KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 9, di sini esok berhubung gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta.
Menerusi semakan sistem mahkamah, kes Daim akan disebut di hadapan Hakim Azura Alwi pada 9 pagi.
Semalam, Daim dalam kenyataannya berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil rakaman percakapannya dan memaklumkan bahawa beliau akan didakwa pada Isnin (29 Jan) atas kesalahan di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang merupakan kesalahan berkaitan dengan pendedahan aset.
Pada Rabu, SPRM mengesahkan telah mendapat kebenaran untuk mendakwa Daim, 85, atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin di mahkamah namun ia terpaksa ditangguhkan atas masalah kesihatan bekas Menteri Kewangan itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata agensi antirasuah itu mendapat lampu hijau daripada Jabatan Peguam Negara sejak minggu lepas, namun tidak dapat berbuat demikian kerana Daim dimasukkan ke sebuah hospital swasta.
Beliau berkata semakan mendapati Daim, yang menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991, telah dimasukkan ke hospital lebih awal sebelum pihaknya mendapat kelulusan untuk mendakwa namun mereka tidak dimaklumkan mengenai sebab bekas menteri kanan itu menerima rawatan di hospital.
Pada 23 Jan lepas, isteri Daim, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid, 66, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen sama atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Sebelum ini Nai'mah dan dua anak lelakinya hadir ke ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan serta membantu siasatan agensi antirasuah itu terhadap Daim yang juga seorang ahli perniagaan.
SPRM turut menjelaskan bahawa siasatan ke atas Daim adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Kertas Pandora iaitu pendedahan berkaitan dokumen sulit golongan kaya dan berpengaruh dunia yang menyembunyikan kekayaan dengan menggunakan perkhidmatan luar pesisir atau syarikat berpangkalan di luar negara.
Menurut SPRM kertas siasatan bagi kes itu telah dibuka pada Februari tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 28 2024
Menerusi semakan sistem mahkamah, kes Daim akan disebut di hadapan Hakim Azura Alwi pada 9 pagi. - Gambar fail/Astro AWANI
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
Pantau Agenda Reformasi: IPSOS: Rasuah kekal jadi kerisauan utama rakyat Malaysia
Isu rasuah kekal menjadi kebimbangan utama di Malaysia, diikuti oleh pengangguran dan kemiskinan. Sementara, kerisauan utama pada peringkat global ialah kadar inflasi, jenayah dan tahap kemiskinan.
Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.
Permohonan batal pertuduhan perlu dibuat di Mahkamah Jenayah bukan sivil - SFC
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa permohonan Tun Daim Zainuddin dan isterinya untuk membatalkan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta sepatutnya dibuat di Mahkamah Jenayah.
Tun Daim akan dihadap ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok
Tun Daim Zainuddin akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok berhubung gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta.
Harta hanya akan disita jika ada kaitan dengan kesalahan yang disiasat - Jahaberdeen
Penyitaan sesuatu aset tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya sebaliknya perlu melalui proses perundangan.
Isteri Tun Daim, Toh Puan Mahani meninggal dunia
Toh Puan Mahani Idris, isteri kepada bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, dilaporkan meninggal dunia pada Ahad malam.
Prof Dr Jomo tidak pasti sejauh mana cadangan CEP pengaruhi dasar kerajaan
Bekas anggota Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Prof Dr Jomo Kwame Sundaram tidak dapat memberi kepastian sejauh mana cadangan CEP memberi kesan kepada dasar kerajaan.
Pendidikan: Realitinya, pahit untuk ditelan, kita jauh ketinggalan - Daim
Dalam sistem pendidikan di Malaysia yang asyik bercakap soal tulisan jawi, penggunaan bahasa Malaysia atau Inggeris dalam pengajaran beberapa subjek, sedar atau tidak, kita masih jauh ketinggalan.
Rakyat memerhatikan anda, pesan Daim Zainuddin pada kerajaan
Ketidakstabilan politik dan soalan berkenaan pelan peralihan kuasa yang tidak pernah berakhir telah memberi impak kepada ekonomi negara pada masa kini.
Guna teknologi moden dalam pertanian negara - Tun Daim
Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata penggunaan teknologi yang serba moden dan terancang mampu meningkatkan hasil tanaman yang diusahakan oleh sesebuah negara.
PH perlukan enam bulan lagi untuk pulih negara - Daim
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerlukan enam bulan lagi untuk memulihkan negara selepas mengambil alih pentadbiran Mei tahun lalu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.
Enam stesen akan dibina, projek ECRL tidak 'lompat' Terengganu - Tun Daim
Enam stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal dibina di Terengganu, sekali gus membuktikan negeri ini tidak dipinggirkan dalam pelaksanaan projek berkenaan seperti dakwaan sesetengah pihak.