Seorang pengurus kanan syarikat cari gali minyak adalah antara tiga individu direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkaitan tuntutan invois palsu berjumlah AS$5.56 juta (RM23.65 juta) bagi satu projek di Bintulu, Sarawak pada 2015.
Perintah reman bermula hari ini hingga 11 Sept itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman.
Dua individu lain yang direman ialah pengarah wanita sebuah syarikat kontraktor yang dikatakan dilantik untuk melaksanakan projek itu serta seorang bekas pembantu teknikal syarikat cari gali berkenaan.
Ketiga-tiga mereka dilaporkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara pukul 2.40 dan 3 petang semalam.
Pengurus kanan syarikat cari gali itu dilaporkan ditahan di pejabatnya di Kuala Lumpur manakala pengarah syarikat kontraktor dan bekas pembantu teknikal itu ditahan di rumah masing-masing di Batu 9, Cheras dan Puncak Alam, Selangor.
Berdasarkan laporan media, kes itu ialah mengenai tuntutan palsu yang dilakukan melalui tiga invois syarikat kontraktor berkenaan antara April hingga Jun 2015 bagi kerja yang sepatutnya dilakukan syarikat itu.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2017
Tiga individu termasuk seorang pengurus kanan syarikat cari gali minyak dibawa ke Mahkamah Majistret untuk mendapatkan perintah tahanan reman selepas dipercayai mengemukakan invois palsu berjumlah AS$5.56 juta. - Foto Bernama
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
Seorang maut, 12 hilang kapal komersial karam di AS
Seorang individu terbunuh dan 12 lagi hilang selepas sebuah kapal cari gali minyak dan gas komersial karam di luar pantai Louisiana, AS.
Mozek indah berusia lebih 1,800 tahun dibongkar ahli arkeologi
Sebuah mozek menggambarkan tiga lelaki puak purba Toga yang berusia 1,800 tahun ditemui di Israel yang dipercayai berasal dari Era zaman Roman.
Tuntutan palsu RM23.65 juta, tiga direman bantu siasatan
Seorang pengurus kanan syarikat cari gali minyak adalah antara tiga individu direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkaitan tuntutan invois palsu berjumlah AS$5.56 juta.