Badan Perhubungan UMNO Kelantan membeli tanah seluas 2.27 hektar di Mukim Manjor, Kuala Krai bernilai RM420,550 bagi membina kira-kira 50 Rumah Kekal Baharu (RKB) untuk mangsa banjir di jajahan tersebut.
Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ia bagi menyelesaikan pembinaan rumah kepada mangsa banjir yang masih belum mendapat kediaman yang dijanjikan kerajaan Persekutuan selepas rumah mereka musnah dalam kejadian banjir besar pada 2014.
"Ini merupakan fasa akhir pembinaan rumah (yang dipertanggungjawabkan kepada kerajaan Persekutuan). Pembinaannya akan dilaksana Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan sebuah rumah dianggarkan bernilai RM65,000.
"Setakat ini, kerja-kerja tapak sedang giat dilaksanakan di kawasan itu manakala kerja pembinaan rumah dijangka dimulakan pada hujung Oktober," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan di Bangunan UMNO Kelantan di sini malam tadi.
Jun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kunci rumah kekal kepada 31 keluarga mangsa banjir di Jajahan Kuala Krai.
Susulan banjir besar itu, kerajaan pusat memikul tanggungjawab membina 1,141 rumah untuk penduduk terjejas dengan lebih 800 daripadanya telah siap.
Bernama
Mon Jul 25 2016
MUSTAPA: Ia merupakan fasa akhir pembinaan rumah (yang dipertanggungjawabkan kepada kerajaan Persekutuan).
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Mah Sing beli tanah di Johor dengan GDV RM469 juta
Mah Sing Group Bhd membeli sebidang tanah pajakan bebas di Johor bagi pembinaan projek bercampur dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM469 juta.
UMNO Kelantan beli tanah 2.27 hektar bina 50 rumah kekal baharu - Mustapa
Langkah itu bagi menyelesaikan pembinaan rumah kepada mangsa banjir yang masih belum mendapat kediaman yang dijanjikan kerajaan Persekutuan.