JOHOR BAHRU: Tindakan individu dipercayai warga asing membuang air kencing di bangunan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) yang tular sejak Sabtu, mengundang kecaman orang ramai
Berdasarkan video berkenaan, kawasan yang terpencil dan sedang dibaik pulih dilihat menjadi sasaran untuk membuang air kencing.
Rata-rata orang ramai yang meninggalkan komen di media sosial, menyifatkan tindakan tersebut biadab kerana memberi kesan kepada kebersihan di BSI yang merupakan laluan utama keluar masuk Malaysia-Singapura.
Ini bukan pertama kali kejadian membabitkan warga asing membuang air merata-rata di sekitar pintu masuk dan keluar Malaysia dan Singapura.
Pada 13 Jun tahun lalu, tular di media sosial Facebook yang memaparkan dua lelaki sedang membuang air kecil di bawah pokok di lokasi berhampiran Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengambil maklum kejadian tersebut yang tular di media sosial.
"Setakat ini, polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu. Bagaimanapun, polis akan mengambil tindakan susulan termasuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di BSI," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Sebelum itu, tular video berdurasi 23 saat yang tular, seorang lelaki menyergah dan memarahi tindakan seorang wanita yang membuang air kecil merata-rata di kawasan dekat BSI. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 07 2023

Kejadian membabitkan warga asing membuang air merata-rata di sekitar pintu masuk dan keluar Malaysia dan Singapura bukanlah kali pertama berlaku. - Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Ujian urin boleh kesan individu hisap vape ada bahan terlarang
Saifuddin Nasution berkata pengesanan di peringkat awal boleh dilakukan pegawai pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Jun 2024.

Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.

Pasangan suami isteri bancuh susu bayi dengan air syabu didakwa pada Rabu
Sepasang suami isteri yang hampir menyebabkan kematian bayi lelaki mereka selepas tersalah membancuh susu dengan cecair syabu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling, pada Rabu.

Tular warga asing kencing merata-rata
Tindakan individu dipercayai warga asing membuang air kencing di bangunan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) tular sejak Sabtu.

Doktor di India larang guna najis lembu sebagai 'penawar' COVID-19
Para doktor berkata, tiada bukti secara saintifik yang menunjukkan keberkesanan bahan berkenaan malah mengundang risiko penularan penyakit lain.

Sukan SEA: Filipina jumpa bukti penggunaan bahan terlarang dalam kalangan atlet
Perkara itu didedahkan semasa mesyuarat maya Jawatankuasa Perubatan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) pada Selasa.

Kencing tikus: Empat individu masih dirawat di HSNZ
Semua pesakit yang berusia 30 hingga 32 tahun berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.

Warga emas dipaksa minum air kencing di pusat jagaan
Malang buat warga emas yang menghuni di sebuah pusat jagaan di Seremban, Negeri Sembilan apabila menjadi mangsa penderaan oleh penyelia mereka.

AADK sasar sifar pemandu bas ekspres terlibat dadah
AADK menjalankan operasi bersepadu setiap tahun dengan kerjasama JPJ dan PDRM yang dilaksanakan seminggu sebelum sambutan Aidilfitri.