KUALA LUMPUR: Kembali kepada agenda sebenar melawan pandemik COVID-19 dan waspada dengan pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menyebarkan pelbagai berita palsu.
Itu suara ketua-ketua penerangan parti dalam Perikatan Nasional (PN), yang berikrar terus membantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Menerusi satu kenyataan bersama, mereka membidas tindakan sesetengah pihak yang dilihat cuba menangguk di air keruh untuk kepentingan peribadi dan menyelamatkan diri.
"Kami menyeru seluruh lapisan masyarakat meneliti siri penjelasan yang diberikan oleh kerajaan mengenai situasi terkini. Terlalu banyak pihak yang cuba menangguk di air keruh untuk kepentingan peribadi dan untuk menyelamatkan diri, termasuklah dengan sengaja mencipta berita-berita palsu dan mengeksploitasi situasi semasa melalui media sosial.
"Rakyat mesti peka dengan gerak kerja yang tidak bertanggungjawab ini, dan sentiasa merujuk kepada sumber-sumber yang sahih untuk mengetahui situasi yang sebenar," kata mereka dalam kenyataan itu.
Kenyataan berkenaan dikeluarkan atas nama Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan; Kamaruzaman Mohamad (Pas); Chin Vui Kai (SAPP); Jeffrey Kumin (STAR); Koo Shiaw Lee (Gerakan); Datuk V Gunalan (MIC); Chan Quin Er (MCA); Yong Li Na (PDP); Datuk Julita Majunki (PBS); Datuk Idris Buang (PBB); Datuk Wilfred Nissom (Parti Rakyat Sarawak) dan Asam Yii (SUPP).
"Kami menyeru supaya tumpuan kita dikembalikan kepada usaha menjaga kesihatan rakyat dan membina semula ekonomi negara melalui pelaksanaan Pelan Pemulihan Nasional yang telah dirangka oleh kerajaan," tambah mereka lagi.
Dalam pada itu, mereka berkata, menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, seperti yang dizahirkan baru-baru ini.
Kata mereka, kenyataan berkenaan memperlihatkan keprihatinan baginda terhadap kebajikan rakyat dan kerajaan sentiasa meletakkannya sebagai fokus dan matlamat utama.
Madiha Abdullah
Sat Jul 31 2021
Ketua-ketua penerangan parti dalam PN berikrar terus membantu Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. - Gambar fail
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu siapa calon PM PN tidak perlu dipolemik - Tuan Ibrahim
Isu siapa bakal mengetuai Perikatan Nasional (PN) dan calon Perdana Menteri tidak perlu dijadikan polemik.
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
MoU peruntukan pembangkang: Kalau orang dah tolak 'pinangan', tak akan kita nak 'rujuk' - Fadillah
Fadillah berkata pintu rundingan berhubung MoU berkaitan peruntukan bagi ahli Parlimen pembangkang sudah ditutup.
Tunggu PN ambil alih untuk lihat bajet kami - Tuan Ibrahim
Beliau berkata, pihak yang ingin melihat bajet alternatif perlu menunggu sehingga Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan.
PN beri maklum balas positif beberapa inisiatif Belanjawan 2025
PN memberikan maklum balas positif terhadap beberapa inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri menerusi Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat lepas.
[KOLUMNIS] MoU Peruntukan Pembangkang: Demi kebaikan dan kematangan ahli politik
Cerita mengenai MoU ini sudah berbulan-bulan kedengaran tetapi penamatnya bagaimana?
Pemilihan Bersatu: Muhyiddin, Hamzah menang tanpa bertanding
Muhyiddin kekal Presiden Bersatu manakala Hamzah mengisi jawatan Timbalan Presiden, selepas masing-masing menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi 2024-2027.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
[KOLUMNIS] PRK Mahkota: Pertarungan strategi komunikasi dan taktik politik
PRK DUN Mahkota menjadi pentas penting untuk menilai sejauh mana keberkesanan strategi komunikasi dan taktik politik yang diterapkan oleh BN dan PN.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.