KUALA LUMPUR: "Walaupun nak cari rezeki, buat dengan cara yang betul, jadilah teladan kepada anak-anak," kata Hakim Rozina Ayob kepada seorang pengarah sebuah syarikat, selepas didapati bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas empat pertuduhan mengemukakan dokumen palsu berjumlah RM165,834 pada 2013 lalu.
Ahmad Fauzi Abdul Samad, 50, didenda RM828,170 dan penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan, apabila pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaannya.
Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda dan hukuman penjara berjalan serentak.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.
Mahkamah kemudian menaikkan ikat jamin terhadap tertuduh daripada RM40,000 kepada RM65,000.
"Tertuduh juga diperintah untuk melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Johor Bahru pada minggu pertama setiap bulan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan disenarai hitam dari ke luar negara," katanya.
Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, Ahmad Fauzi telah memberikan suatu dokumen iaitu invois kepada empat syarikat bertarikh 25 November 2013 berjumlah RM165,834 yang mana ia adalah palsu, berkaitan empat program Skim Kemahiran dan Kerjaya 1Malaysia-Industri (SKK1M) yang sebenarnya tidak dijalankan empat syarikat tersebut.
Empat syarikat itu ialah Moca Resources Sdn Bhd (Program Painting & Blasting), Alfah Synergy Sdn Bhd (Structured Internship Programme Scaffoding) Occupational Safety & Health Sdn Bhd (Site Safety Supervisor Structured Internship Programme) dan Iskandar Vocational & Tech Academy Sdn Bhd (Program Kolaborasi Strategi Kolej Komuniti Bersama Industri-Juruteknik Telekomunikasi).
Kesemua dokumen invois palsu berkaitan program itu diberikan kepada seorang pegawai di Bahagian Hubungan Industri, Pengesahan Graduan dan Alumni dari sebuah kolej komuniti.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di ibu pejabat pengajian kolej berkenaan pada 25 November 2013.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang membawa penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai yang palsu atau RM10,000 atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Asraf Mohamed Tahir mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran selain mengelak daripada kesalahan sama berulang.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, Azamuddin Abd Aziz merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan kerana menyesal dengan perbuatan tersebut.
"Anak guam saya perlu menyara isteri dan tiga anaknya yang berusia 15 hingga 23 tahun," katanya.
Dalam prosiding sama, mahkamah melepas dan membebaskan seorang lagi individu, Mohd Faisal Ishak, 60, dakwaan bersubahat dengan Ahmad Fauzi dengan atas kesalahan sama dan didakwa mengikut Seksyen 28(1)(c) akta sama.
Sebanyak 140 eksibit dikemukakan ke mahkamah dalam perbicaraan bermula Disember 2019 dengan pihak pendakwaan memanggil 30 saksi manakala pembelaan tampil dengan dua saksi.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 11 2022
![Tuntutan palsu: Pengarah syarikat dipenjara, denda RM828,170 Tuntutan palsu: Pengarah syarikat dipenjara, denda RM828,170](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61640611125_courtgavelmahkam.jpg)
Seorang pengarah sebuah syarikat didapati bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat, atas empat pertuduhan mengemukakan dokumen palsu berjumlah RM165,834 pada 2013 lalu. -Gambar hiasan
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![Mahkamah tolak pengakuan salah lelaki abai anak Mahkamah tolak pengakuan salah lelaki abai anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017521_TBMahkamah.jpg)
Mahkamah tolak pengakuan salah lelaki abai anak
Hakim menolak pengakuan Roslan yang pada mulanya mengaku bersalah selepas mendapati pengakuan tersebut dibuat secara bersyarat.
![Pembantu tadbir pejabat tanah didakwa palsu dokumen, menipu Pembantu tadbir pejabat tanah didakwa palsu dokumen, menipu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720621841_mahkamahshahalam.jpg)
Pembantu tadbir pejabat tanah didakwa palsu dokumen, menipu
Seorang pembantu tadbir pejabat daerah dan tanah sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memalsukan dokumen dan memperdaya bagi pengurusan tanah.
![Bekas pengarah syarikat import eksport didenda kemuka dokumen palsu Bekas pengarah syarikat import eksport didenda kemuka dokumen palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720604158_courtgavelmahkam.jpg)
Bekas pengarah syarikat import eksport didenda kemuka dokumen palsu
Seorang bekas pengarah syarikat import eksport didenda RM21,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas empat pertuduhan mengemukakan dokumen mengandungi maklumat palsu.
![Pengawal keselamatan didakwa rogol remaja OKU Pengawal keselamatan didakwa rogol remaja OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720151599_courtgavelmahkam.jpg)
Pengawal keselamatan didakwa rogol remaja OKU
Mahkamah menetapkan 12 Ogos depan bagi sebutan semula kes serta serahan dokumen.
![Bekas pemilik syarikat dipenjara enam bulan sembunyi lebih RM1.3 juta wang milik wanita Bekas pemilik syarikat dipenjara enam bulan sembunyi lebih RM1.3 juta wang milik wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673518377_TBSIMBAHASID.jpg)
Bekas pemilik syarikat dipenjara enam bulan sembunyi lebih RM1.3 juta wang milik wanita
Dia didakwa melakukan perbuatan itu sebuah premis di Sentul pada 19 April lepas mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
![Bekas peguam bebas tuduhan pecah amanah Bekas peguam bebas tuduhan pecah amanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715243403_courtgavelmahkam.jpg)
Bekas peguam bebas tuduhan pecah amanah
Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan seorang bekas peguam daripada tiga pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM627,800, membabitkan urusan pembelian rumah milik pelanggannya.
![Jurujual mengaku bersalah lakukan rompakan berkumpulan guna lawi ayam Jurujual mengaku bersalah lakukan rompakan berkumpulan guna lawi ayam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719229256_PuteraAnwarAidilM.jpg)
Jurujual mengaku bersalah lakukan rompakan berkumpulan guna lawi ayam
Seorang jurujual mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan ke atas seorang pemuda, April lepas.
![Pemborong diesel berdepan 116 pertuduhan tidak kemuka dokumen pembelian lebih RM10 juta Pemborong diesel berdepan 116 pertuduhan tidak kemuka dokumen pembelian lebih RM10 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719145217_TBDiesel.jpg)
Pemborong diesel berdepan 116 pertuduhan tidak kemuka dokumen pembelian lebih RM10 juta
Seorang pemborong hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 116 pertuduhan gagal mengemukakan maklumat berkaitan dokumen pembelian diesel bernilai lebih RM10 juta.
![Penganggur dipenjara enam tahun bakar kereta milik seorang wanita Penganggur dipenjara enam tahun bakar kereta milik seorang wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673518377_TBSIMBAHASID.jpg)
Penganggur dipenjara enam tahun bakar kereta milik seorang wanita
Seorang penganggur dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membakar sebuah kereta milik seorang wanita, dua bulan lepas.
![Ibu bapa Zayn Rayyan sedang jalani rawatan psikologi - Peguam Ibu bapa Zayn Rayyan sedang jalani rawatan psikologi - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718036372_MahmudAbdulJumaat.jpg)
Ibu bapa Zayn Rayyan sedang jalani rawatan psikologi - Peguam
Peguam Mahmud Jumaat berkata, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mendapatkan rawatan ini sejak awal lagi kes ini berlaku.