SHAH ALAM:Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjadi universiti pertama di Malaysia yang memiliki dan mengendalikan dua stesen janakuasa solar berskala besar (LSSPV) apabila berjaya memulakan operasi komersial stesen LSSPV keduanya di Pasir Gudang, Johor.
UiTM kini berupaya menjana tenaga hijau dengan kapasiti 75MWac (92.58 MWp), setaraf dengan universiti-universiti terkemuka dunia seperti University of California, Stanford University dan University of Queensland.
Menurut Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr Mohd Azraai Kassim, keputusan untuk memiliki beberapa stesen LSSPV secara komersial merupakan sebahagian daripada usaha universiti agar mencapai tahap neutral karbon di samping menjana pendapatan yang mampan.
“Fokus utama UiTM adalah untuk memastikan kelestarian dalam segala aspek operasi universiti. Kami akan terus melangkah ke hadapan dalam menjana tenaga bersih ini dengan kerjasama semua pihak fakulti, pelajar dan industri dalam melaksanakan usaha ke arah menyediakan suasana pembelajaran yang lestari di semua kampus kami," katanya dalam satu kenyataan.
Projek stesen janakuasa LSSPV yang dikenali sebagai UiTM Solar Park II (USP II), telah dibangunkan dan dikendalikan oleh UiTM Holdings Sdn Bhd (UHSB) menerusi anak syarikat milik penuhnya iaitu UiTM Solar Power Dua Sdn Bhd (USPDSB).
Fasiliti ini dibina di atas tanah berkeluasan 112 ekar dan dijangka akan menyumbang kepada penghindaran pelepasan 28,000 tan karbon dan berkeupayaan untuk menjana 40,000 MWh tenaga bersih setahun.
"Walaupun terdapat banyak cabaran yang timbul berikutan penularan wabak COVID-19, kejayaan untuk mentauliahkan USP II adalah hasil dari kerja keras pasukan USPDSB yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang mendalam dalam projek-projek membangunkan stesen janakuasa LSSPV.
"Ia juga mencerminkan komitmen kumpulan UHSB dalam menyumbang kepada aspirasi Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) negara," kata Norzaimah Maarof, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UHSB
Stesen janakuasa LSSPV pertama UHSB di Gambang, Pahang yang dikenali sebagai UiTM Solar Park I telah memulakan operasi pada 5 April 2019, dengan kapasiti penjanaan sebanyak 61MWp.
Astro Awani
Sun Jan 10 2021
UiTM kini berupaya menjana tenaga hijau dengan kapasiti 75MWac (92.58 MWp), setaraf dengan universiti-universiti terkemuka dunia.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Isu gabungan FKPM: Alumni FKPM kesal bantahan tidak dilayan, dakwa UiTM tidak telus
Alumni Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) menzahirkan rasa kesal terhadap pihak pengurusan universiti terbabit yang didakwa tidak melayan bantahan penggabungan.
UiTM tamatkan perkhidmatan pensyarah terlibat gangguan seksual serta merta
Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menamatkan perkhidmatan seorang pensyarahnya yang didakwa melakukan gangguan seksual pada bekas siswazah, berkuat kuasa serta merta.
Pakar perundangan Prof Dr Rahmat Mohamad dilantik pengerusi baharu SUHAKAM
Pakar perundangan dan hak asasi manusia Universiti Teknologi MARA Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang baharu.
Dakwa hina pelajar B40: 'Jangan terlalu hidung tinggi, kelak makan diri' - Fadzilah Kamsah
Penceramah motivasi terkenal Datuk Fadzilah Kamsah tampil mengulas perilaku seorang pensyarah institusi pengajian tinggi awam yang memperlekeh kemampuan pelajar seperti tular di media sosial.
UiTM di kedudukan ke-105 dalam QS Asia University Rankings 2022
UiTM kini berada di kedudukan ke-105 di Asia dalam QS Asia University Rankings 2022 yang diumumkan semalam.
Tokyo 2020: Pengarang tanjak bangga hasil seni jadi tatapan dunia
Kemasan tanjak yang diperagakan oleh kontinjen negara pada acara pembukaan temasya Olimpik Tokyo 2020 menarik perhatian ramai.
UiTM universiti pertama miliki, kendali dua stesen janakuasa solar berskala besar
UiTM kini berupaya menjana tenaga hijau dengan kapasiti 75MWac (92.58 MWp), setaraf dengan universiti-universiti terkemuka dunia.
UiTM nafi tamatkan perkhidmatan 600 pensyarah sambilan
pengambilan pensyarah sambilan di UiTM untuk setiap semester adalah berdasarkan kepada keperluan subjek di setiap fakulti - Naib Canselor
Belanjawan 2021 bukti kerajaan serius dan responsif - UiTM
Mohd Azraai menyokong usaha ke arah Pendigitalan Pembelajaran TVET yang membuktikan kerajaan prihatin terhadap pemerkasaan serta kemajuan pendidikan masa hadapan Bumiputera.
Logo Hari Kebangsaan hanya mula diguna pada 1976
Malaysia merupakan antara negara yang melihat logo sebagai antara elemen penting dan mempunyai peranan dalam mengajak rakyat agar lebih menjiwai Hari Kemerdekaan.