PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihati agar tidak keliru dengan kenyataan tular di media sosial berkenaan kenaikan harga gula putih.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub menegaskan, gula putih bertapis masih mengikut harga kawalan runcit semasa iaitu RM2.85 bagi gula kasar dan gula halus pula RM2.95 bagi setiap 1 kilogram (kg).
Menurutnya, KPDN sentiasa cakna dengan isu yang dibangkitkan berhubung pengenalan dan penjualan gula super atau gula putih premium iaitu bungkusan hijau di pasaran seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Beliau berkata, kedua-dua syarikat MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) dan CSR Sdn Bhd telah menyatakan bahawa gula gred tersebut belum dikeluarkan dan dipasarkan di Malaysia.
"Perlu ditegaskan di sini bahawa sebarang pengenalan gula baharu di pasaran perlu mendapat kelulusan daripada KPDN terlebih dahulu.
"Ini kerana gula ialah barangan kawalan berjadual sepertimana yang telah diperuntukkan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Dalam pada itu, Salahuddin berkata, pelaksanaan Ops Manis bermula 3 hingga 17 Mei lalu menampakkan perkembangan yang amat positif.
"Ini terbukti apabila negeri-negeri yang mengalami gangguan bekalan gula telah pulih hampir 100 peratus," katanya.
Ujar beliau, KPDN sentiasa proaktif dalam memastikan isu bekalan gula dapat dikawal dengan sewajarnya dan akan terus menggerakkan jentera penguat kuasa di seluruh negara.
"Ini bagi memastikan tidak ada pihak yang cuba untuk menangguk di air keruh dan memperoleh manfaat secara tidak sah daripada apa yang berlaku," tambahnya lagi. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 19 2023
Orang ramai dinasihati agar tidak keliru dengan kenyataan tular di media sosial berkenaan kenaikan harga gula putih. -Gambar hiasan/Freeimages
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Pemberian insentif kepada pengeluar gula tempatan diteruskan - Kementerian Kewangan
Pemberian insentif itu telah bermula pada November 2023, namun ia tidak bersifat kekal atau bantuan dalam jangka masa yang panjang.
Kerajaan buat penilaian, ambil tindakan segera atasi isu bekalan gula untuk jangka panjang
Mohd Armizan berkata, tindakan dibuat berdasarkan faktor harga munasabah selain memastikan bekalan gula stabil di pasaran.
Tular harga gula putih naik tidak benar
Gula putih bertapis masih mengikut harga kawalan runcit semasa iaitu RM2.85 bagi gula kasar dan gula halus pula RM2.95 bagi setiap 1kg.