Satu undang-undang khusus yang lebih tegas perlu digubal bagi memastikan kegiatan judi berkomputer dapat dibasmi secara keseluruhan, kata Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat.
Beliau berkata, Akta Rumah Judi 1953 tidak lagi sesuai digunakan untuk membasmi kegiatan judi berkomputer berikutan kadar hukuman dan denda yang boleh dikenakan adalah terlalu ringan.
"Malah terdapat banyak 'loop hole' (ruang) yang merencatkan siasatan kami sehingga akhirnya kes terpaksa diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk dikenakan tindakan mengikut Enekmen Hiburan yang hanya mengenakan hukuman denda," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Abdul Samah berkata, undang-undang yang baharu diperlukan bukan sahaja untuk menghukum sindiket perjudian, malah untuk turut membawa pihak yang bersubahat ke muka pengadilan, antaranya pemilik-pemilik premis yang menyewakan premis mereka kepada sindiket tersebut.
Tambahnya, bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 1,244 serbuan dilakukan ke atas pelbagai premis perjudian di Selangor dengan seramai 1,489 orang yang mengurus dan mengendalikan premis perjudian berkenaan ditahan.
"... dan untuk tempoh Julai hingga Selasa lepas, sebanyak 1,211 serbuan telah dijalankan dan polis merampas pelbagai alatan komputer yang dianggarkan bernilai RM11 juta serta wang tunai berjumlah RM118,107," katanya.
Mengulas mengenai indeks jenayah di Selangor, Abdul Samah berkata, jumlah kes yang dicatatkan pada enam bulan pertama tahun ini adalah sebanyak 15,520 kes berbanding 18,550 kes pada tempoh yang sama tahun lepas.
Bernama
Fri Aug 21 2015

ABDUL SAMAH: Undang-undang yang baharu diperlukan bukan sahaja untuk menghukum sindiket perjudian, malah untuk turut membawa pihak yang bersubahat ke muka pengadilan.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

4 penjenayah ditembak mati semalam dipercayai turut terlibat dalam kes di Selangor
Empat penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan sepasukan anggota polis di hadapan ITBM di Kuala Lumpur semalam dipercayai turut terlibat dalam kes samun di Selangor.

Pembunuhan Jong Nam: Polis sah sampel diambil dari kondominium Verve Suites
Tindakan mengambil sampel tersebut daripada kondominium The Verve Suite pada Khamis merupakan sebahagian daripada prosedur siasatan dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Khalid tepis dakwaan lambat proses penyerahan mayat Jong-Nam
Selagi ujian deoksiribonukleik (DNA) daripada waris tidak diperolehi bagi melengkapkan siasatan, pihak Korea Utara harus mengikuti peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara ini.

Keluarga 'Kim' diberi keutamaan tuntut mayat Kim Jong-nam - Ketua Polis Selangor
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi keutaman kepada keluarga 'Kim' untuk menuntut mayat Kim Jong-nam di Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Kes bunuh Kim Jong-nam: Kawalan pintu keluar masuk negara diperketat
Kawalan keselamatan pintu keluar-masuk di seluruh negara kini diperketat susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, pada Isnin lepas.

Polis sedang kesan dua wanita dipercayai terlibat pembunuhan Kim Jong Nam
Polis sedang mengesan dua wanita dipercayai terlibat dengan pembunuhan Kim Jong Nam iaitu abang tiri kepada presiden Korea Utara, Kim Jong Un.

Henti sebar nombor pendaftaran kereta terlibat kes belasah di Ampang
Polis menasihatkan orang ramai agar berhenti menyebarkan nombor plat kenderaan Mercedes Benz yang terbabit dalam kes seorang pemandu lori dibelasah sekumpulan individu.

Polis ingatkan parti menang tidak buat perarakan
Tindakan sedemikian dikhuatiri mencetuskan perkara yang tidak diingini selain menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong parti kalah.

Serangan di Jakarta: Polis Selangor tingkatkan kawalan
Polis Selangor meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan tumpuan orang ramai berikutan insiden pengeboman di Jakarta pada Khamis.

Polis perlu sentiasa jaga imej elak tanggapan buruk masyarakat
Pegawai dan anggota polis perlu sentiasa menjaga kelakuan serta imej pasukan bagi mengelakkan tanggapan buruk di kalangan masyarakat.