan pernah menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat dan sentiasa bersedia apabila ada pihak yang mencabar kedaulatannya.
Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza
Serangan berterusan di Gaza memberi kesan amat dahsyat kepada wanita, dengan seramai 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Rubio lawat Arab Saudi, Kanada bincang mengenai Ukraine
Menurut kenyataan Jabatan Negara AS pada Ahad, Rubio dijadual memulakan lawatannya ke Jeddah pada Isnin selama tiga hari dan akan bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha Washington untuk menamatkan konflik.

Umairah kini miliki single raya pertama berjudul 'Tak Balik Raya'
Umairah Kini Miliki Single Raya Pertama Berjudul Tak Balik Raya - -Lagu Ini Mudah Melekat-

Warga emas didenda RM6,000 miliki senapang patah buatan sendiri, 108 peluru
Seorang lelaki warga emas didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan memiliki senapang patah buatan sendiri dan 108 butir peluru tanpa lesen.

PM Anwar beri sumbangan kepada Binnamal, warga emas hidap penyakit kronik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kaki bengkak

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyanyi legenda Indonesia, Emilia Contessa meninggal dunia
Allahyarham Emilia menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun akibat penyakit kencing manis.

PM Anwar mahu semua pihak ambil serius isu diabetes
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia juga merupakan antara negara yang memiliki rakyat menghidap diabetes pada jumlah yang amat tinggi.

24,000 warga emas di Terengganu disahkan hidap diabetes
Sebanyak 24,000 atau kira-kira 20 peratus daripada 115,000 warga emas di Terengganu disahkan menghidap penyakit diabetes atau kencing manis setakat hari ini.

RM87.1 juta bagi pembelian ubat SGLT2i, manfaatkan 280,231 pesakit diabetes - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata penyakit kardiovaskular, kanser, diabetes dan penyakit pernafasan kronik, adalah pembunuh senyap dan ia menyumbang kepada 72 peratus daripada jumlah kematian pramatang di Malaysia.

Pemanis tanpa kalori dari tebu 'shugaZERO' untuk gaya hidup lebih sihat
ShugaZERO, pemanis tanpa kalori daripada tebu keluaran BaseFood tampil sebagai penyelesaian inovatif menggantikan gula biasa, sambil mengekalkan rasa manis yang digemari pengguna.

Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don meninggal dunia
Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don meninggal dunia di kediaman keluarganya di Johor Bahru awal pagi tadi.

Jualan Rahmah: Barangan bergula tidak lagi diberi diskaun bermula 1 Oktober
Bermula 1 Okt ini, semua produk makanan dan minuman yang mengandungi gula akan dikeluarkan daripada senarai barangan yang diberikan potongan harga dalam Program Jualan Rahmah MADANI.