KUALA LUMPUR: Turkish Aerospace Industries (TAI) membuka pejabat kejuruteraan dan reka bentuknya yang pertama di Asia Tenggara, terletak di Cyberjaya untuk menjalankan kajian bersama dalam pelbagai bidang termasuk pesawat tanpa pemandu, jurulatih jet, projek helikopter dan program pemodenan untuk ekosistem penerbangan global.
TAI dan industri aeroangkasa Malaysia terlibat dalam banyak program bersama terutamanya dalam pembangunan pesawat Airbus.
"Pembukaan pejabat kejuruteraan dan reka bentuk Turkish Aerospace yang pertama di Malaysia adalah tepat pada masanya untuk kita meninjau bagaimana kita boleh menjalankan usaha sama kepakaran bersama bagi mendapatkan aliran kerja yang memanfaatkan industri aeroangkasa Turki dan Malaysia," kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada majlis pembukaan itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Arham Abdul Rahman berkata kehadiran Turkish Aerospace di negara ini akan mempertingkatkan ekosistem aeroangkasa Malaysia yang mempunyai saranan nilai bersesuaian untuk syarikat itu mengembangkan kehadirannya di ASEAN dan di luarnya, terutamanya dalam sektor pembuatan dan bernilai tinggi.
"Kos yang kompetitif untuk menjalankan perniagaan di Malaysia tentunya akan memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak untuk meningkatkan kepakaran tempatan dan status pengiktirafan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 24 2021
![Turkish Aerospace buka pejabat kejuruteraan di Cyberjaya, pertama di Asia Tenggara Turkish Aerospace buka pejabat kejuruteraan di Cyberjaya, pertama di Asia Tenggara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637790680_MenteriPerdagangan.jpg)
Azmin berkata pembukaan pejabat kejuruteraan dan reka bentuk Turkish Aerospace yang pertama di Malaysia adalah tepat pada masanya. - Foto MIDA
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Syarikat luar perlu sedia bantu Malaysia bangunkan industri pertahanan - Mohamed Khaled Syarikat luar perlu sedia bantu Malaysia bangunkan industri pertahanan - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717988437_tbKhaledNordinTu.jpg)
Syarikat luar perlu sedia bantu Malaysia bangunkan industri pertahanan - Mohamed Khaled
Sangat penting bagi Malaysia membina keupayaan dan kemampuan dalam industri pertahanan supaya tahap kebergantungan kepada negara luar bukan secara menyeluruh.
![PM lawat syarikat utama pertahanan, aeroangkasa Turkiye di Ankara PM lawat syarikat utama pertahanan, aeroangkasa Turkiye di Ankara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61657124970_IsmailSabriYaakob.jpg)
PM lawat syarikat utama pertahanan, aeroangkasa Turkiye di Ankara
Perdana Menteri yang dalam lawatan rasmi empat hari ke Turkiye melawat MKE Corporation dan Turkish Aerospace Industries (TAI).
![Malaysia pilihan Turkish Aerospace sebagai hub industri aeroangkasa Malaysia pilihan Turkish Aerospace sebagai hub industri aeroangkasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648532376_TemelKotil.jpg)
Malaysia pilihan Turkish Aerospace sebagai hub industri aeroangkasa
Turkish Aerospace Industries pilih jadikan Malaysia sebagai hub industri aeroangkasa kerana yakin dengan kejuruteraan tempatan.
![Turkish Aerospace buka pejabat kejuruteraan di Cyberjaya, pertama di Asia Tenggara Turkish Aerospace buka pejabat kejuruteraan di Cyberjaya, pertama di Asia Tenggara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637790680_MenteriPerdagangan.jpg)
Turkish Aerospace buka pejabat kejuruteraan di Cyberjaya, pertama di Asia Tenggara
Turkish Aerospace Industries (TAI) membuka pejabat kejuruteraan dan reka bentuknya yang pertama di Asia Tenggara, terletak di Cyberjaya.