RANTAU PANJANG: Menelan 18 biji ubat sehari bukan lagi sesuatu yang luar biasa buat seorang kanak-kanak di Tasek Bakong di sini selepas dia disahkan mengalami masalah buah pinggang bocor sejak tiga tahun lalu.
Putri Noor Zafrina Batrisya Muhamad Azwan, 8, dikenal pasti menghidap penyakit berkenaan pada tahun 2019 semasa berusia lima tahun apabila sering mengalami kekejangan di bahagian pinggang dan bengkak beberapa anggota badan.
Menurut ibunya, Noor Fadliza Zakaria, 31, anak sulungnya itu sering mengadu sakit pinggang sehingga menghidap demam hampir setiap minggu.
Noor Fadliza yang merupakan ibu tunggal sejak 2018 bagaimanapun reda memberi 18 jenis ubat kepada anaknya itu, antaranya ubat darah tinggi dan buah pinggang supaya dapat menahan sakit dan tidak demam.
"Saya bekerja sebagai tukang cuci di sebuah pasar raya di Rantau Panjang. Sebelum keluar bekerja pada jam 8.30 pagi, saya akan memastikan Putri makan ubat.
Putri Noor Zafrina terpaksa minum menggunakan straw kerana tidak larat untuk bangun apabila mengalami demam dan kelesuan.
"Jika tidak sempat, saya akan minta bantuan ayah (Zakaria Mohamad) dan ibu saya (Siti Bedah Awang Besar) yang tinggal bersama untuk menguruskan Putri. Mujur ada mereka, bolehlah saya tumpang berteduh di rumah mereka," katanya ketika ditemui di rumahnya di Tasek Bakong di sini pada Jumaat.
Noor Fadliza sebelum itu menerima kunjungan wakil Thirdforce Rantau Panjang di bawah Yayasan Raja Shamri (YRS), Tuan Zaimah Raja Omar yang turut menghulurkan sumbangan kewangan dan barangan keperluan asas.
Noor Fadliza berkata, bilangan ubat yang diberikan kepada Putri Noor Zafrina adalah berdasarkan jadual diberikan doktor dan ia akan berkurangan dari semasa ke semasa mengikut kondisi badan anaknya itu.
Mereka sekeluarga kini menunggu keputusan hospital untuk melakukan rawatan susulan memandangkan Putri Noor Zafrina perlu menjalani pembedahan di bahagian pinggangnya.
"Minggu depan doktor akan panggil lagi sekali untuk memaklumkan keadaan semasa Putri termasuklah mengenai pembedahan itu.
"Walaupun dua bulan sekali berulang ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), masih ada rutin harian yang perlu dilakukan di rumah seperti membuat ujian air kencing bagi memastikan protein dalam badan Putri adalah normal.
"Langkah berkenaan sangat penting untuk saya mencatatkan dalam buku dan dibawa setiap kali jumpa doktor. Pada mulanya agak sedih dengan semua ini, namun saya reda menghadapinya dengan baik walaupun kadang-kadang menangis juga," katanya.
Ketika ditanya mengenai perwatakan Putri Noor Zafrina, Noor Fadliza berkata, kakak kepada tiga beradik itu merupakan seorang yang periang dan petah berkata-kata.
Bagaimanapun, katanya, Putri Noor Zafrina berubah 360 darjah selepas sakit apabila menjadi pendiam dan banyak terbaring akibat kepenatan serta kelesuan.
"Dia pun jarang nak bermain macam orang lain, sebab akan penat dan sakit pinggang jika bermain. Satu badan akan lenguh, sampai pagi akan menangis.
"Sekarang ini mata pun agak kabur. Minggu depan kami dijadualkan bertemu dengan pakar mata," katanya.
Selain itu, Noor Fadliza juga mendedahkan bahawa anaknya itu mengidamkan untuk memiliki sebuah komputer tablet.
Namun katanya, ia hanyalah harapan buat Putri Noor Zafrina yang dilihat memahami keadaan kewangan ibunya.
Dengan gaji RM1,000 sebulan tidak cukup untuk Noor Fadliza menampung perbelanjaan keluarganya.
"Namun saya bersyukur kerana mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 sebulan," ujarnya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Jan 15 2022
Tuan Zaimah (kanan) mengusap muka Putri Noor Zafrina yang sedang menahan sakit di rumahnya di Tasek Bakong, Rantau Panjang pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Gaza kehabisan kebanyakan ubat untuk selamatkan nyawa ketika Israel sasar sektor perubatan
Gaza kini kehabisan kebanyakan ubat untuk menyelamatkan nyawa pesakit ketika Israel terus menyasarkan sektor perubatan Palestin.
Warga asing guna ubat 'tidurkan' kanak-kanak untuk mengemis
Perbuatan itu dipercayai bagi meraih simpati orang ramai sekali gus meningkatkan 'pendapatan' warga asing terbabit.
Loji oksigen tunggal di Gaza berisiko ditutup akibat kekurangan bahan api
Loji pengeluaran oksigen tunggal di Bandaraya Gaza berisiko ditutup dalam beberapa jam akibat kekurangan bahan api yang serius.
UAE, Mesir lakukan guguran udara bantuan kemanusiaan ke-9 di Gaza
Operasi bersama itu dilakukan dengan dua pesawat membawa 33 tan bantuan makanan dan ubat-ubatan.
Sri Lanka jalankan siasatan terhadap kes kematian di hospital kerajaan
Beberapa kematian dilaporkan berlaku di hospital kerajaan yang didakwa berpunca daripada ubat yang tidak memenuhi piawaian kesihatan.
Ubat pertama dibangunkan AI mula diberikan kepada pesakit
Dos pertama ubat yang dibangunkan oleh kecerdasan buatan (AI) telah diserahkan kepada pesakit pertamanya.
Dasar Penyakit Jarang Jumpa perlu diwujudkan segera - Ras Adiba
Bilangan ubat-ubatan untuk penyakit jarang jumpa sedang meningkat dan semakin ramai pesakit berjuang untuk akses kepada ubat dan rawatan baharu.
WEF2023: Pfizer umum penjualan tanpa untung kepada negara miskin
Ini termasuk ubat luar paten, menjadikan jumlah keseluruhan produk yang ditawarkan kepada lebih 500 jenis.
Mangsa banjir, petugas PPS digalak ambil ubat cegah kencing tikus
Ubat berkenaan tidak berbahaya dan bekalannya boleh diperoleh daripada petugas kesihatan di PPS terlibat.
KKM tidak pernah memperakukan produk ganti ubat rawat diabetes
Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubatan termasuk insulin untuk merawat diabetes dan mengawal gula dalam darah.