KUALA LUMPUR: Badan Perhubungan UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.
Petisyen melibatkan tiga kawasan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Jan lepas mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan Pas telah menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 Nov 2022, beberapa hari sebelum PRU15 melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.
"Petisyen ini sebab dia beri (wang bantuan) beberapa hari sebelum PRU15. Amalan politik wang ini walau apa jua keadaannya, dari segi moralnya adalah salah," katanya pada sidang media berkaitan petisyen itu di Ibu Pejabat Umno di Menara Datuk Onn di sini hari ini.
Ahmad berkata UMNO Terengganu berharap pilihan raya dapat diadakan semula di ketiga-tiga kawasan itu, seperti yang pernah berlaku semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada 2018.
LIHAT KEPUTUSAN PRU15 DI SINI
"Perkara ini pernah berlaku semasa PRK Cameron Highlands dahulu dan mahkamah membatalkan keputusan. Kami berharap berdasarkan bukti yang kita ada, pilihan raya dapat diadakan semula," katanya.
Sementara itu, peguam Amin Othman yang mewakili calon BN di ketiga-tiga kawasan tersebut bagi pihak UMNO Terengganu berkata pihaknya mengambil keputusan untuk memfailkan petisyen, setelah meneliti bahan bukti dan keterangan saksi.
"Kami mempunyai saksi yang mencukupi untuk petisyen ini, hampir 20 orang berusia antara 18-20 tahun di tiga kawasan ini," katanya.
Pada PRU15, Ahmad yang mewakili Barisan Nasional (BN) serta tiga calon lain yang bertanding di kerusi Parlimen Kemaman, tewas kepada calon Pas Che Alias Hamid yang menang majoriti 27,179 undi.
Bagi Parlimen Marang, Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang terus mengekalkan kemenangannya dengan majoriti 41,729 undi dalam pertandingan empat penjuru, manakala Parlimen Kuala Terengganu kekal disandang Datuk Amzad Hashim (Pas) yang memperoleh majoriti 40,907 undi menewaskan tiga calon lain.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2023

Ahmad berkata, UMNO Terengganu berharap pilihan raya dapat diadakan semula di ketiga-tiga kawasan itu, seperti yang pernah berlaku semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada 2018. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

SUKMA 2026: Status pickleball bergantung undian negeri - Hannah
Status pickleball sebagai satu daripada acara pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 belum diputuskan dan masih bergantung kepada undian negeri-negeri yang terlibat.

Ops Campur periksa 308 premis, Akta Padi dan Beras diperhalusi - Armizan
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

UMNO Terengganu fail petisyen batal keputusan PRU15 di tiga kerusi Parlimen
Badan Perhubungan UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.

Biro Kebajikan UMNO bantu pelajar mangsa banjir di Terengganu
Susulan banjir yang melanda Terengganu, Biro Kebajikan UMNO mengambil langkah proaktif membantu mangsa banjir bagi meringankan beban ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah.