KUALA LUMPUR: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima Anugerah Majikan Prihatin Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan CUEPACS sempena Hari Pekerja 2023 yang disambut pada Isnin
UKM dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan anugerah itu disampaikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Zulkapli Mohamed kepada Naib Canselor UKM Prof Datuk Mohd Ekhwan Toriman pada majlis sambutan Hari Pekerja 2023 di Putrajaya semalam.
Mohd Ekhwan berkata anugerah berkenaan adalah satu pengiktirafan dan menjadi pemangkin kepada seluruh warga kerja UKM untuk terus menjalankan tugas dengan penuh iltizam dan dedikasi.
"Pihak universiti sentiasa berusaha untuk menyantuni dan memenuhi keperluan semua pekerja agar wujud budaya kerja positif yang akan meningkatkan prestasi pekerja," katanya dalam kenyataan itu.
Menurut Mohd Ekhwan, pihaknya telah mengambil beberapa inisiatif bagi memastikan kebajikan pekerja terus terpelihara dalam aspek kemajuan kerjaya, pengiktirafan perkhidmatan, keselamatan dan kesihatan pekerja serta sumbangan bantuan.
Sebagai contoh, Mohd Ekhwan berkata UKM telah berjaya mendapat kelulusan daripada Polis Diraja Malaysia bagi menaik taraf anggota keselamatan universiti itu kepada Polis Bantuan UKM dan inisiatif itu telah membuka sebanyak 106 perjawatan baharu.
"Selain itu, UKM turut memperkenalkan kenaikan pangkat khas untuk penyandang dalaman supayasetiap staf memiliki peluang yang lebih tinggi untuk dinaikkan pangkat," katanya.
Beliau berkata UKM juga prihatin terhadap kebajikan staf menerusi kerjasama erat dengan persatuandan kesatuan staf seperti Kesatuan Kakitangan UKM, Persatuan Kakitangan Akademik UKM,Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas, Pembantu Tadbir dan Operasi dan Persatuan Pesara UKM.
Katanya antara program lain anjuran UKM ialah Perkhidmatan Perubatan dan Amalan Gaya Hidup Sihat Staf UKM yang menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma selain tidak meminggirkan kebajikan staf dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU).
Beliau berkata UKM juga sentiasa menjadi tulang belakang dalam membantu kerajaanmenyantuni warga kerja universiti yang memerlukan antaranya inisiatif Menu Rahmah dengan tawaran hidangan lengkap pada harga serendah RM5 untuk dinikmati seluruh warga universiti.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 01 2023
Anugerah berkenaan adalah satu pengiktirafan dan menjadi pemangkin kepada seluruh warga kerja UKM untuk terus menjalankan tugas dengan penuh iltizam dan dedikasi. - Foto Facebook/Mohd ET
UMPSA guna HCI untuk jadi kampus pintar
HCI adalah produk digital yang menggabungkan storan, pengkomputeran, rangkaian dan pengurusan di bawah satu bumbung.
Bantuan kemanusiaan Arab Saudi di Gaza terjejas akibat penutupan Rafah
Makanan yang ada di dalam ratusan trak yang menunggu memasuki Gaza dan disimpan di gudang dijangka mendekati tempoh tamat.
Sheikh Al-Azhar tamatkan lawatan khas di Malaysia
Sheikh Al-Azhar hari ini menamatkan lawatan khas empat hari ke Malaysia atas undangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Prof Said Bani individu pertama dari Malaysia raih anugerah ‘Communicator of The Year’ IABC Asia Pasifik
Bani catat sejarah pengamal komunikasi pertama Malaysia terima anugerah 'Communicator of The Year' IABC Asia Pasifik dalam kategori Senior Communication Professional.
Analisis pasaran saham separuh tahun kedua 2024
Apakah rumusan prestasi pasaran saham pada separuh tahun pertama 2024 dan apakah faktor-faktor yang akan menjadi perhatian pelabur dalam pasaran saham separuh tahun kedua 2024? Kupasan lanjut bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof.
63 PATI pelbagai warganegara di Perak dihantar pulang ke negara asal
Kesemua PATI itu terdiri daripada warganegara Indonesia, Pakistan, Vietnam, Bangladesh, India dan Indonesia.
Malaysia Digital (MD): Advancing Malaysia’s Digital Future
Explore the impact of the recent MD Open Day event and its key insights. Discover how it aligns with Malaysia’s growth strategy and benefits both businesses and the public. Join us for an exclusive live interview with Ts Mahadhir Aziz, CEO of MDEC, on Niaga AWANI.
Akta Audit: Tingkat ketelusan & kecekapan tadbir urus
Dewan Rakyat pada Rabu meluluskan RUU Audit (Pindaan) 2024 yang bertujuan meluaskan kuasa Ketua Audit Negara bagi memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun mana-mana badan lain. Adakah ini memadai? Apa lagi tambah baik yang perlu dilakukan?
Laporan PAC: Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Lebih 20 subkontraktor Lebuhraya DASH lantik peguam tuntut bayaran tertunggak RM100 juta dari Prolintas
Menurut Tetuan Thomas Philip, walaupun lebuh raya itu telah dibuka kepada orang ramai, banyak subkontraktor masih tidak dibayar atas kerja mereka.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
Kamus Braille dwibahasa, bantu OKU penglihatan pelajari bahasa
Kamus Braille dwibahasa yang pertama di negara itu, bakal memberi manfaat kepada golongan OKU penglihatan dan guru-guru yang mengajarnya.
KPT umum pelantikan semula Naib Canselor USM, UKM dan UTM
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan pelantikan semula tiga Naib Canselor universiti awam iaitu USM, UKM dan UTM.
Kementerian Koperasi dan UKM Indonesia sambut baik usaha USANITA
Pertemuan hampir sejam itu tertumpu kepada perbincangan untuk kolobrasi bersama dalam bidang keusahawanan termasuklah program 'Bridge to Brilliance' yang dianjurkan oleh pihaknya.
UKM meterai MoU dengan tiga universiti Iran
Pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) itu bagi mengukuhkan rangkaian kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi.
UKM melonjak naik dalam ranking universiti dunia melalui inisiatif antarabangsa
Mohd Ekhwan berkata, pencapaian itu membuktikan komitmen yang tidak berbelah bahagi UKM dalam memupuk perspektif global.
4,286 pelajar baharu terpilih lanjut pengajian ke UKM
Sebanyak 4,286 pelajar baharu terpilih melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi sesi akademik 2023/2024 untuk semua program pengajian.
UKM, MPOGCF meterai MoA kukuh penyelidikan konflik manusia dan hidupan liar
MoA itu akan dapat memacu solusi terhadap konflik manusia-hidupan liar sekaligus membawa perspektif positif terhadap keseimbangan ekosistem.
Menjejak manusia prasejarah Nenggiri, lebih tua dari Perak Man?
Rangka manusia yang ditemui dipercayai mendiami lembah tersebut sejak 14,000 tahun lalu.
UKM terima Anugerah Majikan Prihatin Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan CUEPACS 2023
UKM menerima Anugerah Majikan Prihatin Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan CUEPACS sempena Hari Pekerja 2023.