Dengan Tahun Baru Cina yang disambut hari ini, pastinya tradisi membakar mercun menjadi kepastian. Menurut tradisi kaum Cina, pembakaran mercun adalah untuk menghalau hantu.

Namun, perayaan lain di Malaysia juga mempunyai tradisi membakar mercun. Namun, setiap tahun pasti ada kes kecederaan melibatkan kanak-kanak. Pihak kastam dan polis juga sering memantau penjualan mercun secara haram.