Ia juga bertujuan mengurangkan pergerakan keluar dan mengawal penularan jangkitan.
Oleh itu, bagi mengelakkan kecekapan bekerja menurun, ini tip agar dapat mengekalkan produktiviti dan fokus semasa bekerja dari rumah.
Memiliki ruang bekerja sendiri amat penting. Meja dan kerusi yang baik dapat mengelakkan anda daripada mengalami sakit belakang, bahkan umpama berada di pejabat.
Menyusun atur dokumen kerja seperti dokumen, membuang sampah sarap dan perisian serta e-mel tidak perlu mampu meningkatkan konsentrasi serta membuatkan anda tidak menerawang semasa bekerja.
Kadang-kala anda juga perlu menghadiri mesyuarat secara dalam talian dan capaian internet yang lemah boleh menyebabkan pelbagai urusan tergendala.
Justeru, kami sarankan anda mendapatkan rangkaian TIME Internet (MY) yang direka khas untuk penggunaan jalur lebar tinggi serta mampu memastikan pengalaman digital berkualiti.
Serendah RM99 sebulan, ia ditawarkan dengan kelajuan internet sehingga 500Mbps.
2. Berpakaian kemas
Tidak dinafikan memakai pakaian yang kemas dapat meningkatkan produktiviti dan mood bekerja seseorang.
Malah, satu kajian mendapati individu yang BDR sambil memakai baju tidur berpotensi mendapat risiko kesihatan mental.
CNN Indonesia melaporkan, kajian yang disiarkan dalam Jurnal Perubatan Australia Disember lalu, melaporkan individu yang memakai baju tidur semasa BDR boleh mengalami kesihatan mental yang lebih buruk berbanding mereka yang memiliki anak kecil di rumah.
Walaupun BDR, berpakaianlah seperti anda akan ke pejabat, ia juga baik untuk kesihatan.
Sekiranya anda bosan dengan memakai pakaian yang sama dan inginkan gaya yang segar dan terkini, Zalora menawarkan pilihan pakaian menarik dari hujung rambut hingga hujung kaki dengan harga berpatutan.
Sambil-sambil bekerja, bolehlah juga ambil gambar outfit of the day (OOTD).
3. Reward diri
Sekiranya anda keletihan setelah seharian bekerja menghadap skrin komputer dan berdepan masalah menyelesaikan sesuatu projek termasuk melakukan urusan rumah, cuba hadiahkan sesuatu buat diri.
Ia boleh dilakukan dengan mengambil rehat dan menghirup secawan kopi, menonton rancangan kegemaran di Astro dan Netflix atau makan benda-benda manis seperti kek.
Di Eat Cake Today, anda boleh mendapatkan pelbagai pilihan kek termasuk brownies, cupcakes dan healthy cakes.
Menariknya, anda juga boleh menempah kek mengikut citarasa dan kreativiti yang dihantar terus ke rumah.
Cara tersebut juga sebagai tanda menghargai usaha dan pengorbanan anda dalam menyeimbangkan urusan kerja dan rumah.
Apa yang penting semasa BDR, berkomunikasilah sekiranya mempunyai keluarga, disiplin diri dan menguruskan masa dengan sebaik-baiknya.
*Artikel ini mengandungi pautan afiliasi. Kami mungkin menerima komisen untuk pembelian produk yang dilakukan melalui pautan ini.