KAKITANGAN syarikat laman sosial Twitter dibenarkan terus bekerja dari rumah walaupun selepas perintah berkurung susulan penularan COVID-19 ditamatkan.
Perkara berkenaan diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Jack Dorsey, dalam satu emel kepada staf syarikat itu pada Selasa.
Namun, menurut laporan BuzzFeed News, beberapa tugas yang memerlukan pekerja hadir secara fizikal tidak tertakluk kepada polisi itu.
“Kami amat bertimbang rasa dalam cara pendekatan kami sejak menjadi antara syarikat paling awal yang melaksanakan model ‘work-from-home’,” kata seorang jurucakap Twitter kepada BuzzFeed News.
“Kami akan terus mengutamakan dahulu keselamatan pekerja dan masyarakat kami.”
Twitter turut mengesahkan berita tersebut kepada portal TechCrunch dengan menyatakan: "Jika kakitangan kami mampu bekerja dari rumah dan ingin teruskan begitu, kami akan pastikan ia dapat berterusan."
Jack dalam emel tersebut menyatakan bahawa pihaknya tidak mejangkakan premis pejabat Twitter akan dibuka sebelum September.
Twitter turut meningkatkan elaun untuk bekalan barangan ketika bekerja dari rumah sebanyak AS$1,000 (RM4,300) bagi setiap kakitangan.
Twitter mula menggalakkan kakitangannya bekerja dari rumah sejak awal Mac apabila pandemik COVID-19 mula menular di serata Amerika Syarikat.
Beberapa syarikat teknologi turut mengambil langkah sama, termasuk Microsoft, Google dan Amazon.
Ketua Sumber Manusia Twitter Jennifer Christie ketika itu memberitahu, syarikat itu berkemungkinan tidak akan kekal sama lagi dalam strukturnya.
“Orang yang sebelum ini tidak setuju untuk bekerja dari jarak jauh akan mendapati bahawa mereka mampu bekerja dalam keadaan sebegitu,” kata Jennifer.
“Pengurus-pengurus yang menjangkakan mereka tidak mampu mengurus kumpulan mereka secara jarak jauh akan mempunyai perspektif berbeza. Saya rasa kita tidak akan kembali (kepada cara lama).”
Agensi
Wed May 13 2020
![Twitter benarkan kakitangan terus kerja dari rumah pasca COVID-19 Twitter benarkan kakitangan terus kerja dari rumah pasca COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81589333140_Twitter.jpg)
Twitter turut meningkatkan elaun untuk bekalan barangan ketika bekerja dari rumah sebanyak AS$1,000 bagi setiap kakitangan.
![Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717993469_RON.jpg)
Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
![Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721210176_TBFARAHMAYAT.jpg)
Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis
Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini adalah lokasi Nur Farah Kartini Abdullah, dipercayai dibunuh.
Pantau Agenda Reformasi: Bola sepak Malaysia selepas Kim Pan Gon
Niaga AWANI: BSKL dijangka melepasi 1,700 mata pada akhir 2024
Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat dengan indeks utama FBM KLCI dijangka melepasi paras 1,700 mata menjelang akhir tahun ini.
Niaga AWANI: Harga emas rekod paras tertinggi dalam sejarah
Harga emas dilaporkan naik ke paras tertinggi dalam sejarah hari ini. Ia berikutan kenyataan terbaharu daripada pegawai Rizab Persekutuan (FED) Amerika Syarikat yang meningkatkan jangkaan bahawa akan berlaku penurunan kadar faedah pada September.
Suspek masih belum digantung tugas
Polis Perak sedang menunggu hasil siasatan terhadap suspek sebelum tindakan menggantung tugas sebagai anggota polis.
Dasar digital perlu pastikan jurang antara miskin dan kaya tidak terus melebar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bukan mahu bersikap negatif terhadap golongan elit, namun menegaskan bahwa sekiranya tidak dikawal, kesenjangan di antara kaya dan miskin akan terus melebar.
Ahli Dewan Rakyat wajib jalani pemeriksaan kesihatan
Semua Ahli Dewan Rakyat diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya pada 11 November depan.
![Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721206884_NurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang
Urusan tuntutan jenazah mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dijangka hanya dapat dilakukan selepas pengambilan sampel DNA ibunya di Hospital Kuala Kubu Bharu hari ini.
![[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu [KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721207677_belanda.jpg)
[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu
Pantun merupakan akal budi orang Melayu, iaitu penciptaan bait-bait diksi yang indah yang mempunyai unsur alam dan persekitaran masyarakat.
![Kadar sewa pejabat Lembah Klang, tahap penghunian dijangka menurun tahun ini Kadar sewa pejabat Lembah Klang, tahap penghunian dijangka menurun tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649378422_TBPEJABATSEWA.jpg)
Kadar sewa pejabat Lembah Klang, tahap penghunian dijangka menurun tahun ini
Sentral REIT yang sebelum ini dikenali sebagai MRCB-Quill REIT, berkata ia optimis pemulihan ekonomi tahun ini akan memberi kesan positif kepada pasaran ruang pejabat.
![Syarikat, premis tidak patuh arahan kerja dari rumah boleh dikompaun Syarikat, premis tidak patuh arahan kerja dari rumah boleh dikompaun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51622719910_MSaravanan.jpg)
Syarikat, premis tidak patuh arahan kerja dari rumah boleh dikompaun
Syarikat atau premis itu akan diarah tutup serta merta selama tujuh hari dan dikompaun maksimum RM50,000.
![Perkhidmatan awam laksana kaedah BDR sepenuhnya - KSN Perkhidmatan awam laksana kaedah BDR sepenuhnya - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51622413318_MohdZukiAli.jpg)
Perkhidmatan awam laksana kaedah BDR sepenuhnya - KSN
Mohd Zuki berkata arahan itu tidak termasuk perkhidmatan barisan hadapan, keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan.
![KSN gariskan empat pendekatan BDR bagi pejabat kerajaan KSN gariskan empat pendekatan BDR bagi pejabat kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51613208423_WFH.jpg)
KSN gariskan empat pendekatan BDR bagi pejabat kerajaan
Pengoperasian bagi pejabat kerajaan akan dilaksanakan secara hibrid melalui keberadaan di pejabat dan Bekerja Dari Rumah (BDR) menggunakan empat pendekatan.
![PKPD: MKN ambil alih kawalan UTM hingga 3 Jun PKPD: MKN ambil alih kawalan UTM hingga 3 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621552042_UTMJohorPKPD.jpg)
PKPD: MKN ambil alih kawalan UTM hingga 3 Jun
Segala keperluan asas dan kebajikan seluruh warga kampus UTM Johor Bahru akan diuruskan oleh MKN termasuk agihan makanan dan keperluan khususnya kepada pelajar yang tinggal di kolej kediaman.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51602854082_BTP.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PKPB: Arahan WFH bertujuan kurangkan pergerakan, interaksi orang ramai - Ismail Sabri PKPB: Arahan WFH bertujuan kurangkan pergerakan, interaksi orang ramai - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603343325_WFH.jpg)
PKPB: Arahan WFH bertujuan kurangkan pergerakan, interaksi orang ramai - Ismail Sabri
Menerusi arahan Bekerja Dari Rumah, Ismail Sabri berkata, ia berkemungkinan dapat membantu menjayakan usaha memutuskan pandemik COVID-19.
![WFH: Cuepacs gesa jabatan patuhi arahan kehadiran bertugas WFH: Cuepacs gesa jabatan patuhi arahan kehadiran bertugas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/51592902297_pejabat.jpg)
WFH: Cuepacs gesa jabatan patuhi arahan kehadiran bertugas
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa semua ketua jabatan untuk mematuhi arahan kehadiran bertugas pada tahap maksimum 30 peratus.
![Maksimum 30 peratus pekerja sektor awam dibenar masuk pejabat Maksimum 30 peratus pekerja sektor awam dibenar masuk pejabat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603255065_MohdKhairulAdibAb.jpg)
Maksimum 30 peratus pekerja sektor awam dibenar masuk pejabat
Bermula 22 Oktober 2020 sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, maksimum 30 peratus pekerja sektor awam sahaja dibenarkan berada di pejabat.
![Kerajaan pertimbang teruskan pelaksanaan kerja dari rumah bagi penjawat awam Kerajaan pertimbang teruskan pelaksanaan kerja dari rumah bagi penjawat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51588644948_ALORSETAR.jpg)
Kerajaan pertimbang teruskan pelaksanaan kerja dari rumah bagi penjawat awam
Mohd Zuki berkata, ia memerlukan kajian lebih terperinci bagi memastikan ia dapat menepati hasrat pelaksanaannya.