KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk tidak membuat rayuan berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang memutuskan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik perlu dilaksanakan menjelang 31 Disember tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keputusan tersebut dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 10 September lalu.
Justeru, beliau berkata Kerajaan Persekutuan akur dengan ketetapan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi tersebut.
"Saya juga mendapati dari sudut perundangan tiada perbezaan pendirian pihak peguam negara dengan pihak mahkamah, hanya yang tinggal ialah memendekakan masa sebab dalam program awal SPR, ialah pelaksanaannya sehingga September 2022, tetapi hakim menaik taraf kepada mesti disiapkan pada 31 Disember 2021.
"Saya telah berbincang dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sekarang ini patuh kepada arahan mahkamah. Saya maklumkan juga bahawa Jemaah Menteri pada 10 (September), kita telah memutuskan yang kita tidak membuat rayuan kepada keputusan hakim," katanya di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Gobind Singh Deo (DAP - Puchong) yang bertanya adakah kerajaan akan akur dengan keuputusan Mahkamah Tinggi Kuching, dan apakah langkah untuk memastikan ia berlaku?
Pada 3 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuching memerintahkan SPR dan kerajaan melaksanakan Undi18 menjelang 31 Disember tahun ini.
Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman lima anak muda yang menggesa kerajaan melaksanakan segera pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.
Hasimi Muhamad
Tue Sep 21 2021
![Undi18: Kerajaan putuskan tidak buat rayuan Undi18: Kerajaan putuskan tidak buat rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631010643_TBWANJUNAIDI.jpg)
Wan Junaidi berkata, keputusan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 September lalu. - Foto BERNAMA
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![Pemikiran dan idealisme anak muda perlu diberi perhatian - PM Ismail Sabri Pemikiran dan idealisme anak muda perlu diberi perhatian - PM Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653921609_PerdanaMenteriDatu.jpg)
Pemikiran dan idealisme anak muda perlu diberi perhatian - PM Ismail Sabri
Pemikiran dan idea golongan muda di negara ini perlu diberikan ruang dalam proses libat urus dalam membangunkan negara.
![PRU15: Tidak semua undi Undi 18 ada hak yang sama - Penganalisis PRU15: Tidak semua undi Undi 18 ada hak yang sama - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647073275_PengundiMuda.jpg)
PRU15: Tidak semua undi Undi 18 ada hak yang sama - Penganalisis
Penganalisis James Chai berkata, pengundi muda mempunyai kuasa undi yang berbeza, bergantung kepada kawasan geografi, atau tempat tinggal mereka.
![Jumlah pengundi di Sarawak kini melebihi 1.9 juta Jumlah pengundi di Sarawak kini melebihi 1.9 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652775691_TBUNDI.jpg)
Jumlah pengundi di Sarawak kini melebihi 1.9 juta
Sarawak melaporkan pertambahan 675,077 jumlah pengundi baharu yang layak mengundi menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,927,750 pada suku keempat 2021.
![PRN Johor: Pertama kali mengundi, satu 'milestone' untuk kehidupan - Engku Puteri Arwyn Mysara PRN Johor: Pertama kali mengundi, satu 'milestone' untuk kehidupan - Engku Puteri Arwyn Mysara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647076261_TBjohormemilih.jpg)
PRN Johor: Pertama kali mengundi, satu 'milestone' untuk kehidupan - Engku Puteri Arwyn Mysara
Bagi Engku Puteri Arwyn Mysara, 19, pertama kali mengundi merupakan satu 'milestone'dalam hidupnya
![Undi18: PBB susun strategi dekati pengundi muda sebagai persiapan hadapi PRU15 Undi18: PBB susun strategi dekati pengundi muda sebagai persiapan hadapi PRU15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81638857631_TBannuarrapaee.jpg)
Undi18: PBB susun strategi dekati pengundi muda sebagai persiapan hadapi PRU15
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu akan menyusun strategi dan bekerja keras dalam tempoh beberapa bulan akan datang untuk mendekati para pengundi berusia 18 tahun sebagai persiapan menghadapi PRU15.
![Pahang lulus pindaan had umur ADUN kepada 18 tahun Pahang lulus pindaan had umur ADUN kepada 18 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71635084951_WANROSDYWANISMAIL.jpg)
Pahang lulus pindaan had umur ADUN kepada 18 tahun
DUN Pahang meluluskan pindaan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2021 bagi menurunkan had umur warganegara yang layak menjadi ADUN.
![DUN Selangor lulus turun had umur ADUN kepada 18 tahun DUN Selangor lulus turun had umur ADUN kepada 18 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61634116033_AmirudinShari.jpg)
DUN Selangor lulus turun had umur ADUN kepada 18 tahun
DUN Selangor luluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor (Pindaan) 2021 bagi menurunkan had umur seseorang warganegara layak menjadi ADUN daripada 21 tahun kepada 18 tahun.
![Pelaksanaan Undi18, pendaftaran automatik akan pengaruhi tindakan ahli politik - Nabil Halimi Pelaksanaan Undi18, pendaftaran automatik akan pengaruhi tindakan ahli politik - Nabil Halimi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61637882669_belia.jpg)
Pelaksanaan Undi18, pendaftaran automatik akan pengaruhi tindakan ahli politik - Nabil Halimi
Penilaian kritikal anak muda akan membuatkan parti politik lebih cermat dalam memilih dan meletakkan calon mereka.
![Penamatan darurat di Sarawak petanda PRN semakin hampir - Jeniri Penamatan darurat di Sarawak petanda PRN semakin hampir - Jeniri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71629964623_DrJeniriAmir.jpg)
Penamatan darurat di Sarawak petanda PRN semakin hampir - Jeniri
Penamatan Proklamasi Darurat di Sarawak memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bakal diadakan dalam masa terdekat.
![Undi18 tidak dilaksanakan segera berikutan banyak perkara perlu diselesaikan, COVID-19 Undi18 tidak dilaksanakan segera berikutan banyak perkara perlu diselesaikan, COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61633617490_WanJunaidiTuankuJa.jpg)
Undi18 tidak dilaksanakan segera berikutan banyak perkara perlu diselesaikan, COVID-19
Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun, tidak bermaksud ia akan dilaksanakan segera selepas pindaan itu dilakukan pada 2019.