PASIR PUTEH: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tok Bali mengambil masa selama 20 minit untuk menangkap seekor ular sawa batik seberat 100 kilogram (kg) yang bersembunyi di dalam tayar lori terpakai di kawasan tapak pembinaan sebuah chalet di Kampung Raja Dagang di sini pada Ahad.
Ular sawa batik sepanjang 4.5 meter itu ditemukan oleh kontraktor yang melakukan kerja-kerja pembinaan di kawasan terbabit.
Ketua Balai Bomba dan Penyalamat Tok Bali, Pegawai Bomba Kanan II, Ibrahim Mohd Rohni berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehadiran reptilia itu pada jam 10.11 pagi.
"Sejurus menerima panggilan kecemasan, seramai lapan anggota telah dihantar ke lokasi untuk kerja-kerja menangkap ular tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Menurutnya, sejurus tiba di lokasi bomba mendapati ular tersebut bersembunyi di dalam tayar lori terbabit dan pihaknya mengambil masa selama 20 minit untuk membawa keluar ular sawa batik itu.
Ibrahim berkata, reptilia itu sudah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian: Ular sawa batik 100kg 'sembunyi' dalam tayar kereta
Sinar Harian
Sun Aug 15 2021

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tok Bali mengambil masa selama 20 minit untuk menangkap seekor ular sawa batik seberat 100kg yang bersembunyi di dalam tayar lori terpakai. - Foto Sinar Harian
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang
Perhilitan menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung pemilikan ular sawa tanpa lesen sah.

Video tular: Ular sawa lima meter antara paling panjang ditangkap - APM
Ular sawa yang tular itu dianggarkan panjang lebih lima meter dengan berat sekitar 80 kilogram semasa ditangkap di Taiping.

Bomba tangkap ular sawa kekenyangan selepas baham tiga ekor kambing
Pasukan Bomba Sukarela Guchil dan tujuh anggota BBP Kuala Krai dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menangkap ular.

Ular sawa batik jatuh dari siling rumah
Sebuah keluarga di Rumah Rakyat Padang Lebar, Batu Kikir di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa batik seberat 15 kilogram yang tiba-tiba jatuh dari siling rumah mereka, pada Khamis.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

APM tangkap ular sawa belit dua ekor kambing
Ular itu dibawa ke pejabat APM Setiu sebelum di bawa ke pejabat APM Besut untuk diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.

'Misteri' kehilangan lembu terjawab, penduduk jumpa ular sawa besar
APM Terengganu menangkap seekor ular sawa batik sepanjang enam meter dengan berat kira-kira 120 kilogram (kg) di Kuala Nerus.

Ular sawa 3 meter kejutkan pengguna jalan raya
Ular itu dapat ditangkap oleh tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa hanya dalam tempoh tiga minit.

Ular sawa 20kg menyorok dalam bonet kereta
Seorang lelaki terkejut apabila mendapati ular sawa sepanjang empat meter di bahagian enjin kenderaan di Kampung Pantai Belimbing, Melaka.

Ular sawa 10kg dalam mangkuk tandas
Pemilik rumah dikejutkan dengan bunyi seolah-olah serpihan kayu yang jatuh dari atap pada jam 1.05 tengah hari.