Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal melangsungkan istiadat pertunangan dan pernikahan bersama Cik Khaleeda Bustamam pada 24 Oktober ini.
Majlis terbabit akan diadakan di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada pukul 10 pagi.
Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja, Datuk Rahim Ramli berkata, istiadat pernikahan akan dilaksanakan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin selepas istiadat pertunangan dan majlis hantaran pada hari yang sama.
Istiadat persandingan pula akan diadakan di Istana Besar Johor pada pukul 7.30 malam, 8 November ini dengan dihadiri kira-kira 1,200 tetamu.
“Pada 24 Oktober pula, iaitu pada Jumaat, kita akan adakan istiadat pertunangan dan pernikahan. Istiadat ini nama sahaja istiadat pertunangan dan pernikahan tetapi ada tiga majlis iaitu pertama, istiadat pertunangan di mana sekali lagi Tunku Aminah akan menyarungkan cincin pertunangan pada jari Cik Khaleeda.
Selepas itu barulah Sultan Johor berkenan untuk mengurniakan tujuh barangan kepada pihak pengantin perempuan dan sebagaimana istiadat Melayu, pihak pengantin perempuan akan membalas sembilan hadiah. Selepas itu barulah diadakan istiadat pernikahan yang akan dilaksanakan oleh Mufti Johor.” ujar Datuk Rahim Ramli, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Bukit Timbalan di sini.
Menurut Rahim, istiadat merisik telah diadakan pada 27 September lalu dengan rombongan diketuai Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Iskandar dan disusuli istiadat meletak kerja pada 18 Oktober lalu.
Pada istiadat terbabit, bendera istiadat dinaikkan oleh anggota Askar Timbalan Setia Negeri selain tujuh das tembakan meriam oleh 41 bateri istiadat Rejimen Artileri Diraja.
Katanya, semua istiadat dilaksanakan mengikut adat Melayu dan diraja Johor selain mempunyai unsur ketenteraan.
Khaleeda, 21, merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak sebelum meneruskan pendidikan awal di Sekolah St. George’s Hanover Square di London, dan Westminster Academy di London.
Beliau kemudian menyambung pelajaran di Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur sehingga menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia pada Disember 2010.
Astro Awani
Mon Oct 20 2014

Tengku Mahkota Johor bernikah dengan Cik Khaleeda Bustamam 24 Oktober ini
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Rakyat berpeluang lihat istiadat perkahwinan TMJ & Cik Khaleeda
Rakyat negeri Johor berpeluang melihat lebih dekat istiadat majlis perkahwinan pasangan Diraja Johor pada 8 November ini.

Tunku Ismail bakal bernikah dengan Cik Khaleeda 24 Oktober ini
Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal melangsungkan istiadat pertunangan dan pernikahan bersama Cik Khaleeda Bustamam pada 24 Oktober ini.