BATU PAHAT: Seorang wanita diperdaya ejen tawaran biasiswa palsu selepas menerima ugutan video bogel miliknya akan disebarkan jika tidak memasukkan RM1,000 ke dalam satu akaun.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa sebelum itu berkenalan dengan seorang wanita melalui aplikasi Telegram pada Jumaat yang menawarkan biasiswa untuk mangsa melanjutkan pelajaran.
"Sebagai syaratnya, mangsa perlu menghantar beberapa dokumen dan juga perlu membuat pemeriksaan kesihatan dan fizikal secara dalam talian.
"Mangsa juga dikehendaki memuat naik gambarnya berpakaian dan tidak berpakaian iaitu video dalam keadaan berbogel.
"Selepas itu, mangsa diminta memasukkan wang RM600 ke dalam satu akaun sebagai wang proses pinjaman dan mangsa mematuhi semua arahan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, mangsa kemudian menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengugut akan menyebarkan video bogel yang dihantar jika tidak memasukkan RM1,000 dalam akaun diberikan.
Katanya, menyedari ditipu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada Ahad sebelum lelaki berkenaan yang berusia 30 tahun berjaya diberkas pada Isnin untuk siasatan lanjut.
"Sebuah telefon bimbit dan kad ATM telah dirampas, dengan tertangkap lelaki tersebut polis Batu Pahat berjaya menyelesaikan dua kes peras ugut menggunakan modus operandi yang sama," ujar beliau.
Tambah beliau, suspek akan dibawa ke mahkamah majistret pada Selasa untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun atau denda atau disebat," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 13 2022
Mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengugut akan menyebarkan video bogel jika tidak memasukkan RM1,000 dalam akaun diberikan. - Gambar hiasan
Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.
Imigresen serbu pusat karaoke, 49 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
AWANI Ringkas: Pendatang asing tanpa izin | Kekecohan di Wisma Transit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Ahad – 06 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh
Peruntukan berjumlah RM481 juta bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara telah diluluskan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh.
AWANI 7:45 [05/10/2024] – Tunggu perkenan Majlis Raja-Raja | Inflasi dan gaji jadi tumpuan | Kes terpencil | Zionis terus angkuh
- Tiga negeri fatwakan GISB sesat, siasatan libat 10 peruntukan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
Pekebun boleh kemuka tuntutan akibat serangan haiwan liar
Pekebun yang mengalami kerugian hasil tanaman akibat ancaman haiwan liar boleh mengemukakan tuntutan pampasan terhadap kerosakan yang berlaku.
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sindiket peras ugut video bogel tumpas, polis tahan 14 individu
Kesemua yang ditahan merupakan pemilik akaun yang digunakan sindiket terbabit memeras ugut mangsa.
Ugut sebar video bogel jika tidak masukkan RM1,000
Suspek akan dibawa ke mahkamah majistret hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Ugut mahu sebar video bogel, lelaki ditahan
Seorang lelaki ditahan di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur selepas disyaki melakukan pemerasan dengan menyebar video bogel sehingga memaksa mangsa membayar sejumlah wang kepadanya.
Bahana kongsi gambar, video bogel, polis Selangor terima 180 laporan pemerasan
Sebahagian besar kes membabitkan sindiket yang memperdaya mangsa di median sosial, selain suspek yang terdiri daripada individu dikenali mangsa termasuk bekas suami atau teman lelaki.
Bintang filem lucah, Stormy Daniels ada video bogel Trump, bakal dedah malam ini?
Peguam pelakon filem lucah, Stormy Daniels membayangkan pihaknya miliki video bogel Presiden Donald Trump.