Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Umno tidak pernah menyokong tindakan membakar kitab Bible berbahasa Melayu yang menggunakan kalimah 'Allah'.
Beliau berkata kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali tidak mencerminkan pendirian Umno.
"Ibrahim bukan anggota Umno. Beliau mungkin menyokong Umno tetapi beliau bukan jurucakap bagi Umno," katanya dalam entri terbaharu blognya www.chedet.cc.
Dr Mahathir berkata adalah malang Ibrahim harus mencadangkan agar kitab Bible menggunakan kalimah Allah, yang baharu dicetak dibakar.
"Itu mungkin cara untuk kita melupuskan sebarang penerbitan yang tidak diingini. Namun ia tidak boleh dilakukan untuk kitab suci seperti Bible dan Al-Quran.
"Tetapi apa yang diperkatakan Ibrahim tidak mencerminkan pendirian Umno. Malangnya, beberapa ahli politik ingin menganggapnya sebegitu untuk meraih publisiti politik," katanya.
Dr Mahathir berkata beliau menganggap cubaan untuk membayangkan sokongan Ibrahim terhadap Umno "bermaksud apa yang diperkatakan ialah apa yang dilanggan Umno sebagai nakal".
Beliau berkata walaupun rakyat Malaysia boleh menganuti perbezaan fahaman politik, namun mereka tidak harus menggunakan perbezaan agama untuk meraih sokongan pengundi bagi memenangi pilihan raya.
"Ia umpama pedang bermata dua, dan mereka yang hidup dengan pedang akhirnya mati oleh pedang.
"Biarlah kontroversi ini diselesaikan oleh orang yang bertanggungjawab secara tertutup. Jangan biarkan pelampau mengambil alih dan mengeksploitasi isu agama. Ia mungkin menafikan kebebasan bersuara tetapi kebebasan tersebut, di dalam demokrasi yang liberal, mempunyai kekangan jika mahu demokrasi terus subur.
"Saya ingin merayu semua pihak supaya menghentikan tindakan menyalahgunakan isu ini," katanya.
Bernama
Fri Feb 01 2013


RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tun M: UMNO tidak pernah sokong bakar Bible
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Umno tidak pernah menyokong tindakan membakar kitab Bible berbahasa Melayu yang menggunakan kalimah 'Allah'.

"Jangan percaya ada perhimpunan bakar Bible"
Polis Pulau Pinang menggesa orang ramai jangan mempercayai khabar angin kononnya ada acara membakar Bible versi bahasa Melayu di Padang Bandaran Bagan Luar, Butterworth Ahad ini.