SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) menubuhkan Jawatankuasa Krisis Kolej Kediaman dan Rumah Sewa, untuk bertindak serta-merta mencari resolusi yang terbaik bagi membantu mahasiswa yang sukar mendapatkan rumah sewa.
UiTM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihak UiTM amat prihatin dan mengambil berat perihal kebajikan mahasiswa, susulan isu penempatan mahasiswa yang sukar mendapatkan rumah sewa, terutamanya di kawasan yang berdekatan dengan kampus UiTM.
Menurut kenyataan itu, UiTM telah mewujudkan portal rumah sewa Non Resident (NR) di https://nr.uitm.edu.my, bagi membantu memudahkan urusan mahasiswa mendapatkan rumah sewa.
"Selain untuk mencari rumah sewa, platform ini juga boleh digunakan untuk tujuan pengiklanan rumah sewa oleh tuan rumah.
"Dalam konteks ini, pengurusan NR UiTM turut membuat tinjauan secara berkala yang berkaitan dengan isu keselamatan, kontrak perjanjian sewa rumah dan kebajikan mahasiswa NR," katanya.
Pada masa yang sama, UiTM berkata pihaknya juga menyediakan 107,000 tempat di kolej-kolej kediaman, dengan penawaran 34,000 tempat kepada pelajar-pelajar baharu Diploma dan Ijazah Sarjana Muda; 52,000 tempat kepada pelajar yang layak secara merit mengikut polisi penempatan UiTM dan 21,000 tempat kepada pelajar yang sedang merayu kolej kediaman.
"Permohonan rayuan kolej boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem e-Rayuan Kolej yang dibuka mulai 13 hingga 23 Sept dan keputusan permohonan e-Rayuan Kolej akan dikeluarkan mulai 28 Sept ini," katanya.
Jelasnya tawaran kolej kediaman untuk pelajar yang sedang membuat rayuan adalah tertakluk kepada kriteria termasuk merujuk polisi penempatan UiTM; pelajar semester akhir dari keluarga berpendapatan di bawah RM2,000 dan B40 dan pelajar Sabah dan Sarawak dari keluarga berpendapatan di bawah RM2,000.
UiTM berkata Jawatankuasa Krisis Kolej Kediaman dan Rumah Sewa, sedang meneliti dan menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi dengan cara yang terbaik serta berharap kepada semua mahasiswa agar kekal tenang dalam menghadapi situasi sekarang.
"Pihak UiTM akan terus menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa dan tidak akan mengambil mudah dengan sebarang perkara terutama yang mendatangkan kesulitan kepada mahasiswa serta warganya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2022
UiTM telah mewujudkan portal rumah sewa Non Resident bagi membantu memudahkan urusan mahasiswa mendapatkan rumah sewa. - Foto fail
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Motosikal dirempuh kereta, tiga penuntut UiTM Dungun maut
Tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut manakala seorang lagi parah dalam nahas jalan raya membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Pantai Sura di sini malam ini.
UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.
UiTM sedia bantu kerajaan bangun ekosistem perkasa STEM
Bagi memastikan aspirasi itu direalisasikan, aspek inovasi dan penyelidikan perlu diberikan tumpuan.
UiTM komited transformasi pendidikan awal kanak-kanak
Sejak kebelakangan ini, pendidikan awal buat kanak-kanak sering menjadi topik perbincangan, bukan hanya melibatkan ibu bapa tetapi juga pakar-pakar.
UiTM berperanan majukan orang Melayu, bumiputera sehingga dapat berdiri sendiri - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peranan yang dimainkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam memajukan pendidikan orang Melayu dan bumiputera telah membolehkan mereka berdikari.
Pendidikan, pembelajaran IPT perlu sentiasa dikemas kini ikut keperluan semasa
IPT perlu memastikan pendidikan dan pembelajaran sentiasa dikemas kini mengikut keperluan semasa susulan kemasukan ke universiti awam pada tahun lepas melibatkan 193,029 pelajar.
Sultan Nazrin berkenan rasmi UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak Kampus Tapah.
UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.