KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa saman Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas atas dakwaan menyalahgunakan kuasa dalam empat kes beliau membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang berjalan adalah satu 'serangan kolateral.'
Peguam Alan Adrian Gomez, yang mewakili Thomas, berkata saman Najib ialah suatu penyalahgunaan proses mahkamah dan tidak boleh dipercayai kerana keempat-empat perbicaraan kes jenayah tersebut adalah prosiding yang boleh menghasilkan keputusan memihak kepada bekas Perdana Menteri itu.
"Alasan yang menyokong permohonan itu atau tuntutan utama terhadap anak guam saya adalah melampau, remeh, menyusahkan dan merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah.
"Plaintif tidak mempunyai kausa tindakan yang munasabah terhadap defendan dan tidak dapat dipertahan serta harus dibatalkan," katanya pada prosiding pendengaran permohonan Thomas untuk membatalkan saman Najib.
Beliau berhujah unsur-unsur tindakan melulu dan salah guna dalam tuntutan membabitkan misfeasans memerlukan penentuan sama ada Thomas, ketika mengenakan pertuduhan, telah menyalahgunakan kuasanya atau bertindak melulu atau acuh tak acuh sekiranya tindakan sedemikian boleh menjejaskan Najib.
Gomez juga berhujah bahawa jika Najib berpendapat pertuduhan bagi kes 1MDB terhadapnya adalah salah, Ahli Parlimen Pekan itu sepatutnya memulakan prosiding semakan kehakiman untuk membatalkannya dan merujuk proses yang digunakan oleh bekas Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Datuk Profesor Dr N. Sundra Rajoo dalam satu kes lain.
Peguam itu berkata Najib belum dibebaskan daripada perbicaraan bagi salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB, perbicaraan membabitkan laporan audit 1MDB, perbicaraan membabitkan RM6.6 bilion dana International Petroleum Investment Co serta perbicaraan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd oleh itu, beliau tidak boleh mengemukakan tindakan sivil ini.
Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mewakili Najib, pula berkata hujah Thomas tidak menjawab saman yang difailkan terhadap beliau sebaliknya adalah percubaan untuk mengalih perhatian mahkamah kepada pertuduhan jenayah yang dihadapi oleh ahli politik itu.
Firoz Hussein berkata pernyataan tuntutan Najib terhadap tindakan ini tidak memplid sebarang fakta berkaitan kesalahan atau ketidakbersalahan beliau dalam kes kesemua jenayah itu.
"Sebaliknya, fakta yang diplid berkisar tentang bagaimana defendan merancang pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib sejak 2012 dan semasa berbuat demikian, beliau turut melobi untuk menjadi Peguam Negara sekiranya berlaku perubahan dalam kerajaan.
"Thomas telah campur tangan serta mempengaruhi siasatan terhadap Datuk Seri Najib dan selepas pertuduhan dikenakan ke atas anak guam saya, beliau (Thomas) secara konsisten membuat kenyataan umum mengenai Najib. Beliau melakukan perkara ini melalui kenyataan media dan buku yang ditulisnya iaitu My Story: Justice In The Wilderness," katanya.
Beliau mendakwa Thomas juga turut menyembunyikan bukti yang boleh membantu pembelaan Najib dalam keempat-empat kes jenayah itu.
Pada 22 Okt 2021, Najib memfailkan saman tersebut yang mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada langkah yang dirancang lebih awal oleh Thomas dan ia selari dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.
Najib, 69, mendakwa beliau telah dituduh secara salah di mahkamah dalam kes yang membabitkan 1MDB, International Petroleum Investment Company (IPIC), salah guna kuasa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 serta pengubahan wang haram di bawah Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Beliau memohon satu deklarasi bahawa Thomas telah melakukan misfeasans dalam jawatan awam dan ganti rugi RM1.9 juta termasuk fi rundingan untuk pasukan audit bagi menyemak dokumentasi dalam penyediaan fakta untuk menangani pendakwaan terhadapnya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Bache bersambung pada 21 Okt ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 09 2022
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa saman Datuk Seri Najib Razak terhadap Tan Sri Tommy Thomas atas dakwaan menyalahgunakan kuasa dalam empat kes beliau membabitkan 1MDB yang sedang berjalan adalah satu 'serangan kolateral.' - Foto BERNAMA
AirTag generasi baharu dijangka diperkenal tahun depan, dengan cip dikemas kini
Apple kini dalam fasa pembangunan AirTag generasi baharu, dan menyasarkan untuk melancarkannya sekitar pertengahan tahun 2025 kelak.
Siri kelak boleh rumus notifikasi pada iPhone - dengan sokongan integrasi AI
Siri juga kelak boleh meringkaskan sesuatu berita, melakukan transkrip untuk memo suara, serta penambahbaikan pada gambar yang dirakam.
Lawatan Tiga Negara: Berjaya jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bln - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion, ia bakal memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Radang Paru-Paru: Raja Salman jalani rawatan di Jeddah
Raja Salman akan menjalani program rawatan untuk radang paru-paru di Istana Al Salam di Jeddah, pada Ahad.
PAS kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
PAS mengutuk keras insiden ugutan bunuh melalui surat terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, pada Sabtu.
THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera & Stacy kekal beraksi
Masih kekal ditangga tiga teratas, minggu ini Aepul Roza berjaya merampas kedudukan Ayda Jebat sebagai juara mingguan selepas mendapat markah 90.40 dan berjaya membawa pulang Anugerah The Hardest of The Night serta wang tunai RM2,000.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Dua orang terbunuh dan lima lagi hilang selepas sebuah bot bermotor kecil bertembung dengan sebuah kapal persiaran di Sungai Danube di utara Budapest lewat Sabtu.
Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Lapan pasangan kembar belajar sekolah sama
Persamaan dimiliki kembar tersebut sering kali mengelirukan guru-guru dan kadangkala mereka tersilap menghukum salah seorang pasangan kembar.
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
Platform video Rumble saman Google kerana langgar peraturan persaingan
Platform hos video dalam talian, Rumble, telah mengemukakan saman ke atas Google dan Alphabet kerana melanggar peraturan persaingan semasa mempromosikan platform video YouTube.
Barangan mewah lebih AS$346 juta: 1MDB, 10 syarikat saman Rosmah
Kesemua syarikat itu antara lain menuntut Rosmah membayar AS$346,010,489 atau sejumlah amaun yang ditaksirkan oleh mahkamah.
TikTok saman kerajaan AS
Saman difailkan di Mahkamah Rayuan Daerah Colombia atas alasan ia mencabuli Perlembagaan.
25 ditahan dalam operasi bersepadu Polis Kuala Lumpur
Operasi berkenaan melibatkan 12 pegawai dan 147 anggota polis, bermula 10 malam Sabtu dan berakhir 7 pagi Ahad.
Mahkamah tetapkan 17 Mei dengar rayuan batal saman LFL
Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin yang mewakili kerajaan dan Peguam Negara mengesahkan tarikh pendengaran berkenaan.
Tiada saman pemandu buat 'u-turn' di LTU Raub - KPN
Tiada tindakan saman dikenakan terhadap pemandu kenderaan melakukan pusingan U serta melawan arus di laluan keluar Raub, Lebuh Raya Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) bypass Raub.
178 ditahan dalam operasi samseng jalanan
Polis menahan 178 individu membabitkan 143 motosikal atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Jelapang Ipoh.
Ops Khas HRA 2024: 39,066 saman dikeluarkan dalam tempoh lima hari
Jumlah notis saman yang dikeluarkan itu adalah 24 peratus daripada 163,558 kenderaan yang diperiksa bermula 1 hingga 5 April lalu.
Kumpulan Aras Niaga Berhad saman Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah RM310 juta
Writ saman yang difailkan 25 Mac lepas menamakan SSI Kedah, Pengurus Besar SSI Kedah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah sebagai defendan.
12 bas ekspres disaman tiada pemandu kedua
12 bas ekspres disaman dalam operasi penguatkuasaan JPJ Pulau Pinang kerana tidak menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan melebihi 300 kilometer.