BANTING: Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19) harus dipinda terlebih dahulu, agar cadangan merangkumi pengundi berumur 18 tahun (Undi 18) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) boleh dilaksanakan, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim.
"Apabila ada cadangan bagi umur 18 tahun untuk menjadi pengundi secara automatik, maka hendaklah Akta itu pun dipinda, tetapi itu tidak dipinda (manakala) peraturan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya juga tidak dipinda.
"Walaupun perlembagaan sudah dipinda di bawah Perkara 48 misalnya, masih tidak boleh dijalankan lantaran salurannya itu tidak disediakan. Jadi walaupun perlembagaan sudah dipinda tetapi tidak ada prasarananya menerusi undang-undang pilihan raya," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas hadir program gotong-royong bersama sukarelawan Yayasan Budi dan orang Asli di Mah Meri Cultural Village, Pulau Carey, di sini hari ini.
Rais berkata jawatankuasa PRU telah tertinggal sesuatu yang asas, iaitu asas peraturan dan undang-undang sampingan kepada pindaan perlembagaan yang dibuat.
"Undang-undang adalah persoalan pokok, dan itu mesti dilaksanakan dahulu dan jika tidak, tidak boleh dilaksanakan kehendak yang ramai itu.
"Oleh kerana undang-undang itu tidak dilaksanakan di peringkat prasarana, itulah yang saya pandang berat, justeru tidak boleh dipaksa mereka yang 18 tahun automatik menjadi pengundi," katanya.
Rais berkata bagi beliau soal keberkesanan, faedah, dan risiko Undi 18 merupakan soal politik, bagaimanapun soal undang-undang harus dilaksanakan terlebih dahulu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 01 2021
Rais berkata jawatankuasa PRU telah tertinggal sesuatu yang asas, iaitu asas peraturan dan undang-undang sampingan kepada pindaan perlembagaan yang dibuat. - Gambar fail
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
ASEAN perlu lebih lantang suarakan isu Palestin - Rais Yatim
Isu Palestin boleh disuarakan negara anggota ASEAN menerusi platform seperti forum, majlis menteri-menteri luar dan majlis ketua-ketua kerajaan.
Baiki segera kerosakan rumah kelahiran P Ramlee
Tindakan segera perlu dilakukan supaya rumah berusia hampir 100 tahun itu akan terus terpelihara dan menjadi warisan sejarah negara.
Peruntukan Perlembagaan Persekutuan cerminkan kepelbagaian, kepentingan kaum - Rais
Antara peruntukan yang menggambarkan kepelbagaian kaum ialah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Wan Junaidi sah terima tawaran Speaker Dewan Negara, angkat sumpah esok
Wan Junaidi menambah sebagai rakyat yang cintakan negara, sukar baginya untuk menolak tawaran itu kerana ia satu amanah dan tanggungjawab.
Program Syarahan Parlimen dijadikan acara bulanan - Johari
Penganjuran Program Syarahan Parlimen yang kini memasuki siri kedua akan diteruskan sebagai acara bulanan bagi membolehkan masyarakat memberikan pandangan berhubung cara tadbir urus negara yang baik.
Penggubal undang-undang tertinggi China tiba untuk lawatan rasmi ke Malaysia
Pesawat Air China membawa Zhao bersama delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada 8.15 pagi ini.
JKPK TIA kemuka syor tangani isu perjawatan SPRM, Mahkamah Sesyen Khas Rasuah
Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah (JKPK TIA) Dewan Negara hari ini mengemukakan dua syor bagi mengatasi isu perjawatan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) da
Persidangan Dewan Negara ditambah dua hari - Rais Yatim
Difahamkan tambahan dua hari berkenaan bagi menyelesaikan perihal berkait RUU dan urusan kerajaan yang lain.
Kerjasama Algeria-Malaysia dalam ekonomi, kebudayaan dan pendidikan perlu ditingkatkan - Rais Yatim
Hubungan kerjasama dua hala antara Algeria dan Malaysia perlu dipertingkatkan terutama dalam aspek ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.
Pengiktirafan protokol senator di peringkat kerajaan negeri dipersetujui PM
Anwar sendiri akan berhubung dengan pihak kerajaan negeri untuk memberikan perhatian mengenai perkara tersebut.