Anggota Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien kini sedang berusaha mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Imigresen Malaysia bagi membenarkan beberapa anggota keluarga tahanan Malaysia di Kemboja untuk turut serta berangkat ke negara itu, Rabu ini.
Beliau berkata, ini adalah disebabkan ada antara anggota keluarga tahanan itu didapati tidak boleh keluar negara kerana mempunyai masalah dengan Jabatan Insolvensi Malaysia.
Dalam perkembangan yang lain, Larry berkata, beliau turut dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Oknha Datuk Dr Othsman Hassan bahawa kesemua 47 tahanan tersebut telah menerima kunjungan "Uncle Azra" atau Mohd Azra, sahabat kepada ibu salah seorang tahanan Malaysia itu yang berusaha menemui mereka di penjara mereka ditempatkan dengan bantuan pihak kedutaan Malaysia di sana.
Turut hadir dalam kunjungan itu, anggota "Cambodian Muslim Youth Alliance" bagi membekalkan makanan dan minuman halal kepada para tahanan.
Hari Isnin merupakan hari ke-62 tahanan rakyat Malaysia berada di penjara Wilayah Banteay Meanchey, Kemboja kerana disyaki terlibat dengan aktiviti perjudian dalam talian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 11 2019
Rakyat Malaysia itu telah berada di penjara Kemoja itu selama 62 hari. - Foto fail
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
Rangkaian pusat kanser diperluas di Kedah, Sarawak - Fadillah
Kerajaan sentiasa komited dalam memperkukuh sistem kesihatan negara, khususnya dalam meningkatkan akses kepada rawatan kanser berkualiti.
Mangsa banjir di Selangor, Kedah dan Perak meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Selangor, Kedah, dan Perak mencatatkan sedikit peningkatan pada pagi ini berbanding malam tadi.
Seharian tak pulang, warga emas ditemui maut dihempap pokok ditebang
Mangsa berusia 67 tahun itu ditemukan oleh ahli keluarganya kira-kira jam 1 tengah hari selepas didapati tidak pulang ke rumah.
Ringgit dijangka stabil berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan.
Siapkan projek fasa 1B lebuhraya Pan Borneo ikut jadual
Kontraktor projek lebuhraya Pan Borneo Sabah yang baru menerima surat lantikan untuk memulakan kerja bagi fasa 1B diberi amaran awal supaya memastikan projek berjalan lancar.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Belanjawan 2025 diharap bantu B40, M40 miliki kediaman sendiri
Kerajaan melalui SPNB komited menyediakan perumahan mampu milik, khususnya untuk golongan B40, sebagaimana terbukti dalam RMK-12.
[TERKINI] Sultan Pahang perkenan fatwa GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Syarak negeri itu bahawa pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd sama ada pekerja atau mana-mana orang Islam adalah menyeleweng dan sesat.
[TERKINI] 19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Bosnia-Herzegovina pada Jumaat
Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.
Tunggu kebenaran imigresen bawa anggota keluarga ke Kemboja - Larry Sng
Larry Sng Wei Shien kini sedang berusaha mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Imigresen Malaysia bagi membenarkan beberapa anggota keluarga tahanan Malaysia di Kemboja untuk ke negara itu.