ALOR SETAR: Seramai 38 individu kerugian dianggarkan lebih RM120,000 selepas dipercayai ditipu membabitkan pakej umrah dengan membayar wang berkenaan kepada sebuah yayasan melalui seorang guru besar wanita pada 2018.
Difahamkan kesemua mangsa berurusan dengan guru besar tersebut yang kini telah bersara, yang bertindak sebagai 'orang tengah' dengan menawarkan pakej umrah serendah RM2,990 seorang dengan kos lain akan ditanggung melalui tajaan.
Seorang mangsa, Azlina Abdullah, 53, mendakwa beliau mengetahui pakej itu melalui adik perempuannya yang merupakan guru di sekolah sama dengan wanita itu, dan mereka sepatutnya berangkat mengerjakan umrah pada 2019, namun tidak dapat berbuat demikian.
"Saya bersama lapan ahli keluarga telah membuat pembayaran lebih RM20,000 untuk menunaikan umrah pada 2019, tetapi kami dimaklumkan ia ditunda berikutan pengurus yayasan tersebut mempunyai masalah kesihatan.
"Pada awalnya kami tidak curiga kerana kumpulan pertama yang dibawa oleh yayasan itu berjaya menyempurnakan ibadah umrah, jadi kami tunggu giliran kami. Tetapi tiada sebarang maklumat diterima daripada bekas guru besar tersebut," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Azlina mendakwa pihak yayasan ada memberikan surat perjanjian penyelesaian kepada semua mangsa pada 2019, namun hingga kini tiada sebarang pembayaran dibuat kepada mereka yang telah menandatangani surat berkenaan.
"(Kini) Yayasan itu (juga) mengalami kerugian dan kami telah dijanjikan pulangan wang selepas aset yayasan dijual pada Febuari 2022, tetapi semuanya janji palsu. Kami turut berhubung dengan bekas guru besar itu tetapi dia tidak memberi sebarang maklum balas kepada pertanyaan kami menerusi WhatsApp," katanya.
Sementara itu, Azham, 41, yang juga adik kepada Azlina, terkilan kerana ada dalam kalangan mangsa yang telah meninggal dunia, tetapi wang bayaran balik pakej umrah yang dibatalkan belum juga diterima.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak yayasan berkenaan memulangkan semula wang mereka, selain bekas guru besar itu perlu bertanggungjawab membantu menyelesaikan masalah dihadapi mangsa.
"Bapa dan bapa mentua saya telah meninggal dunia tetapi hingga kini wang masih belum dipulangkan. Kami semua hanya mahukan hak kami, pulangkan wang yang telah dibayar itu secepat mungkin," katanya.
Menurutnya laporan polis berhubung perkara itu juga telah dibuat pada Januari tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 07 2023
Mangsa terpedaya dengan pakej umrah serendah RM2,990 seorang dengan kos lain, yang didakwa, akan ditanggung melalui tajaan. - Gambar hiasan/Bernama
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
38 individu kerugian lebih RM120,000 dipercayai ditipu pakej umrah
Mangsa terpedaya dengan pakej umrah serendah RM2,990 seorang dengan kos lain, yang didakwa, akan ditanggung melalui tajaan.