UMNO Johor dijangka akan membincangkan isu pembinaan jambatan bengkok pada mesyuarat badan perhubungannya hujung bulan ini.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor Md Jais Sarday berkata bagaimanapun terserah kepada jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Johor untuk membuat sebarang keputusan mengenai pembinaannya.
"Setakat ini kita belum bincang mengenai jambatan ini. Hujung bulan ini iaitu selepas semua Mesyuarat Perwakilan Bahagian UMNO selesai, kita akan adakan mesyuarat badan perhubungan.
"Maknanya, perkara berkenaan akan dibangkitkan dalam mesyuarat itu," katanya yang ditemui pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Kumpulan Perbadanan Bioteknologi & Biodiversiti Negeri Johor (J-Biotech), di sini hari ini.
Md Jais yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor berkata demikian sebagai mengulas ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai jambatan itu ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang, semalam.
Najib dalam nada spontan pada ucapan itu berkata: "Nak buat jambatan bengkok, saya serah kepada UMNO Johor tetapi mesti kena ada asasnya".
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Md Jais berkata UMNO Johor akan mengumpulkan anggotanya yang mempunyai kelulusan pendidikan tinggi, September ini, untuk membincangkan hala tuju parti dalam zaman moden ketika ini.
Beliau berkata usaha terbabit selaras dengan Pelan Masa Depan UMNO untuk 10 tahun akan datang memandangkan UMNO perlu menjadi parti yang sesuai dalam corak pemikiran anak muda supaya ia kekal relevan.
"Kita ada senarai 547 orang graduan dalam kalangan Wanita, Pemuda dan Puteri yang selama ini hanya menjadi anggota jawatankuasa biasa di dalam parti.
"Mereka hendak memberikan sumbangan tetapi tiada peluang, jadi kita akan kumpulkan mereka untuk bincang hala tuju parti supaya sesuai dengan zaman," katanya.
Bernama
Mon Aug 10 2015
Cadangan pembinaan jambatan bengkok itu timbul untuk menggantikan Tambak Johor (gambar) yang sesak. - Gambar Fail
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
Pembinaan 'jambatan bengkok' belum muktamad - Baru Bian
Pembinaan jambatan bengkok menghubungkan Malaysia Singapura masih belum dimuktamadkan.
Jambatan bengkok tidak perlu kelulusan Singapura - Tun M
Malaysia tidak perlu mendapatkan sebarang kelulusan daripada kerajaan Singapura untuk membina jambatan bengkok.
Ahmad Maslan tidak setuju 'jambatan bengkok'
Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan meragui kemampuan kerajaan Pakatan Harapan untuk membina jambatan bengkok yang dijangka akan memakan kos bilion ringgit.
[INFOGRAFIK] Kronologi projek jambatan bengkok
Jambatan bengkok sepanjang 1.4 kilometer sepatutnya dibina bagi menggantikan Tambak Johor yang sudah digunakan sejak tahun 1923.
Jambatan bengkok: DAP nafi tidak sependapat dengan Tun M
DAP menafikan mereka tidak bersependapat dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung cadangan pelaksanaan semula projek jambatan bengkok.
Keadaan ekonomi sekarang tidak sesuai laksana 'jambatan bengkok' - Azmin
Keadaan ekonomi semasa dilihat tidak sesuai kepada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan semula projek 'jambatan bengkok' di antara Johor Bahru dan Singapura.
Projek 'jambatan bengkok' diteruskan semula?
Jambatan bengkok atau Jambatan Indah menjadi kontroversi kerana wujud perbezaan pendapat di antara Dr Mahathir dan Najib.
'Jambatan bengkok' tidak diteruskan kerana klausa Perjanjian Air Johor-Singapura
Jabatan Peguam Negara telah menasihati bahawa saluran paip air di Tambak Johor tertakluk dalam perjanjian Air Johor-Singapura.
'Saya maafkan Najib isu jambatan bengkok, bukan 1MDB' - Tun M
Tun M tidak menyalahkan Najib atas kegagalan projek jambatan bengkok, sebaliknya mahu beliau menjawab isu berhubung kehilangan wang akaun 1MDB.
Bina atau tidak?: Jambatan bengkok Selat Johor
Pembinaan Jambatan Bengkok merentasi Selat Johor telah dibatalkan oleh kerajaan Malaysia pada 2006. Setelah 9 tahun, adakah ianya akan dihidupkan semula?