SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedang mengenal pasti beberapa program pengajian sedia ada untuk diperkasakan menjadi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sepenuhnya, kata Pengerusi Lembaga Pengarahnya Prof Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose.
Beliau berkata inisiatif diketuai Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UiTM Prof Datin Dr Suzana Sulaiman itu setakat ini telah mengenal pasti kira-kira 40 program yang mempunyai unsur separa TVET serta mempunyai sukatan pelajaran teknikal yang berpotensi dijadikan TVET sepenuhnya.
"... ini antara usaha yang sedang kita lakukan di UiTM bagi memperkasakan bidang teknikal itu, seiring usaha mengarusperdanakan TVET negara yang dilaksanakan kerajaan.
"Langkah yang dilaksanakan UiTM juga bertujuan mewujudkan kursus TVET yang berkualiti untuk disertai oleh lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang ke arah menyediakan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan negara," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ibadah Korban dan Akikah peringkat UiTM di sini semalam.
Raduan berkata langkah itu juga bagi memastikan TVET tidak dilihat sebagai pilihan kedua sebaliknya setara dengan bidang akademik lain yang ditawarkan kepada lepasan sekolah menengah sebagaimana yang dihasratkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa TVET Negara dilaporkan berkata Malaysia perlu bergerak ke arah menjadikan bidang TVET sebagai pilihan utama lepasan sekolah menengah seiring keperluan negara dalam menyediakan lebih banyak tenaga kerja mahir atau berketerampilan bagi memenuhi keperluan sektor pekerjaan pada masa akan datang.
Raduan yang juga Presiden Majlis Profesor Negara (MPN) berkata UiTM juga telah menubuhkan satu jawatankuasa dianggotai pakar akademik dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengenal pasti punca keciciran lebih 10,000 calon SPM 2023.
Beliau berkata hal itu merupakan satu masalah kepada negara dan UiTM mengambil tanggungjawab mencari penyelesaian bersama pihak berkaitan demi memastikan masa depan kelompok pelajar berkenaan tidak terjejas.
Pada 27 Mei lepas, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM akan melaksanakan intervensi mengesan calon tercicir dan memberi peluang kepada mereka untuk mendaftar bagi menduduki SPM secara ulangan selepas sebanyak 10,160 daripada 383,685 calon SPM 2023 dilaporkan tidak hadir menduduki peperiksaan itu.
Berkaitan isu segelintir pelajar institut pengajian tinggi di Lembah Klang termasuk UiTM yang dilaporkan sanggup mengambil risiko dengan menawarkan perkhidmatan prebet sapu menggunakan kenderaan persendirian tanpa lesen vokasional kenderaan perkhidmatan awam (PSV), Raduan berkata pihaknya menasihati mahasiswa yang terlibat dengan kerja sambilan itu supaya melakukannya berdasarkan lunas undang-undang.
"Memang kita ada terima laporan tetapi hanya libatkan jumlah yang kecil. Jadi, saya ambil kesempatan untuk menyeru pelajar kita melakukan dalam lunas perundangan negara dengan mendapatkan lesen PSV bagi mengelakkan mereka disabitkan dengan kesalahan undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2024
![UiTM kenal pasti program pengajian sedia ada untuk dijadikan TVET sepenuhnya UiTM kenal pasti program pengajian sedia ada untuk dijadikan TVET sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718850747_RaduanCheRose.jpg)
Raduan bercakap kepada pemberita selepas Majlis Ibadah Korban dan Akikah peringkat UiTM di Shah Alam, semalam. - Foto BERNAMA
![Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739921432_tbmenikamisteri.jpg)
Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok
Pihak berkuasa kini sedang melakukan siasatan lanjut ke atas Onal dan beberapa saksi di lokasi kejadian.
![Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734342219_tbPPSBANJIR.jpg)
Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir
Sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan D'Sury, Jelebu pada 3 pagi tadi bagi menempatkan 51 mangsa terjejas akibat banjir kilat.
![Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724910395_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican
Pemimpin tertinggi Gereja Katolik Sedunia itu alami pneumonia dia kedua-dua paru-parunya dan keadaannya kekal "kompleks." kata pentadbiran Vatican.
![Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.
![Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739922101_tbZAKARIAARIFFINB.jpg)
Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia
Allahyarham Zakaria yang berusia 73 tahun meninggal dunia akibat stroke di Hospital Slim River, Perak, sekitar pukul 2.30 pagi tadi.
Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menangguhkan lawatannya ke Arab Saudi bagi mengelakkan sebarang legitimasi terhadap mesyuarat antara pegawai Amerika Syarikat dan Rusia di Riyadh pada Selasa.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.
![Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739915838_TBTrumpProtests.jpg)
Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden
Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap tahun.
PGA tumpaskan sindiket dadah, temui 393 pil yaba di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dalam op taring wawasan Kelantan selepas menyerbu sebuah rumah di Pulau Belanga, Kota Bharu pada Isnin.
Wanita warga Belanda cedera ketika mendaki gunung jasar
Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa dalam kenyataan pada Selasa berkata, mangsa berusia 51 tahun yang mendaki secara berkumpulan itu mengalami kecederaan pada bahagian lutut.
Mayat kedua remaja lemas di Sungai Perak ditemui
Mayat seorang lagi pelajar sekolah yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai perak dekat Kampung Tepus, Tanjung Belanja di parit pada Isnin ditemui pada Selasa.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739425530_TBsultanibrahim.jpg)
UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
![Dakwa paksa peluk Islam, Jakim seru pengamal media hormati sensitiviti masyarakat tempatan Dakwa paksa peluk Islam, Jakim seru pengamal media hormati sensitiviti masyarakat tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712831684_jakim.jpg)
Dakwa paksa peluk Islam, Jakim seru pengamal media hormati sensitiviti masyarakat tempatan
Pengamal media perlu sentiasa menghormati sensitiviti budaya, agama dan Perlembagaan Persekutuan dalam melaporkan sebarang isu yang melibatkan masyarakat tempatan.
![UiTM nafi dakwaan paksa mahasiswa bukan Islam sertai program berkaitan keagamaan UiTM nafi dakwaan paksa mahasiswa bukan Islam sertai program berkaitan keagamaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603946219_UITMLOGO.jpg)
UiTM nafi dakwaan paksa mahasiswa bukan Islam sertai program berkaitan keagamaan
UiTM menafikan dakwaan bahawa universiti itu memaksa mahasiswa bukan Islam menyertai program berkaitan Islam pada Kem Jati Diri dan Kerohanian Siri ke-20 pada 11 Jan lepas.
![Pelajar UiTM parah kemalangan di Shah Alam Pelajar UiTM parah kemalangan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734562579_pelajarUiTMkemala.jpg)
Pelajar UiTM parah kemalangan di Shah Alam
Mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal itu mengalami kecederaan serius di kepala dan patah kaki.
![Lebih 1,000 pelajar UiTM di Kelantan, Terengganu dan Johor terjejas banjir Lebih 1,000 pelajar UiTM di Kelantan, Terengganu dan Johor terjejas banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733743011_tbProfDrMohdSazil.jpg)
Lebih 1,000 pelajar UiTM di Kelantan, Terengganu dan Johor terjejas banjir
Seramai 1,083 pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) termasuk Kelantan, Terengganu dan Johor terkesan akibat banjir pada penghujung Nov lepas.
![Pelatih Palapes meninggal dunia: UiTM teliti semula prosedur latihan Pelatih Palapes meninggal dunia: UiTM teliti semula prosedur latihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-09/71443356694_UITM.jpg)
Pelatih Palapes meninggal dunia: UiTM teliti semula prosedur latihan
Pengurusan UiTM memandang serius kejadian tersebut dan menyerahkan kepada pihak polis dan Lembaga Siasatan di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), untuk melakukan siasatan lanjut.
![Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731487480_TBSultanibrahim.jpg)
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
![Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731477453_TBSultanibrahim.jpg)
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
![Motosikal dirempuh kereta, tiga penuntut UiTM Dungun maut Motosikal dirempuh kereta, tiga penuntut UiTM Dungun maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728490880_PenuntutUitmDung.jpg)
Motosikal dirempuh kereta, tiga penuntut UiTM Dungun maut
Tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut manakala seorang lagi parah dalam nahas jalan raya membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Pantai Sura di sini malam ini.