PUTRAJAYA: United Kingdom (UK) akan menyumbangkan 415,000 dos vaksin COVID-19 AstraZeneca ke Malaysia, umum Setiausaha Luar Negeri, Komanwel dan Hal Ehwal Pembangunan UK, Dominic Raab hari ini di London.
Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi pihak kerajaan Malaysia merakamkan penghargaan kepada rakan sejawatannya di UK atas sumbangan untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
"Ini adalah lambang hubungan yang erat dan akan mengukuhkan lagi jalinan kerjasama dua hala dan di pelbagai peringkat," kata Hishammuddin dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar.
Malaysia amat menghargai sokongan yang diberikan UK serta percaya bahawa kedua-dua negara dapat bekerjasama untuk mendepani cabaran pandemik dan menuju ke arah pemulihan.
Ini merangkumi kerjasama dalam pengaturan vaksinasi dan gelembung perjalanan timbal balik.
Sumbangan itu juga akan membantu meningkatkan kadar vaksinasi harian PICK yang sedang dilaksanakan, tambahnya.
Sementara itu, menurut kenyataan dikeluarkan Suruhanjaya Tinggi Britain di Kuala Lumpur, UK akan mulai menghantar sembilan juta vaksin COVID-19 di seluruh dunia, termasuk ke Malaysia, dengan lima juta dos ditawarkan kepada COVAX.
Vaksin University of Oxford-AstraZeneca yang disumbangkan ke Malaysia dihasilkan Oxford Biomedica di Oxford dan dibotolkan di Wrexham, North Wales.
Dalam kenyataan sama, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Charles Hay berkata: "Saya gembira Malaysia adalah yang pertama menerima vaksin dari UK. Sumbangan vaksin ini mencerminkan komitmen UK untuk membantu rakan kita di Malaysia. Kami percaya bahawa ini akan membantu merancakkan lagi program vaksinasi di samping melindungi lebih banyak nyawa di sini."
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 28 2021

United Kingdom (UK) akan menyumbangkan 415,000 dos vaksin COVID-19 AstraZeneca ke Malaysia. - Gambar hiasan/REUTERS
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Inflasi UK catat tahap tertinggi dalam 10 bulan pada 3 peratus
Inflasi di United Kingdom meningkat ke paras tertinggi dalam 10 bulan pada Januari.

London sedia tindakan balas jika AS kenakan tarif ke atas produk Britain - Laporan
United Kingdom sedang mempersiapkan tindakan balas sekiranya Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenakan tarif ke atas produk-produk Britain.

Trump anggap UK 'tidak selaras dengan kepentingan' AS, ugut kena tarif ke atas EU
Prospek perang dagangan dengan AS dijangka membayangi pertemuan Perdana Menteri Britain Keir Starmer dengan pemimpin EU, selepas Trump menyifatkan EU tidak selaras dengan kepentingan AS.

Lebih 200 syarikat di UK beralih kerja 4 hari seminggu
Ia meliputi pelbagai sektor termasuk agensi pemasaran, firma IT dan perundingan serta badan amal, dengan jumlah pekerja melebihi 5,000 orang.

Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul
Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom dalam CPTPP yang turut disertai Malaysia.

Penyertaan UK dalam CPTPP buka laluan lebih mudah pelaburan untuk Malaysia - PM
UK secara rasmi menyertai CPTPP pada 15 Disember tahun lalu, menjadikannya negara Eropah pertama menyertai blok perdagangan Asia-Pasifik.

'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas
Polis membongkar makmal pemprosesan dadah jenis kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut susulan penahanan seorang lelaki warga Hong Kong.

Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.

PM Anwar buat kemunculan semula di LSE, selepas 15 tahun
Selepas kali terakhir membuat kemunculan pada 2010, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir ke London School of Economics bagi menyampaikan syarahan umum.

Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.