CYBERJAYA: Turki merancang mengeluarkan jet tempur "Hurjet" dengan Malaysia jika proses tender berjaya, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Turkish Aerospace Industries (TAI) Prof Temel Kotil.
Beliau berkata ini sebagai usaha untuk mengukuhkan industri penerbangan global di rantau masing-masing.
Kotil berkata perkara itu masih dalam proses tender oleh Malaysia dan jika tender berjaya sebanyak 15 jet akan dihasilkan di Malaysia dan tiga lagi di Turki.
"Kami mahu menyumbang kepada pembangunan kapasiti Malaysia untuk menghasilkan pesawat seperti itu kerana Malaysia dilihat antara negara terbaik untuk bekerjasama secara strategik di Asia Pasifik." katanya pada sidang media pada Rabu.
Terdahulu beliau menghadiri majlis perasmian pejabat Aeroangkasa Turki yang baharu oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kampus Cyberview Futurise di sini.
Hurjet ialah pesawat Advanced Jet Trainer dan Light Attack Aircraft, pesawat pertama dijangka siap pada suku akhir 2022.
Mengulas mengenai pejabat baharu itu, Kotil berkata ia akan menjadi pejabat kejuruteraan dan reka bentuk pertama syarikat itu di Asia Tenggara dan syarikat itu akan meneruskan pelaburan serta kerjasamanya di Malaysia untuk pembangunan teknologi generasi baharu, khususnya dalam industri pertahanan dan penerbangan.
Sementara itu, Azmin dalam ucapannya berkata hubungan dua hala Malaysia dan Turki semakin kukuh.
"Malah pada minggu lalu, pegawai MITI diketuai Setiausaha Agung saya berada di Ankara, Turki untuk bertemu pegawai perdagangan Turki bagi berunding mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) sedia ada.
"Apabila dimuktamadkan kelak, FTA itu akan meliputi perdagangan dalam perkhidmatan, pelaburan dan perdagangan elektronik. Perbincangan itu telah mencapai kemajuan dan kedua-dua pihak berada di landasan tepat untuk memuktamadkan rundingan 'text-based' menjelang akhir tahun ini dan memuktamadkan keseluruhan pakej FTA pada pertengahan 2022," katanya.
Sementara itu, Duta Turki ke Malaysia, Dr Merve Safa Kavakci dalam ucapannya berkata terdapat 62 projek industri pertahanan masih berjalan di Turki pada 2002, kini jumlah itu sudah melebihi 750.
"Kami gembira melihat syarikat industri pertahanan Turki terlibat dalam banyak projek kerjasama termasuk di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 24 2021
Hurjet ialah pesawat Advanced Jet Trainer dan Light Attack Aircraft, pesawat pertama dijangka siap pada suku akhir 2022. - Gambar/ Khairul Nizam Anarkis
Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir penuh bergaya
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2025 dengan penuh bergaya.
[TERKINI] MCMC rakam keterangan ADUN Sungai Burong
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Mohd Zamri Mohd Zainuldin berkaitan hantaran yang didapati palsu dalam platform Facebook mengenai Perdana Menteri.
Miskin tegar: 14,041 KIR dikeluarkan daripada kategori itu - Nik Nazmi
Seramai 14,041 Ketua Isi Rumah (KIR) telah dikeluarkan daripada kategori miskin tegar menerusi dua fasa tahun lepas.
Jenayah: Polis buru lelaki curi beg di medan selera
Polis sedang giat memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah beg yang berlaku di medan selera Pusat Akuatik Seksyen 13, Shah Alam, pada 2 Januari lalu.
Guru ditahan, cabul murid tahun enam dalam rumah hantu sekolah
Seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah di Melaka Tengah direman enam hari selepas disyaki mencabul dua muridnya berusia 12 tahun dalam rumah hantu karnival sekolah.
Pendekatan global diperlukan dalam penggubalan dasar - Rafizi
Malaysia akan mengambil pendekatan global dalam penggubalan dasar untuk kekal relevan dalam menghadapi perubahan dinamik global.
Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, pendekatan itu bakal diperlihatkan menerusi pelancaran Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, pendekatan itu bakal diperlihatkan menerusi pelancaran Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
Nampak imigresen, PATI lari lintang-pukang
Suasana sunyi kawasan pembinaan di Seksyen U12, Shah Alam yang menjadi tempat tinggal pendatang asing tanpa izin (PATI) dikejutkan dengan serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), pada Khamis.
[TERKINI] Kriteria kelayakan, mekanisme pelaksanaan RON95 akan diumum seawal mungkin
Kriteria kelayakan dan mekanisme pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 akan diumumkan seawal mungkin kepada rakyat.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, bagaimanapun pengumuman itu hanya akan dibuat selepas perbincangan dengan anggota kabinet diadakan.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, bagaimanapun pengumuman itu hanya akan dibuat selepas perbincangan dengan anggota kabinet diadakan.
Anwar, Prabowo bincang perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengadakan perbincangan tertutup yang memfokuskan kepada usaha mengukuhkan hubungan dua hala.
Jabatan Kastam catat kutipan hasil tertinggi RM65.57 bilion pada 2024
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merekodkan kutipan hasil tertinggi sebanyak RM65.67 bilion pada 2024.
Anwar, Prabowo bincang perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengadakan perbincangan tertutup yang memfokuskan kepada usaha mengukuhkan hubungan dua hala.
ASEAN: Malaysia sasar muktamadkan rangka kerja ekonomi digital tahun ini
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menyasarkan untuk memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) tahun ini untuk mempersiapkan rantau Asia Tenggara untuk pendigitalan.
PM Anwar galak pelaburan perusahaan Indonesia di Malaysia
Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu.
JS-SEZ permulaan transformasi era baharu hubungan ekonomi Malaysia-Singapura
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai pada Selasa dijangka menjadi permulaan kepada tranformasi era baharu hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura.
Malaysia, Singapura tandatangan MoU mengenai kerjasama tindakan iklim
Malaysia dan Singapura semalam menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) mengenai pendekatan bersama bagi menangani perubahan iklim selaras dengan Artikel 6, Perenggan 2 Perjanjian Paris.
Isu berlarutan: Malaysia, Singapura terus berbincang, cari penyelesaian holistik - PM
Anwar berkata, kerumitan isu-isu tersebut menuntut pendekatan yang lebih holistik dan komprehensif untuk menanganinya.
Penurunan kadar kelahiran perlukan intervensi komprehensif - Pakar
Malaysia sedang mendepani perubahan demografi yang ketara, ditunjukkan oleh penurunan berterusan kadar kesuburan rakyatnya.
Kekecohan di WTKL: Duta Palestin kesal, insiden tak cermin etika sebenar rakyat
Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali melahirkan rasa kesal yang mendalam terhadap kekecohan yang berlaku di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL).
Malaysia manfaatkan kepakaran Thaksin untuk pacu kemajuan ASEAN
Pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 membuka peluang strategik untuk memperkukuh kerjasama serantau.
Kepengerusian ASEAN 2025: Pelbagai agenda akan dilaksana – Dr Zaliha
Agenda berkenaan juga merangkumi perancangan bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.