Namun kenaikan harga beberapa bahan bagi hidangan wajib menjadikan masyarakat Cina terpaksa akur dengan keadaan itu.
Paling ketara adalah harga limau mandarin yang dijangka akan naik antara 20 hingga 35 peratus tahun ini berbanding tahun lepas.
Menurut setiausaha Persatuan Pemborong Buah-Buahan KL, David Tey, harga limau mandarin tahun ini meningkat kerana permintaan tempatan yang semakin meningkat di negara China dan kos buruh yang lebih tinggi di sana.