UMNO percaya proses pendakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dijalankan secara adil, menyeluruh dan efektif oleh institusi kehakiman bagi merungkai jawapan yang dicari semua pihak berhubung kebenaran kes terbabit.
Bagaimanapun, naib presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap langkah wajar akan tetap diambil bagi memastikan kedaulatan undang-undang dan prinsip keadilan dihormati, sepanjang tempoh pendakwaan berlangsung.
Pada masa sama, beliau menyatakan kesediaan UMNO untuk memberikan kerjasama terbaik terhadap proses berkenaan dan turut menggesa rakyat Malaysia agar bertenang, sementara pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab mereka.
Bekas Menteri Besar Johor itu itu berkata, beliau percaya ini adalah peluang terbaik bagi UMNO untuk menunjukkan kebertanggungjawaban pemimpinnya dan menghapuskan spekulasi negatif yang ada, terutama sekali yang berkenaan dengan kes SRC International Sdn. Bhd.
"Saya berharap keadilan akan ditegakkan, sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap institusi-institusi demokrasi dan menebus semula maruah UMNO pada pandangan umum rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Najib yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, berdepan dengan tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannnya berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan dan dibenarkan diikat jamin sebanyak RM1 juta dengan dua orang penjamin dan diperintahkan menyerahkan dua dokumen perjalanan beliau kepada mahkamah.
Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak juga menetapkan tarikh perbicaraan pada 18 Feb tahun depan dan menetapkan 8 Ogos ini untuk pengurusan kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 04 2018
![UMNO percaya proses pendakwaan Najib dijalankan secara adil UMNO percaya proses pendakwaan Najib dijalankan secara adil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41530701423_KHALEDNORDIN.jpg)
DATUK Seri Mohamed Khaled Nordin berharap langkah wajar diambil bagi memastikan kedaulatan undang-undang dan prinsip keadilan dihormati, sepanjang tempoh pendakwaan Datuk Seri Najib Razak. - Foto ASTRO AWANI/SHAHIR OMAR
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
![Tun M sambut Ramadan di IJN Tun M sambut Ramadan di IJN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660813272_TBtunm.jpg)
Tun M sambut Ramadan di IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Ramadan kali ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
![Kedudukan wanita perlu dianggap setaraf dengan lelaki untuk bangunkan negara - Tun M Kedudukan wanita perlu dianggap setaraf dengan lelaki untuk bangunkan negara - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71693799626_MahathirMohamad.jpg)
Kedudukan wanita perlu dianggap setaraf dengan lelaki untuk bangunkan negara - Tun M
Kedudukan wanita dalam masyarakat perlu dianggap setaraf dengan lelaki kerana golongan itu juga memainkan peranan penting dalam membangunkan negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
![Tun M sambut ulang tahun ke-98 Tun M sambut ulang tahun ke-98](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688986665_TBTUNMINTERVIEWjp.jpg)
Tun M sambut ulang tahun ke-98
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-98.
!['Taut kembali kasih terpisah, cinta terlerai' - Ismail Sabri 'Taut kembali kasih terpisah, cinta terlerai' - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682086304_ismailsabri.jpg)
'Taut kembali kasih terpisah, cinta terlerai' - Ismail Sabri
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta orang ramai mengambil peluang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk menautkan kembali kasih terpisah dan cinta terlerai.
![Rasuah punca kos sara hidup meningkat - Tun Mahathir Rasuah punca kos sara hidup meningkat - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660813272_TBtunm.jpg)
Rasuah punca kos sara hidup meningkat - Tun Mahathir
Kos sara hidup di Malaysia meningkat kerana rasuah berleluasa, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
![Permohonan Najib ketepi injunksi kes saman 1MDB didengar 7 Feb 2023 Permohonan Najib ketepi injunksi kes saman 1MDB didengar 7 Feb 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662359871_NajibRazak.jpg)
Permohonan Najib ketepi injunksi kes saman 1MDB didengar 7 Feb 2023
Prosiding pendengaran itu akan berlangsung secara fizikal pada 9 pagi di hadapan Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad.
![Saman Najib 'adalah serangan kolateral' terhadap kes berkaitan 1MDB - Peguam Saman Najib 'adalah serangan kolateral' terhadap kes berkaitan 1MDB - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662728655_TBnajibrazak.jpg)
Saman Najib 'adalah serangan kolateral' terhadap kes berkaitan 1MDB - Peguam
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa saman Najib terhadap Tommy Thomas atas dakwaan menyalahgunakan kuasa dalam empat kes beliau membabitkan 1MDB adalah satu 'serangan kolateral.'
![Pecah amanah, salah guna kuasa, Najib bekas PM pertama ke penjara Pecah amanah, salah guna kuasa, Najib bekas PM pertama ke penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661267147_NajibRazak.jpg)
Pecah amanah, salah guna kuasa, Najib bekas PM pertama ke penjara
Buat pertama kalinya dalam catatan sejarah negara, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi bekas perdana menteri pertama dipenjarakan kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
![Tiada tindakan kenyataan 'Zamani Ibrahim' di Facebook pada 2018 - Polis Tiada tindakan kenyataan 'Zamani Ibrahim' di Facebook pada 2018 - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660821079_TBMDB.jpg)
Tiada tindakan kenyataan 'Zamani Ibrahim' di Facebook pada 2018 - Polis
Semakan mendapati kenyataan itu telah dimuat naik pada 11 Mei 2018 dan merupakan kenyataan persendirian pemilik akaun tersebut.
![Kes SRC: Keputusan ini bukti rakyat berkuasa - Anwar Ibrahim Kes SRC: Keputusan ini bukti rakyat berkuasa - Anwar Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653732751_AnwarIbrahimKetua.jpg)
Kes SRC: Keputusan ini bukti rakyat berkuasa - Anwar Ibrahim
Kata Anwar, ini membuktikan rakyat berkuasa dan telah membuat keputusan pada 2018 bagi memastikan negara bersih daripada rasuah.