Tuntutan Sabah terhadap 40 peratus daripada hasil negeri ini seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) hanya akan dapat dilaksanakan selepas kedudukan kewangan negara kembali kukuh.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata sebelum merealisasikan tuntutan itu kedudukan kewangan negara perlu dikukuhkan terlebih dahulu bagi mengelakkan negara akan bankrap.
Katanya, apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan dalam manifesto pilihan raya yang lalu sentiasa menjadi keutamaan namun beliau berharap agar rakyat dapat memahami masalah kedudukan kewangan negara ketika ini.
"Kita kukuhkan kedudukan kewangan kita dahulu, sekiranya kedudukan kewangan tak dipulihkan semula kita akan jadi bankrap, sekiranya Malaysia jadi bankrap semua negeri pun akan terjejas,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Pejabat Baharu Kastam Kota Kinabalu, yang dikenali sebagai Menara Kastam Sabah, hari ini.
Pembinaan pejabat baharu Kastam ini telah bermula sejak tahun 2014 dengan tempoh pelaksanaan selama 40 bulan dan tarikh sepatutnya siap adalah pada April 2017.
Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan iaitu melibatkan kajian sismik (seismic study) maka jadual pelaksanaannya telah dipinda kepada 29 Julai 2018 dengan menelan kos sebanyak RM66.6 juta dengan siling projek sebanyak RM84.6 juta.
Leolerry Lajius
Sun Nov 25 2018
Guan Eng ketika merasmikan Pejabat Baharu Kastam Kota Kinabalu, yang dikenali sebagai Menara Kastam Sabah, hari ini. -Astro AWANI
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Jumlah pengunjung di Bazar Ramadan sekitar Petaling Jaya meningkat berbanding 2021
MBPJ menjangkakan peningkatan pengunjung mencecah 40 peratus tahun ini.
Pendekatan holistik perlu bagi capai 40 peratus penggunaan pengangkutan awam - Prasarana
Mohd Azharuddin berkata, untuk mencapai sasaran itu ia memerlukan pandangan holistik terhadap perancangan kerajaan.
Sabah dijangka capai sasaran 40 peratus vaksinasi esok
Kerajaan Sabah mensasarkan sebanyak 40 peratus penduduk dewasa mendapat vaksinasi lengkap pada 31 Ogos 2021.
COVID-19: "Keadaan Siti Sarah kini sangat tidak baik" - Shuib
"Keadaan Siti Sarah tidak baik, sangat-sangat tidak baik. Kata doktor kadar oksigen hanya 40 peratus dan doktor tiarapkan dia." - Shuib
Mulai 25 Mei, 750,000 penjawat awam, 40 peratus kakitangan swasta bekerja dari rumah
Dianggarkan tujuh juta pekerja dari sektor awam dan kerajaan tidak akan ke pejabat atau premis tempat mereka bekerja.
Tuntutan Sabah dilaksana selepas kewangan negara pulih - Guan Eng
Guan Eng berkata sebelum merealisasikan tuntutan itu kedudukan kewangan negara perlu dikukuhkan terlebih dahulu bagi mengelakkan negara akan bankrap.