SHAH ALAM: Dua individu termasuk seorang guru besar wanita sekolah jenis kebangsaan (SJK) masing-masing direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM80,000.
Perintah reman terhadap wanita berusia 55 tahun itu dan seorang lelaki yang merupakan Pengarah Teknikal sebuah syarikat teknologi maklumat berusia 47 tahun dikeluarkan oleh Majistret Nur Faizah Abdul Sani mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Mereka disyaki melakukan perbuatan itu pada Ogos 2020 ketika wanita tersebut menyandang jawatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Lelaki itu dikatakan telah mengemukakan invois palsu berhubung kerja-kerja pendawaian elektrik yang tidak dilaksanakan dan disahkan oleh guru terbabit.
Mereka ditahan di Pejabat SPRM Selangor semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022
![Tuntutan palsu: Guru besar, pengarah syarikat direman tiga hari Tuntutan palsu: Guru besar, pengarah syarikat direman tiga hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642260483_WomenHancuffsGeneric.jpg)
Dua individu termasuk seorang guru besar wanita sekolah jenis kebangsaan (SJK) masing-masing direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM80,000. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![38 individu kerugian lebih RM120,000 dipercayai ditipu pakej umrah 38 individu kerugian lebih RM120,000 dipercayai ditipu pakej umrah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678186767_jemaahumrah.jpg)
38 individu kerugian lebih RM120,000 dipercayai ditipu pakej umrah
Mangsa terpedaya dengan pakej umrah serendah RM2,990 seorang dengan kos lain, yang didakwa, akan ditanggung melalui tajaan.
![Tuntutan palsu: Guru besar, pengarah syarikat direman tiga hari Tuntutan palsu: Guru besar, pengarah syarikat direman tiga hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642260483_WomenHancuffsGeneric.jpg)
Tuntutan palsu: Guru besar, pengarah syarikat direman tiga hari
Ia bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM80,000.