PUTRAJAYA: Kedudukan wanita dalam masyarakat perlu dianggap setaraf dengan lelaki kerana golongan itu juga memainkan peranan penting dalam membangunkan negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata wanita pada masa kini juga mempunyai kebolehan yang sama seperti lelaki dan mampu bersaing dengan lelaki dalam pelbagai bidang.
"Di zaman ini kita iktiraf kebolehan wanita dan kita beri tempat kepada mereka. Kita perlu anggap wanita setaraf lelaki.
"Apabila kita anggap mereka setaraf dengan lelaki, maka masyarakat akan menjadi lebih kuat kerana bukan saja tenaga lelaki digunakan (membangunkan negara) tetapi tenaga dan kebolehan wanita juga diguna," katanya ketika menjadi ahli panel pada program Minggu Negarawan bertajuk "Wanita Dalam Cabaran Politik" di sini hari ini.
Beliau berkata masih ada negara Islam yang meletakkan wanita di tempat kedua dalam pentadbiran negara dan berpendapat peranan wanita hanya terhad dalam urusan rumah tangga dan melahirkan anak.
Dr Mahathir berkata pada awal pentadbiran negara, terdapat seorang wanita dilantik sebagai Menteri Kabinet, Tun Fatimah Hashim sebagai Menteri Kebajikan Am.
"Kita iktiraf kebolehan wanita lebih awal. Kita dapati di waktu itu tidak ramai wanita main peranan besar dalam politik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023

Kedudukan wanita dalam masyarakat perlu dianggap setaraf dengan lelaki kerana golongan itu juga memainkan peranan penting dalam membangunkan negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. - Gambar fail/BERNAMA
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.
![[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan [KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735690196_TBmediasosial.jpg)
[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan
Ketagihan media sosial berkait dengan mekanisme ganjaran dopamine, menyebabkan pengguna menghabiskan masa berjam-jam dalam dunia maya.
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).
Insiden di Golok bimbangkan rakyat Malaysia
Orang ramai masih takut memasuki Thailad menjejaskan peniaga Malaysia.
AWANI Ringkas: Kutipan cukai meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch

Kedudukan wanita perlu dianggap setaraf dengan lelaki untuk bangunkan negara - Tun M
Kedudukan wanita dalam masyarakat perlu dianggap setaraf dengan lelaki kerana golongan itu juga memainkan peranan penting dalam membangunkan negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.