Bayar atau cermin kereta pecah! Itu ugutan 'ulat parkir' yang menjadikan pemilik kereta sebagai mangsa di beberapa kawasan di ibu kota terutamanya apabila tempat letak kereta adalah terhad.
Kalangan pekerja pejabat di sini menceritakan pengalaman menakutkan berhadapan dengan 'ulat parkir' yang dulunya hanya meminta beberapa ringgit untuk 'menjaga' kereta anda. Kini mereka berani memeras ugut.
Seorang pegawai pentadbiran berumur 29 tahun menceritakan kejadian menakutkan dialaminya baru-baru ini semasa dia meletakkan keretanya di Jalan Maharajalela, tempat dia bekerja dengan sebuah agensi kerajaan.
"Seorang remaja lelaki yang kurus dan tinggi meminta RM20 daripada saya," kata Wong Siow Mei.
"Saya tanya dia kenapa saya perlu bayar kepadanya. Dia menunjukkan dengan jarinya ke arah dua buah kereta, sebuah daripadanya cermin pecah dan sebuah lagi empat tayar dibocorkan. Saya terus bayar."
Itulah kali terakhir Wong meletakan kereta Myvinya di situ. Beliau kini meletakkan keretanya kira-kira satu kilometer dari pejabatnya.
Wong berkata beliau masih tidak dapat melupakan dan pulih daripada trauma pengalaman buruk itu.
"Saya masih nampak beberapa 'ulat parkir' di kawasan itu, dan berasa takut. Saya akan menjauhkan diri daripada mereka," katanya.
Tinjauan Bernama mendapati antara kawasan yang menjadi tumpuan 'ulat parkir' ialah pusat beli-belah Bangsar, Dataran Merdeka dan Kampung Baru.
Kebanyakan 'ulat parkir' berumur bawah 30 tahun dan dikatakan turut termasuk warga asing.
Sesetengah mereka ini malah turut meminta bayaran daripada orang ramai yang meletakkan kenderaan di tempat letak kereta milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pegawai Undang-undang Siti Nor Haryani Mat Noor, 27, berkata cermin kereta Vivanya pernah dipecah pada satu malam di Sentul kerana beliau tidak membayar kepada mereka.
"Saya melihat ada beberapa lelaki muda sedang meminta sesuatu daripada seorang lelaki. Saya meletakkan kereta saya di sisi jalan dan segera beredar dengan berjalan kaki ke rumah saya berdekatan," katanya.
"Namun pada keesokkan harinya, saya dapati cermin depan kereta saya dipecahkan. Smart Tag saya juga telah diambil. Cermin dua lagi kereta di hadapan kereta saya turut dipecahkan."
Pesara syarikat swasta Mohd Baharudin Ismail, 61, berkata anak perempuannya pernah mengalami trauma ketika meletakkan keretanya di kawasan sunyi di belakang barisan kedai di Bangsar.
"Mereka (ulat parkir) mengugut untuk mencalarkan kereta anak saya jika tidak membayar RM50. Bimbang dengan keselamatan dirinya, dia bayar sahaja," katanya.
Pengurus restoran Muhammad Izzat Izudin, 41, berkata beliau pernah mendapat aduan daripada pelanggannya yang dikenakan bayaran oleh ulat parkir di hadapan premis makanan itu di Wangsa Maju.
Ada juga pelanggan yang mengadu kepadanya yang kereta mereka dicalarkan dan tayar dibocorkan kerana tidak membayar kepada ulat parkir.
"Saya perhatikan ulat-ulat parkir ini berkeliaran menunggu mangsa mereka... sesetengah mereka dalam lingkungan awal 20-an tetapi kebanyakannya remaja," katanya.
"Daripada cara mereka, mereka seperti mengikut arahan. Saya fikir ada seseorang atau kumpulan yang mengawal mereka."
Bernama
Sun Apr 24 2016
Seorang pengadu berkata cermin kereta pernah dipecah pada satu malam di Sentul kerana beliau tidak membayar kepada 'ulat parkir'. - Gambar hiasan
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
4 lokasi santai di Kuala Lumpur gamit ibu bapa bawa anak-anak
Kaji selidik Klook mendapati lebih separuh rakyat memilih Kuala Lumpur selain Pulau Pinang dan Melaka sebagai destinasi pelancongan domestik.
Pusat beli-belah di ibu kota jadi tumpuan ramai menjelang Krismas
Pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelancong asing tidak melepaskan peluang cuti hujung minggu untuk bersama-sama berkongsi kemeriahan.
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Labuan dan beberapa negeri
Negeri-negeri yang terlibat termasuk Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah, dan Sarawak.
Kebanyakan insiden banjir kilat kerana isu kebersihan - Aiman Athirah
Menurut Aiman Athirah, masalah ini memerlukan kesedaran awam di peringkat komuniti untuk sama-sama menangani isu banjir kilat.
Walk The Doc 2024 fokus tarikan lama Kuala Lumpur
Nurashikin Zaharuddin berkata festival tahun ini menyasarkan untuk menerokai aspek baharu pembuatan filem dokumentari.
Imigresen selamatkan dua wanita Bangladesh disyaki mangsa eksploitasi seks
Jabatan Imigresen (JIM) menyelamatkan dua wanita warga Bangladesh berusia 30 dan 34 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks, dalam satu operasi di Kuala Lumpur semalam.
Legenda irama disko Boney M temui peminat Malaysia tahun depan
Kumpulan legenda popular era irama disko 1970-an, Boney M bakal membawa semula jalur muzik kegemilangannya ke Malaysia pada 12 Jan depan.
Beberapa laluan utama Lembah Klang dilanda banjir kilat
Beberapa laluan utama negeri ini menuju Kuala Lumpur dilaporkan mengalami kesesakan susulan banjir kilat serta kemalangan pada Selasa.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Rangka kerja Bandar Pintar Malaysia capai hasil memberangsangkan - Gobind
Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia, yang bertujuan memacu bandar-bandar tempatan mencapai standard bandar pintar global, menonjolkan hasil yang memberangsangkan.