SHAH ALAM: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa susulan insiden kenderaan rasmi dinaikinya yang didakwa mengekori rapat ambulans dalam kecemasan baru-baru ini.
Jelas Ahli Parlimen Teluk Intan itu lagi, beliau dalam masa turut bersedia untuk membayar kompaun kesalahan bagi pihak pemandunya jika didapati bersalah kerana melanggar undang-undang.
"Untuk makluman semua, hakikatnya perkara ini berlaku sewaktu saya sedang dalam perjalanan untuk menghadiri program rasmi di Ipoh, pemandu kenderaan rasmi saya telah sedar bahawa terdapat sebuah ambulans swasta mengekori kenderaan saya untuk ke lokasi kemalangan.
"Bagi memberi keutamaan kepada usaha penyelamatan, pemandu saya telah memberi laluan kepada ambulans tersebut. Memandangkan keadaan jalan raya yang sesak, pemandu saya terpaksa mengekori ambulan tersebut sementara mencari ruang untuk meneruskan perjalanan ke Ipoh setelah kereta ambulans sudah beredar.
"Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah berniat untuk melanggari undang-undang dan sentiasa memberi keutamaan kepada usaha penyelamatan sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang," katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri pada Khamis memaklumkan pihaknya telah mengambil keterangan pemandu kepada seorang menteri susulan hantaran tular di media sosial melibatkan kenderaan rasmi menteri yang didakwa mengekori ambulans.
Insiden itu berlaku ketika ambulans berkenaan dalam perjalanan ke lokasi kemalangan di Kilometer 305 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) antara Simpang Pulai menghala ke Tapah, pada 3 Februari lalu.
Sementaran itu, Kor Ming melalui hantaran sama turut mengakui kesal dengan kesulitan yang berlaku tersebut.
Timbalan Ketua Pemuda MCA, Chong Yew Chuan sebelum ini dilapor meminta Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mendedahkan identiti menteri berkenaan bagi membuktikan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang tanpa 'memilih bulu' dan memelihara nama baik kerajaan.
Menurutnya, insiden yang berlaku sewaktu kejadian kemalangan berkenaan tular di media sosial dan menerima perhatian serta kecaman orang ramai. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 09 2024
Kor Ming turut mengakui kesal dengan kesulitan yang berlaku tersebut.
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
Tular kenderaan menteri ekori ambulans, Kor Ming sedia beri kerjasama
Nga Kor Ming sedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa susulan insiden kenderaan rasmi dinaikinya yang didakwa mengekori rapat ambulans dalam kecemasan baru-baru ini.
Isu kenderaan menteri ekori ambulans: Anthony Loke akan beri penjelasan
Anthony Loke akan memberikan penjelasan mengenai isu kenderaan rasmi menteri mengekori rapat ambulans yang dalam kecemasan di Lebuh Raya Utara-Selatan antara Simpang Pulai menghala Tapah.