ARAFAH: Umat Islam di Malaysia diseru supaya meninggalkan sikap keakuan atau berasa megah dengan diri sendiri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Mohd Na'im Mokhtar ketika menyampaikan khutbah Arafah pada Hari Wukuf hari ini, berkata mereka sebaliknya perlu bersikap rendah diri antara satu sama lain dan menyerahkan sepenuh keabdian serta ketaatan kepada Allah SWT.
"Buangkan sifat takabbur yang bersarang dalam diri. Jangan berasa diri kita lebih baik, lebih mulia dan lebih besar berbanding orang lain.
"Ingatlah bahawa sikap keakuan inilah yang telah mencampakkan iblis dan syaitan menjadi makhlukNya yang ingkar ketika disuruh untuk sujud kepada Nabi Adam AS," katanya.
Beliau berkata dengan hanya memakai dua kain putih, ibadat haji mengajar erti menginsafi kekurangan dan kelemahan diri selain lambang kesamarataan di hadapan Allah SWT.
Mohd Na'im berkata harta, jawatan, rupa paras bukanlah kelebihan yang menjadi ukuran tetapi hanya ketakwaan yang dilihat Allah SWT.
"Sekembalinya kita nanti, kita pulang dengan semangat baharu untuk terus istiqamah menjadi hambaNya yang bertakwa, dan menjalani lembaran hidup baharu yang suci dari dosa dan noda," katanya.
Setelah selesai Khutbah Arafah, jemaah haji melaksanakan solat jamak takdim Zuhur dan Asar secara tamam dan disusuli talbiah dan zikir.
Terdahulu, Mohd Na'im meluangkan masa melawat khemah penempatan serta beramah mesra dengan jemaah haji Muassasah di sini.
Malaysia menerima kuota haji berjumlah 31,600 jemaah daripada Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji 1444 Hijrah ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023
Mohd Na'im berkata harta, jawatan, rupa paras bukanlah kelebihan yang menjadi ukuran tetapi hanya ketakwaan yang dilihat Allah SWT. - Foto Facebook/Dato' Setia Dr. Na'im
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
Umat Islam diseru tinggalkan sikap keakuan
Umat Islam di Malaysia diseru supaya meninggalkan sikap keakuan atau berasa megah dengan diri sendiri.