Tawaran lesen perniagaan percuma selama setahun oleh Kerajaan Negeri Kelantan dilihat masih tidak mampu mengurangkan bebanan kepada peniaga sekiranya pelaksanaan penguatkuasaan penutupan premis perniagaan selepas 12 malam dilaksanakan di negeri ini.
Peniaga kedai makan Hannan Yusof, 27, berkata tawaran itu baik namun ia masih tidak mampu mengurangkan bebanan kepada peniaga yang sudah pasti menanggung kos yang lebih tinggi daripada tawaran itu untuk pengurusan operasi perniagaan masing-masing.
"Lesen perniagaan untuk setahun hanya RM70 sehingga RM100 namun jika cadangan untuk penguatkuasaan penutupan premis perniagaan dilaksanakan selepas 12 malam, kami kerugian sehingga ribuan ringgit setahun yang sepatutnya menjadi sumber kepada kami untuk dijadikan sebagai modal pusingan.
"Saya yang mengusahakan kedai masakan panas akan memulakan operasi 5.00 petang dan akan tamat operasi pada pukul 3.00 pagi kerana masakan panas ini mendapat sambutan pada waktu malam berbanding waktu pagi, tengah hari dan petang," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.
Sebelum ini media melaporkan Kerajaan Negeri akan memberi lesen percuma kepada mana-mana peniaga yang patuh kepada arahan operasi perniagaan sehingga 12 malam.
Hannan berkata kadang kala dalam tempoh waktu perniagaannya itu dia memperoleh hasil jualan RM100 sehingga RM200 dan bergantung kepada musim seperti cuti perayaan dan hujung minggu.
"Dengan hasil jualan itu ia hanya atas 'pagar' kepada saya untuk menjadikan modal pusingan untuk sewa kedai RM700, gaji pekerja RM900, kos bil air dan elektrik RM400 dan modal harian RM300 dan selebihnya keuntungan saya.
"Kebiasaan masyarakat menikmati masakan panas selepas 10 malam, bayangkan sekiranya kami terpaksa tutup 12 malam dalam tempoh tiga jam, berapa sangat hasil jualan yang kami akan dapat memandangkan waktu petang untuk mendapatkan RM50 pun sukar," katanya.
Sementara itu, Mohd Aif Eznil Zaki, 28, berkata beliau meminta agar cadangan itu dipertimbangkan kerana ia menjadi bebanan kepada peniaga terutama yang mencari rezeki pada waktu malam.
"Kami yang berniaga masakan panas ini kebiasaan tidak akan memulakan perniagaan waktu pagi dengan menjual nasi berlauk atau kuih muih untuk memberi ruang kepada peniaga lain dalam waktu itu mencari rezeki, sekaligus mengurangkan persaingan.
"Perniagaan saya bergantung harap kepada penumpang bas ekspres dan pemandu lori pada waktu malam dan awal pagi selain masyarakat lain, jika tutup 12 malam selepas ini bermungkinan saya terpaksa gulung tikar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 02 2020

Sebelum ini media melaporkan Kerajaan Negeri akan memberi lesen percuma kepada mana-mana peniaga yang patuh kepada arahan operasi perniagaan sehingga 12 malam. - Gambar hiasan

OpenAI perkenal model bahasa raya baharu GPT-4.5
OpenAI memasarkan model ini sebagai model yang paling berpengetahuan setakat ini.

Nelayan di Pahang terus dapat perhatian, bantuan Perdana Menteri
Warga emas yang terjejas pendapatan kerana sudah berbulan-bulan tidak dapat mengail rezeki akibat keadaan laut bergelora, diberikan bantuan.

Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.83 mata kepada 1,578.77 daripada penutupan Khamis pada 1,586.60.

Sultan Nazrin zahir ucapan tahniah kepada menteri, warga KPKT atas prestasi cemerlang
Sultan Perak berkenan menerima menghadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di Istana Perak Changkat pada Khamis.

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah secara rasmi kepada SPR
Speaker Dewan Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid menyerahkan notis itu kepada Pengarah SPR Perak, Mohd Nazri Ismail.

'Saya yakin akan bebas, harap peminat tetap beri sokongan' - Eda Ezrin
Penyanyi wanita Kelantan, Eda Ezrin percaya dia akan akan dibebaskan dari Penjara Wilayah Narathiwat tidak lama lagi.

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Kejadian berlaku sekitar jam 8.40 malam ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di sebuah kilang.

Rundingan fasa seterusnya gencatan senjata Gaza bermula di Kaherah
Delegasi Qatar dan Israel tiba di Kaherah bagi meneruskan rundingan, dengan penyertaan wakil dari Amerika Syarikat.

Siemens Malaysia lancar Akademi Latihan Industri Digital bersama SG TVET Group, JTM
Ia sebahagian usaha memperkasa tenaga kerja dan mewujudkan ekosistem digitalisasi menerusi program latihan bertaraf antarabangsa.

Polis tahan lelaki warga Bangladesh khianat, pukul anjing
Polis Daerah Kulai mengesan video tular di media sosial yang dimuat naik pemilik akaun Instagram UPDATEINFO11 memaparkan kejadian khianat itu.

Jangan main bunga api, mercun selepas tengah malam, boleh dipenjara, denda - PDRM
PDRM mengingatkan masyarakat supaya tidak bermain bunga api melebihi pukul 12 tengah malam yang boleh mendatangkan kacau ganggu atau bahaya kepada umum.

PDRM beri amaran tak boleh main bunga api ganggu ketenteraman selepas 12 tengah malam
Bermain bunga api melebihi jam 12 tengah malam adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336].

Fasa Peralihan ke Endemik, episod baharu pasca-COVID-19
Bermula 12 tengah malam ini, negara beralih ke Fasa Peralihan ke Endemik selepas lebih dua tahun berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19.

Tutup premis 12 tengah malam: Lesen percuma tak mampu kurangkan kos - Peniaga Kelantan
Peniaga dakwa bakal kerudian ribuan ringgit setahun jika penguatkuasaan penutupan premis perniagaan selepas 12 malam dilaksanakan.

Atlet Asiad sambut Hari Kebangsaan di Indonesia
Kira-kira 40 atlet, pegawai dan jurulatih daripada kontinjen negara yang beraksi di kluster Palembang, sempat menyambut detik ulang tahun ke-61 Hari Kebangsaan tepat pada jam 12 tengah malam.