KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu termasuk rakyat Malaysia, jika didapati bersekongkol atau membantu kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu terhadap tuntutan Sabah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah pun memulakan siasatan terhadap pihak yang membuat tuntutan, penimbang tara, peguam serta pihak-pihak lain yang berkaitan di bawah Seksyen 124K Kanun Keseksaan bagi kesalahan sabotaj.
"Di sini, saya juga ingin menegaskan bahawa Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jenayah menurut undang-undang yang sedang berkuat kuasa terhadap mana-mana pihak termasuk warganegara Malaysia yang membelakangkan kepentingan dan keselamatan negara dengan memberikan sebarang sokongan, bantuan secara langsung mahupun tidak langsung dan bersekongkol dengan pihak yang membuat tuntutan," katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau berkata demikian dalam sesi penerangan berhubung tuntutan waris Sulu terhadap Sabah, di sini.
Sebelum ini media melaporkan kerajaan sedang menyiasat kemungkinan wujud 'tali barut' dalam kalangan rakyat negara ini yang membantu dalam kes kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.
Mendedah situasi itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, tidak menolak kemungkinan orang dalam menjadi dalang dalam tuntutan kumpulan Sulu itu, berdasarkan tuntutan tanpa henti mereka atas syarikat berkaitan kerajaan Malaysia di luar negara.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, Kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam bertindak secara proaktif bagi menamatkan isu tuntutan berkenaan, selain memastikan kepentingan Malaysia serta kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
"Dalam hal ini, Kerajaan Malaysia akan terus mara ke hadapan dan berjuang habis-habisan, demi melindungi dan memelihara kepentingan dan kedaulatan Malaysia pada setiap masa," katanya.
Sebelum ini, Malaysia memutuskan mengambil beberapa tindakan perundangan melalui proses mahkamah di Perancis bagi terus mempertahankan kedudukan dan pendirian negara dalam mencabar tuntutan kumpulan Sulu.
Hasimi Muhamad
Wed Jun 14 2023
Anwar berkata kerajaan sentiasa komited dalam bertindak secara proaktif bagi menamatkan isu tuntutan berkenaan - Foto/ BERNAMA
Banjir: Lebih lima jam terperangkap dalam pacuan empat roda
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mereka menggunakan tali kerana arus deras, dan kesemua mangsa dibawa keluar dengan selamat.
Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai lokasi transit - Hegseth
Sementara itu. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menerusi satu wawancara pada Rabu berkata, kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai kemudahan transit sementara untuk pendatang tanpa izin yang masuk ke Amerika Syarikat.
Trump arah pembinaan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan mengarahkan Pentagon dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menyediakan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo untuk 30 ribu pendatang.
Tambah baik sistem saliran, dalamkan sungai cegah banjir - Tiong
Tiong berkata masalah itu menghalang air lebihan daripada disalirkan dengan cekap, sekali gus menyebabkan paras sungai meningkat dengan cepat.
Pihak berkuasa mulakan siasatan nahas Air Busan
Pihak berkuasa Korea Selatan telah melancarkan siasatan terhadap kebakaran di atas pesawat penumpang Air Busan yang memaksa pemindahan 176 orang pada malam Selasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan.
Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.
AWANI Ringkas: Empat ditahan kes rempuh di luar kelab malam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.
Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar
Kerajaan bersama Kementerian Luar telah mendapat kepastian untuk menyegerakan pelaksanaan program pembagunan semula Gaza, Palestin.
Prabowo yakin isu sempadan, tenaga kerja dapat diselesaikan secara tertib
Prabowo berkata isu tenaga kerja dan sempadan yang sekian lama dibahas antara kedua-dua negara berjiran itu boleh diselesaikan, sekiranya pemimpin mempunyai iltizam politik untuk bekerjasama.
Ketokohan Anwar kunci utama kemampuan Malaysia angkat suara Asean ke pentas dunia
Ketokohan PM Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi kunci utama kepada kemampuan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, untuk meningkatkan imej seterusnya membawa suara blok itu ke pentas dunia.
Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas pengurniaan darjah
Prabowo berkata pengurniaan darjah tersebut menjadi lambang keakraban hubungan antara dirinya dengan Sultan Ibrahim serta kerabat Kesultanan Johor.
Prabowo ambil berat ketika fasa duka lara - PM Anwar
Anwar berkata, Prabowo tidak pernah meninggalkan beliau ketika melalui fasa duka lara beberapa tahun lalu.
Malaysia, Indonesia sepakat teroka aliran baharu sektor minyak
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia melibatkan kerjasama dua syarikat gergasi minyak Petronas dan Pertamina.
Prabowo tiba di Menara Berkembar, adakan pertemuan tertutup dengan PM Anwar
Difahamkan, pertemuan akan membincangkan langkah memperkukuh kerjasama dua hala dan isu-isu global melibatkan kepentingan kedua-dua negara.
10 wakil peSAWAH serah memorandum kepada PMO
Pengerusi PeSAWAH, Abdul Rashid Yob dalam satu kenyataan berkata kenaikan harga itu penting bagi memastikan kelangsungan hidup pesawah dan menjamin bekalan makanan negara.
Israk dan Mikraj: Perjalanan spritual dengan impak besar - PM Anwar
Ia satu perjalanan spiritual yang hadir bersama amanah solat dan mempunyai dampak yang besar kepada roh dan kekuatan dalaman umat Islam.
PM minta himpunan 1,000 pesawah di Putrajaya ditunda
Seramai 1,000 pesawah yang merancang untuk berhimpun di Putrajaya pada Isnin diminta untuk menunda ke satu tarikh lain.