UMNO Kelantan akan membantu empat anak pasangan warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden untuk meneruskan sesi persekolahan mereka di negeri ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata beliau akan bertemu Pengarah Jabatan Pendidikan (JPN) Kelantan, Hussain Awang bagi membincangkan perkara itu.
“Saya yakin JPN akan membantu sebaik mungkin. Mereka (JPN) boleh datang berjumpa anggota keluarga untuk bincang dan pastikan adik-beradik ini ditempatkan di sekolah yang bersesuaian” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat empat beradik itu di Kampung Wakaf Tok Wali, Peringat di sini Ahad.
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata beliau yakin kerajaan persekutuan akan membantu sebaik mungkin bagi membawa ibu bapa kanak-kanak berkenaan pulang ke tanah air.
Empat beradik itu, Aishah Azizul Raheem, 14, Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, tiba jam 7.04 pagi Sabtu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum dibawa pulang ke kampung ibunya di Kota Bharu.
Mereka kini dijaga ibu saudara mereka, Shaleena Norshal.
Azizul Raheem Awalludin, pegawai Tourism Malaysia di sweden dan isteri Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman sejak 18 Disember lepas kerana didakwa memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana tidak bersolat.
Astro Awani
Sun Feb 02 2014
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Anak pasangan M'sia ditahan di Sweden ikuti kelas intensif Bahasa Melayu
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menghantar dua lagi laporan berkala kepada Wisma Putra mengenai keadaan empat beradik itu, Jumaat lepas.
Kerajaan usaha dapatkan imuniti pegawai pelancongan di Sweden
Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin bagaimanapun berkata kerajaan akan sentiasa memastikan langkah dibuat mengikut perundangan negara berkenaan.
Azizul dan Shalwati tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya - Nazri
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menunggu keputusan perbicaraan sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengarahkannya kembali ke Malaysia atau sebaliknya.
Kes pukul anak di Sweden: Anak kenalpasti 'kayu yang berikat' sebagai objek memukulnya
Pendakwa raya telah menayangkan video temubual bersama anak bongsu pasangan tersebut yang berumur tujuh tahun, Arif.
Tourism Malaysia lantik peguam pemerhati perbicaraan kes Azizul dan Shalwati
Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab kini berada di Stockholm untuk memerhati perbicaraan kes Azizul dan Shalwati.
Tuduhan dera: Peguam Shalwati mahu buktikan wujud keraguan munasabah
Peguam Shalwati bersedia membuktikan bahawa wujudnya keraguan munasabah di atas kes yang dibentangkan pendakwaraya.
Empat anak pasangan Malaysia ditahan di Sweden terima berita dengan hati terbuka
Anak ketiga Azizul Raheem Awaluddin dan Norshalwati Norshal akui sedih menerima berita bahawa ibu bapa beliau akan didakwa di Mahkamah Deaerah Stolkholm.
Keluarga rakyat Malaysia yang ditahan di Sweden redha dengan pendakwaan
Perbicaraan kes pasangan itu ditetapkan bermula pada 18 Februari ini dan dijangka mengambil masa 10 hari.
Empat anak pasangan Malaysia ditahan di Sweden mohon tidak diganggu
Kempat-empat anak pasangan tersebut dikatakan sedih dengan berita berkenaan dan tidak ke sekolah pada Selasa.
Pasangan Malaysia di Sweden didakwa pukul anak sejak 2010
Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal didakwa memukul dan mendera keempat-empat anak mereka dalam beberapa insiden sejak September 2010 sehingga Disember tahun lalu.