Kerajaan sedang mempertimbangkan secara mendalam untuk meneruskan pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) sebagai amalan normal baharu dalam perkhidmatan awam, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali.
Bagaimanapun, katanya ia memerlukan kajian lebih terperinci bagi memastikan ia dapat menepati hasrat pelaksanaannya.
"Terdapat dua objektif utama yang telah dikenal pasti iaitu untuk mitigasi risiko seperti pencemaran dan penularan penyakit, dan untuk menguruskan prestasi pegawai dengan mengimbangi keperluan kerja dan keluarga, serta meningkatkan kepuasan kerja dan produktiviti, " katanya dalam satu wawancara bertulis pada Ahad.
Antara aspek yang perlu diperjelaskan melalui kajian lanjut adalah keperluan sokongan teknologi digital, keselamatan maklumat, kesesuaian pelaksanaan kepada skim-skim perkhidmatan tertentu, serta implikasi perundangan yang terlibat.
Menurutnya selari dengan inisiatif kerajaan untuk menimbangkan pelaksanaan BDR sebagai suatu normal baharu, penilaian juga akan dilaksanakan ke atas beberapa kemudahan awam lain yang berkaitan terutamanya kemudahan-kemudahan cuti dan pelepasan.
Katanya semua inisiatif berkenaan adalah usaha berterusan bagi memastikan penjawat awam dapat terus meningkatkan produktiviti mereka dalam konteks perubahan-perubahan faktor luaran yang terkini.
Mohd Zuki berkata pengalaman semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menunjukkan perkhidmatan awam boleh berfungsi dengan berkesan walaupun dengan pelaksanaan BDR dan BDR secara fleksibel.
"Bermula dengan pelaksanaan BDR secara arahan ke atas semua penjawat awam, ia kemudian berubah kepada pelaksanaan berlandaskan kes-kes tertentu.
Dalam kedua-dua keadaan tersebut, impak kepada produktiviti penjawat awam adalah minimum, dan perkhidmatan awam terus dapat menyokong pembukaan sektor ekonomi dan perniagaan," katanya.
Dalam tempoh tersebut, sektor ekonomi dan perniagaan telah dapat beroperasi hampir 100 peratus untuk memastikan ekonomi negara dapat dilonjakkan, dan ini dapat dicapai bilamana penjawat awam dapat terus melaksanakan tanggungjawab mereka melalui kedua-dua mod tersebut, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 12 2020

Selari dengan inisiatif kerajaan menimbangkan pelaksanaan bekerja dari rumah sebagai suatu kelaziman baharu, penilaian juga akan dilaksanakan ke atas beberapa kemudahan awam lain yang berkaitan. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Majoriti kakitangan sumber manusia lebih suka sistem kerja hibrid
Sektor swasta di Malaysia harus menjadi peneraju dalam melaksanakan perubahan hala tuju budaya kerja hari ini.

Tidak patut potong gaji pekerja bekerja dari rumah - Saravanan
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata perkara berkenaan turut tidak dibenarkan berdasarkan kepada dasar gaji negara.

Majikan wajar pertimbang potong elaun perjalanan jika pekerja bekerja dari rumah- MEF
MEF melihat kewajaran majikan memberikan gaji yang lebih kecil termasuk memotong elaun perjalanan jika pekerja memilih untuk bekerja dari rumah.

PERKESO laksana skim perlindungan suri rumah bermula 2022 - Saravanan
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Julai, 2021, yang bersetuju supaya suri rumah diberikan perlindungan keselamatan sosia

Pengoperasian pejabat kerajaan mengikut fasa PPN mulai 26 Julai - KSN
Ia selaras pengumuman Timbalan Perdana Menteri mengenai perubahan kadar peratusan kehadiran ke pejabat bagi sektor awam berdasarkan perkembangan positif kadar vaksinasi.

Yoodo tawar pelan data internet 80GB sebulan serendah RM5
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Kerajaan bagi mengekang penularan COVID-19 telah menunjukkan penggunaan internet harian meningkat dengan ketara.

Kekal produktif walaupun di rumah
Elak kecekapan bekerja menurun, ini tip agar dapat mengekalkan produktiviti dan fokus semasa bekerja dari rumah.

Aduan majikan tidak benarkan BDR hampir 50 peratus - Awang Hashim
Ini tidak patut berlaku kerana kerajaan telah melancarkan Program Subsidi Upah (PSU) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Bekerja dari rumah: Sisi negatif mula kelihatan
Antara aduan diterima ialah pekerja terpaksa korban masa peribadi dan majikan yang terlalu mendesak.

Seronok kerja di rumah? #DiariLockdown tanya warga media sosial
"SERONOK tak kerja di rumah?" "Bestnya, kerja di rumah. Boleh masak, tengok televisyen dan baring-baring sambil kerja".