BARU beberapa hari berpuasa, rakyat terpaksa berdepan situasi yang agak membebankan apabila dilaporkan harga ayam naik hingga melepasi harga kawalan.
Jika harga ayam mahal, sudah tentu makanan siap dimasak berasaskan ayam yang dijual di bazar Ramadan turut naik harga atau potongan saiznya lebih kecil.
Malah, tular di media sosial pada Sabtu mengenai tindakan seorang peniaga menjual nasi ayam berempah dengan harga RM15 sebungkus.
Harga yang dikenakan itu disifatkan tidak masuk akal kerana ayam berempah tersebut bukan bersaiz besar sementara begedilnya cuma besar sedikit daripada duit syiling 50 sen lama serta tempe pula panjangnya tidak sampai sejengkal.
Situasi tersebut pastinya mengundang resah rakyat kerana jika lauk ayam pun sudah mahal sebegitu, pastinya lauk-lauk lain akan lebih mahal.
Lazimnya sebelum ini lauk ayam menjadi lauk pilihan majoriti rakyat marhaen kerana harganya lebih murah.
Mereka yang biasa ke pasar sememangnya tahu harga ayam agak murah berbanding ikan yang rata-ratanya berharga belasan ringgit dan ke atas bagi setiap kilogram.
Itu belum disentuh harga barang mentah lain seperti daging, sotong, udang dan ketam yang berganda lebih tinggi.
Bagaimanapun, jaminan yang diberikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Sabtu bahawa harga kawalan ayam mentah tidak akan dinaikkan sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada rakyat.
Salahuddin berkata, KPDN akan mendapatkan data bekalan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) berhubung kenaikan harga ayam.
Katanya, kenaikan harga barang mentah berkenaan ketika ini mungkin disebabkan isu bekalan yang mana ia di bawah tanggungjawab MAFS.
Pada Jumaat dilaporkan purata harga ayam standard pada bulan Februari 2023 meningkat kepada RM10.33 sekilogram berbanding RM9.46 pada Februari 2022 yang mana turut melepasi harga kawalan ditetapkan iaitu RM9.40.
Diharapkan isu kenaikan harga ayam tersebut dapat ditangani segera apatah lagi pada 16 Mac lalu KPDN menjangkakan bekalan makanan bekalan makanan asas mencukupi menjelang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
Oleh itu kementerian yang bertanggungjawab perlu memastikan orang ramai tidak terus dibelenggu masalah kenaikan harga makanan yang melampau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 26 2023
Tular di media sosial peniaga menjual nasi ayam berempah dengan harga RM15 sebungkus. - Foto Facebook/Adam Muiz Al Haq
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Tular nasi ayam berempah RM15 sebungkus, rakyat makin resah
Tular di media sosial pada Sabtu mengenai tindakan seorang peniaga menjual nasi ayam berempah dengan harga RM15 sebungkus.